Permohonan Moratorium 2021 Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Akibat COVID-19

Berita

Berita

Dunia telah dikejutkan dengan penularan wabak Koronavirus atau dikenali kini dengan COVID-19 semenjak Disember 2019. Bukan sahaja dari segi kesihatan manusia sahaja yang terjejas terutamanya, malah sektor ekonomi juga menunjukkan penurunan dan kejatuhan. Setakat ini 165 buah negara yang terlibat atau terkena wabak penyakit ini termasuklah negara Malaysia. Justeru itu, kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 untuk menangani impak COVID-19. Turut tampil meringankan beban rakyat dalam hal ini adalah pihak bank yang menawarkan penangguhan ansuran bank

Penangguhan ansuran bank atau dikenali dengan nama pemberian moratorium adalah penangguhan secara rasmi bayaran ansuran bulanan daripada peminjam atau pembayar kepada pihak bank tanpa sebarang denda atau caj penalti. Dengan kata mudah, pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran yang dibuat bersama bank tersebut mengikut jumlah bulan yang ditetapkan dalam tawaran moratorium yang diumumkan. Bayaran ansuran akan bersambung semula setelah tempoh moratorium tamat

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 dan akan berakhir 31 Mac 2020 nanti, ramai pekerja dijangka terjejas khususnya pendapatan mereka. Ini kerana ada syarikat yang terpaksa meminta pekerja bercuti tanpa gaji atau unpaid leave. Bukan itu sahaja, bagi golongan peniaga seperti di pasar tani dan pasar malam, mereka juga turut terjejas kerana tidak dibenarkan beroperasi

Oleh sebab itu, Persatuan Bank dalam Malaysia telah mengumumkan bahawa ahli-ahlinya komited dalam membantu rakyat Malaysia menghadapi krisis dunia ini. Setakat ini, beberapa buah bank atau entiti pembiayaan yang telah secara rasmi mengumumkan penawaran moratorium kepada kepada pelanggan mereka sama ada bagi individu atau syarikat kecil dan sederhana. Para pembayar yang ingin mendapatkan bantuan ini perlulah membuat permohonan moratorium seperti yang akan dikongsikan di bawah

Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank (Moratorium)

TERKINI: Moratorium Tanpa Syarat 6 Bulan Lulus Automatik Dengan Permohonan

Pemberian penangguhan bayaran pinjaman bank atau moratorium dalam pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi PEMULIH adalah seperti berikut:

  • Selama enam (6) bulan
  • Diberikan kepada semua individu sama ada:
    • B40
    • M40
    • T20
    • Usahawan Mikro
  • Tiada lagi syarat pengurangan pendapatan
  • Tiada semakan sama ada telah hilang kerja
  • Tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk memohon
  • Kemudahan juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank

Cara memohon adalah seperti dinyatakan di bawah.

KEMASKINI: Bantuan Moratorium Total Lockdown Fasa 1 Jun 2021

Perdana Menteri mengumumkan bahawa B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP boleh membuat permohonan bantuan bayaran balik (moratorium) dengan pilihan :

  1. Mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan; atau
  2. Boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan

Cara mendapatkan bantuan ini, hubungi pihak bank masing-masing

Cara Mohon Moratorium Setiap Bank

Berikut adalah senarai bank yang memberi kemudahan moratorium kepada yang terkesan dengan wabak COVID-19 berserta cara mohon bagi setiap bank. Sila klik pada pautan:

Bagi Pakej PEMULIH, permohonan moratorium adalah seperti berikut:

  • Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021
  • Peminjam hanya perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik
  • Peminjam perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

NOTA: Bagi moratorium Pakej PEMULIH akan dikemaskini dari semasa ke semasa

BankPautan
1. CIMB / CIMB IslamicCIMB Moratorium
2. Maybank / Maybank IslamicMaybank Moratorium
3. Hong Leong Bank / Hong Leong IslamicHong Leong Bank Moratorium
4. Affin Bank / Affin IslamicAffin Bank Moratorium
5. AmBankAmBank Moratorium
6. Bank IslamBank Islam Moratorium
7. Bank Simpanan Nasional (BSN)Bank Simpanan Moratorium
8. Agro BankAgro Bank Moraetorium 
9. Bank MuamalatBank Muamalat Moratorium
10. Bank RakyatBank Rakyat Moratorium
11. HSBC AmanahHSBC Bank Moratorium
12. Public Bank Public Bank Moratorium
13. OCBC Al Amin Bank BerhadOCBC Bank Moratorium
14.MBSB BankMBSB Bank Moratorium 
15. RHB Bank / RHB IslamicRHB Bank Moratorium 
16. Standard Chartered SaadiqStandard Chartered Bank Moratorium 
17. Alliance BankAlliance Bank Moratorium
18. SME BankSME Bank Moratorium
Untuk bank-bank lain yang tidak tersenarai boleh terus ke laman sesawang rasmi bank masing-masing

Maklumat Terdahulu:

Kemaskini: Pengumuman Bantuan Khas Permai

Perdana Menteri pada 18 Januari 2021 telah menyatakan:

  • Moratorium & Pengurangan ansuran pinjaman akan diteruskan dan peminjam individu mahupun PKS boleh terus hubungi bank masing-masing untuk keterangan lanjut

Kemaskini: Sidang Parlimen 26 November 2020

Menteri Kewangan telah mengumumkan dalam sidang parlimen pada 26 November 2020:

  • Permohonan Moratorium Golongan B40 & PKS Mikro akan mendapat kelulusan bank dalam masa 24 jam. Secara automatik, buat permohonan & tidak perlu dokumen.
  • Bagi M40 juga tidak perlu dokumen tetapi perlu self-declarion, kelulusan dalam 1 – 5 hari

Kemaskini : Belanjawan 2021

Menteri Kewangan telah mengumumkan dalam Belanjawan 2021 mengenai Moratorium:

  • Kerajaan akan menambahbaik Bantuan Bayaran Bersasar kepada peminjam kategori B40 yang merupakan penerima BSH dan bakal penerima BPR dan kepada perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman yang diluluskan sehingga 150 ribu ringgit
  • Peminjam akan diberi pilihan :
    Opsyen 1: Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan
    Opsyen 2: Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama 6 bulan
  • Peminjam yang layak hanya perlu menghubungi pihak bank untuk membuat pilihan opsyen dan menyempurnakan dokumentasi.
  • Bagi golongan M40, proses bayaran balik pinjaman akan dipermudahkan. Peminjam hanya perlu membuat pengisythiharan kendiri atau self-declaration pengurangan pendapatan untuk mendapat bantuan bayaran balik. Fleksibiliti ini akan bermula Disember 2020
  • Panduan Lanjut : Facebook Bank Negara

Kemaskini: Pelanjutan Moratorium & Bantuan Bank Bersasar

Pada 29 Julai 2020, Perdana Menteri telah mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan lanjutan moratorium pinjaman secara bersasar kepada kumpulan berikut:

  1. Individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan (Lanjutan diberi selama 3 bulan) Selepas 3 bulan tempoh boleh dilanjutkan oleh bank bergantung pada situasi individu masing-masing
  2. Individu yang masih bekerja tetapi gaji terjejas atau berkurangan akibat COVID-19 (Bayaran pinjaman ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar jumlah pengurangan gaji bergantung pada jenis pinjaman) Bantuan ini adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada gaji semasa individu berkenaan

Selain itu, semua peminjam individu atau PKS boleh mendapat bantuan daripada bank:

  1. Bayar faedah sahaja untuk jangka masa ditetapkan
  2. Memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan bayaran balik bulanan
  3. Memberi pelepasan lain sehingga peminam capai kedudukan kewangan lebih stabil

Bagi pinjaman sewa beli, pihak bank akan menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada akta sewa beli. Contohnya:

1. Memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah

Bagi pinjaman yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos 2020

Kemaskini: Tiada Caj Tambahan Atas Bayaran Ansuran Perjanjian Sewa Beli

Berikut adalah kenyataan media terkini oleh Menteri Kewangan pada 6 Mei 2020 berkenanan caj tambahan bagi bayaran ansuran perjanjian sewa beli (konvensional dan shariah)

Berita

Pengendalian Moratorium Bagi Pinjaman Sewa Beli Dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap

Mulai 1 Mei 2020, peminjam/pelanggan yang mempunyai pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap akan menerima notis pemberitahuan melalui SMS, emel atau surat berdaftar daripada bank tentang langkah yang perlu diambil untuk proses penangguhan pembayaran pinjaman

Justeru peminjam sewa beli yang memilih mengambil moratorium enam bulan dari 1 April hingga 30 September 2020 akan mempunyai pilihan dari segi pembayaran balik iaitu:

  1. Membayar penangguhan ansuran terkumpul enam bulan bersama ansuran Oktober 2o20 tanpa dikenakan caj faedah tambahan
  2. Membayar balik ansuran selepas Oktober 2020 menerusi lanjutan enam bulan tempoh pembayaran balik selepas tarikh matang asal. Dalam kes ini, faedah mengikut kadar kontrak akan dicaj ke atas jumlah ansuran tertangguh sehingga dibayar sepenuhnya, yang sepatutnya pada akhir tempoh lanjutan enam bulan

Untuk panduan lanjut mengenai ini, sila rujuk soalan lazim yang disediakan Bank Negara Malaysia seperti di  bawah: Soalan Lazim (FAQ) Moratorium Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap BNM

Penangguhan Pinjaman Secara Automatik Selama Enam Bulan – BNM

Berdasarkan kenyataan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bertarikh 24 Mac 2020, berikut adalah maklumat lanjut:

BNM membenarkan pelanggan bank termasuklah individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan semua pembayaran balik pinjaman masing-masing kecuali kad kredit

Pengangguhan bayaran balik pinjaman itu adalah secara automatik selama 6 bulan bermula 1 April 2020

Namun, moratorium (penangguhan bayar balik pinjaman) hanya tertakluk kepada pinjaman seperti berikut:

a. Tidak tertunggak melebihi 90 hari setakat pada 1 April 2020

b. Dalam mata wang Ringgit Malaysia

Berikut adalah gambar kenyataan daripada BNM mengenai Moratorium Bayaran Pinjaman tersebut

Permohonan Moratorium Cara Mohon Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank

Nota Penting: Permohonan moratorium secara manual tidak lagi perlu dilakukan bagi memohon penangguhan bayaran pinjaman bank

Definisi Moratorium

Moratorium adalah penangguhan rasmi sementara bayaran ansuran bulanan pinjaman dengan pihak bank sehingga 6 bulan

Pelanggan bank (peminjam/pembayar) tidak perlu membayar ansuran bulanan selama tempoh moratorium dan bersambung setelah ia tamat.

Soalan Lazim (FAQ) Penangguhan Bayaran Pinjaman – BNM

Berikut adalah soalan lazim (FAQ) mengenai penangguhan bayaran pinjaman yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia:

Senarai Bank Yang Menawarkan Penangguhan Bayaran Pinjaman

Berikut adalah senarai bank yang memberi kemudahan moratorium kepada yang terkesan dengan wabak COVID-19 berserta nombor telefon untuk dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut:


Bank
No Telefon
1. CIMB / CIMB Islamic03-62047788
2. Maybank / Maybank Islamic1-300-88-6688
3. Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic03-76268899
4. Affin Bank / Affin Islamic03-82302222
5. AmBank03-21788888
6. Bank Islam03-26900900
7. Bank Simpanan Nasional (BSN)1300-88-1900
8. Agro Bank1-300-88-2476
9. Bank Muamalat1-300-88-8787
10. Bank Rakyat1-300-80-5454
11. HSBC Amanah1-300-88-2626
12. Public Bank 1-800-22-5555
13. OCBC Al Amin Bank Berhad03-83149310
14.MBSB Bank03-20963000
15. RHB Bank / RHB Islamic03-9206 8118
16. Standard Chartered Saadiq1-300-88-8888
17. Alliance Bank03-55169988
18. Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)03-26113888
19. SME Bank03-26037700

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk dokumen daripada Persatuan Institusi Perbankan Islam seperti pautan di bawah:

Related : 50 selama 6 bulan, pemerkasa plus, kuala lumpur, memohon bantuan, b40 m40, tan sri muhyiddin yassin

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan