Harga Perodua Ativa D55L SUV terkini gambar dan spesifikasi

Kenderaan

Kenderaan

Setelah kejayaan Proton melancarkan model kenderaan utiliti sukan atau SUV mereka iaitu X70 dan X50, Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) tidak mahu ketinggalan dan akan melancarkan model SUV terbaharu mereka yang dikenali sebagai Perodua Ativa. Sebelum ini viral dengan nama D55L, SUV ini mempunyai ciri yang hampir sama seperti kembarnya Toyota Raize/Daihatsu Rocky

Kini telah rasmi, SUV yang ditunggu-tunggu ini telah dibuka untuk tempahan menurut laman web Perodua. Ianya hadir dengan tiga pilihan varian iaitu X, H, dan AV. Dari segi harga pula, ianya diletakkan pada tanda harga lebih mahal daripada Myvi namun lebih kurang sama dengan Aruz. Harga anggaran model terbaharu ini adalah antara RM62,500 hingga RM73,400

Model ini bakal dilengkapi nadi tiga silider sebaris 1.0 liter dengan bantuan induksi paksaan turbo (kod nama 1KR-VET). Ini mampu menghasilkan 98 PS dan 140 Nm iaitu spesifikasi yang ada pada Toyota Raize/Daihatsu Rocky. Yang menarik, dengan enjin kecil ini iainya mampu memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api sekitar 18.9km bagi setiap liter. Ini bermaksud penjimatan sangat tinggi iaitu hanya 5.29 liter bagi setiap 100km.

Harga, Spesifikasi Dan Gambar Kereta Perodua Ativa D55L

Untuk pembelian model ini, Perodua menawarkan jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan 150,000 km yang mana terdahulu.

Berikut disertakan harga, spesifikasi dan gambar kereta Perodua terbaharu untuk rujukan semua

Kenderaan

Harga Perodua Ativa Mengikut Varian

Tempahan boleh dilakukan terus ke laman sesawang rasmi Perodua. Setakat ini, Perodua hanya mengeluarkan harga anggaran sekitar RM62,500 hingga RM73,400 (tidak termasuk insurans). Harga rasmi akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan

  • Varian X : RM61,500
  • Varian H : RM66,100
  • Varian AV : RM71,200

*Semua harga atas jalan (OTR) tidak termasuk insurans

Kenderaan

Kenderaan

Anggaran Bayaran Pinjaman Setiap Bulan

Untuk memudahkan orang ramai, disediakan pautan untuk mengira jumlah bayaran yang perlu dibayar bagi pembeli mengikut jenis kenderaan dan jangkamasa pinjaman serta kadar faedah mengikut bank

Kalkulator Pinjaman

Nota: Kebiasaannya, pembeli perlu mengeluarkan duit muka (downpayment) sebanyak 10% kerana bagi pinjaman kereta Bank Negara mewajibkan bagi setiap pinjaman mestilah hanya 90% daripada harga kereta

Walaupun begitu, beberapa bank tertentu seperti Bank Rakyat dan Bank Islam ada menyediakan skim graduan (graduate scheme) yang melayakkan seseorang untuk mendapat pinjaman penuh (full loan)

Variasi Warna

2-tone Special Metallic

Merah (Pearl Delima Red)*Hitam (Black Roof)Putih (Pearl Diamond White)*Hitam (Black Roof)

Special Metallic

Merah (Pearl Dilema Red)**Putih (Pearl Diamond White) **

Metallic

Perak (Glittering Silver)Kelabu (Granite Grey)
Biru (Cobalt Blue)***

* Varian AV sahaja
** Varian H dan AV sahaja
*** Varian X dan H sahaja

Kenderaan

Ciri Unik

  • Sistem ASA (Advanced Safety Assist) merangkumi ciri seperti:
    • Amaran Pra-Pelanggaran (PCW)
    • Sistem Brek Pra-Pelanggaran (PCB) atau Brek Kecemasan Automatik (AEB)
    • Amaran Pergerakan Hadapan (FDA)
    • Kawalan Salah-Operasi pedal (PMC)

Perodua Smart Drive Assist

  • Driving Assist
    • Amaran Pra-Pelanggaran (PCW)
    • Ciri Penghalang Keluar Laluan (LDP)
  • Parking Assist

    • Penderia sudut belakang
  • Headlamp Assist

    • Suluhan tinggi Automatik (AHB)
  • Keselamatan Pasif

    • Enam beg udara
    • ABS, EBD, Bantuan Brek
    • Kawalan Kestabilan Kenderaan
    • Lampu Berhenti Kecemasan (ESS)
    • Bantuan Mula Mendaki (HHA)
    • sistem ISOFIX
  • Parking Assist

    • Penderia Sudut Hadapan
    • Kamera Undur
  • Headlamp Assist

    • Lampu pemanduan adaptif (Adaptive Driving Beam, ADB)

Sistem Pemanduan Autonomi Tahap Kedua

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Bantuan Penghalang Keluar Laluan (LKC)
  • Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM)
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)

Kenderaan

Kenderaan

Spesifikasi

a) Ativa X 

  • Lampu depan LED dengan ciri Suluhan Tinggi Automatik
  • Lampu belakang kombinasi LED
  • Rim aloi bersaiz 16 inci
  • Penderia undur belakang
  • Enam beg udara, ABS, EBD, BA, ESS, HHA, ISOFIX
  • ASA – Amaran Pra-Pelanggaran (PCW), Sistem Brek Pra-Pelanggaran (PCB), Amaran Pergerakan Hadapan (FDA), Kawalan Salah-Operasi Pedal (PMC)
  • Amaran Keluar Laluan (LDW), Bantuan Kekal Laluan (LDP)

b) Ativa H

  • Semua ciri dan kelengkapan seperti yang terdapat pada Ativa H cuma ditambah dengan ciri lain seperti di bawah:
  • Lampu depan LED dengan ciri Suluhan Pemanduan Adaptif (ADB)
  • Rim bersaiz 17 inci
  • Kamera Undur
  • Penderia parkir hadapan
  • Skrin MID 7.0 inci
  • Skrin infotainmen 9.0 inci jenis terapung

c) Ativa AV

  • Bantuan Kekal Laluan (LKC)
  • Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM)
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)

Gambar

KenderaanKenderaanVideo 


Related : secara rasmi 18.9 km rear cross traffic alert spot monitor rear cross blind spot monitor rear control blind spot monitor lane keep control blind adaptive cruise control av variants monitor rear cross traffic, hill hold assist top av perodua d55l lane keep control blind spot monitor rear cross traffic alert, fuel consumption feb 23 2021 feb 22 2021 safety features ciri keselamatan, pertama perodua

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan