Live streaming keputusan Perak vs Pahang 19.5.2019

12:04 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 19 Mei 2019 jam 11:57 PM

perak vs pahang

Skuad Perak The Bos Gaurus (TBG) akan berkunjung ke laman pasukan Pahang dalam perlawanan saingan Liga Super 2019 Malaysia minggu ke 14 (LS14) yang telah dijadual berlangsung pada hari Ahad, 19 Mei 2019

Perlawanan ini merupakan misi terpenting buat pasukan Perak dan Pahang dalam misi mencabar kedudukan JDT yang kini berada di puncak Liga Super 2019

Perbezaan mata setakat perlawanan ke 13 menyaksikan Pahang kini mengumpul 25 mata manakala Perak memperolehi 17 mata

Oleh itu, Perak pastinya akan berusaha dengan lebih keras dalam perlawanan ini bagi mencipta kemenangan berharga yang sekaligus mencerahkan peluang mereka untuk terus mengejar pasukan di kedudukan teratas Liga musim ini

Pasukan Pahang yang menganggap kelebihan lapan mata yang dimiliki oleh JDT boleh diatasi dengan syarat mereka perlu berjuang berhabis-habisan untuk mengutip 3 mata penuh dan mengharapkan JDT tewas ataupun seri dalam aksi menentang PKNS FC

Justeru, persediaan yang lebih rapi diyakini dapat membantu Pahang untuk mengatasi kelebihan 8 mata yang dimiliki oleh Johor

Perak Logo Bola SepakPahang Logo Bola SepakKeputusan Terkini Perak Vs Pahang 19.5.2019 Liga Super 2019
Perlawanan di antara pasukan Perak menentang Pahang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan bermula pada jam 10:00 malam, Ahad dan akan disiarkan secara langsung di iflix
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan Liga Super 2019 (LS14) membabitkan pasukan Perak lawan (lwn) Pahang yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh
PahangPahang Logo Bola Sepak0 – 0Perak Logo Bola SepakPerak
penjaring gol Tamat Masa Penuh Result-‘penjaring gol
Pautan Info BerkaitanInfo Berkaitan
Sila Klik LinkJadual Penuh / Keputusan / Carta Liga Super 2019 Malaysia