Live streaming keputusan Malaysia vs Argentina 10.3.2018

01:50 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 29 Mei 2019 jam 10:56 PM

malaysia vs argentina

Pasukan Malaysia akan menentang Argentina dalam perlawanan klasifikasi (ketiga dan keempat) dalam saingan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2018 yang dijadualkan untuk kedua-dua pasukan pada hari Sabtu, 10 Mac 2018

Skuad hoki negara perlu bangkit dari 2 kekalahan besar berturut-turut dengan pasukan India dan England serta fokus seratus peratus dan bekerja keras untuk menang dalam perlawanan ini bagi memburu kedudukan terbaik tempat ketiga kejohanan

Pasukan Malaysia perlu mengekalkan aksi penuh berdisiplin sebagaimana menewaskan juara Olimpik, Argentina 2-1 pada perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini selain tidak terikut gaya dan rentak permainan pihak lawan kerana ia akan menyukarkan skuad negara untuk menguasai saingan

Argentina pula dijangka akan berjuang berhabis-habisan untuk menang kerana untuk membals dendam kekalahan tipis sebelum ini

Pada perlawanan pembuka tirai kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016, pasukan Malaysia berjaya menewaskan pasukan Ireland dengan keputusan seri 4-1 dan aksi kedua tewas kepada Australia 1-3, aksi ketiga menewaskan Argentina 2 – 1 tetapi tewas perlawanan keempat dan kelima 1-5 kepada India dan 2-7 kepada England

Keputusan Terkini Malaysia Vs Argentina 10.3.2018 Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2018
Perlawanan di antara pasukan Malaysia menentang Argentina akan berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh bermula pada jam 6.00 petang, Sabtu. Siaran langsung perlawanan adalah di Astro Arena saluran 801/ 802 HD
Berikut adalah keputusan semasa dan terkini bagi perlawanan klasifikasi tempata ke 3 dan ke-4 Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2018 yang membabitkan Malaysia lawan Argentina yang akan dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh
Malaysia2 – 3Argentina
Joel Samuel Van Huizen min 24
Faizal Saari min 28 (PC)
Tamat Masa Penuh ResultJuan Lopez min 1
Gonzalo Peillat min 11 (PC)
Pedro Ibarra min 49
Malaysia HokiPemain Bola Sepak ArgentinaSiaran Langsung/ Live Streaming
 LIVE Astro Arena 801/ 802 HD

KEDUDUKAN RASMI CARTA HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2018 PERINGKAT KUMPULAN

Kedudukan Carta
PosPasukanBPMSKJGGBPGMt
1Australia HokiAustralia5500186+1215
3 england flagEngland5221149+58
3Pemain Bola Sepak ArgentinaArgentina5212111107
4Malaysia HokiMalaysia52031017-76
5India HokiIndia5113121204
6ireland flagIreland5104919-193