Cara Buat Peta Lakar Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2019

Sekolah

Sekolah

Cara membuat peta lakar bagi sesebuah kawasan kajian adalah berkaitan dengan kerja kursus atau tugasan PT3 Geografi tahun 2019

Dalam artikel ini, MYsumber akan membantu calon-calon menghasilkan peta lakar di kawasan kajian (tempat tinggal / sekolah) dengan memberikan tips-tips yang bermanfaat

Maklumat Panduan Dan Cara Buat Peta Lakar Kerja Kursus Tugasan Geografi PT3 2019 Kajian Kegiatan Ekonomi 

Definisi Peta secara ringkasnya adalah suatu gambaran atau lukisan yang menunjukkan sesuatu kawasan di permukaan bumi yang memaparkan maklumat taburan ciri Geografi iaitu Ciri Fizikal dan Ciri Budaya sebagaimana dilihat dari udara

Ciri-Ciri Asas Peta Lengkap

Untuk menghasilkan sebuah peta yang lengkap mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut

1. Tajuk Peta
2. Bingkai Peta
3. Petunjuk Peta
4. Petunjuk Arah Utara
5. Simbol
6. Ciri-ciri Geografi iaitu Ciri Budaya Dan Ciri Fizikal (maksud ciri budaya dan fizikal, sila rujuk maklumat di bawah)

Definisi Ciri Fizikal

Ciri semulajadi dan bukan buatan manusia seperti bentuk muka bumi, saliran dan tumbuhan semulajadi

Definisi Ciri Budaya

Ciri yang terhasil daripada aktiviti manusia atau buatan manusia seperti pertanian, perlombongan, perindustrian, petempatan, pengangkutan dan perhubungan

Simbol Dalam Peta Lakar

Definisi – Simbol ialah suatu lambang mudah yang dapat digunakan dalam peta untuk melambangkan sesuatu objek di permukaan bumi

Peta lakar digunakan untuk menunjukkan taburan ciri Geografi sesuatu kawasan. Ciri-ciri tersebut perlu dilukis dalam peta dengan menggunakan simbol

Simbol-simbol ini perlu dilukis bagi mewakili objek atau kawasan sebenar yang ada di kawasan kajian

Simbol yang digunakan itu membolehkan maklumat yang mahu disampaikan menjadi cepat, tepat dan berkesan

Contoh Simbol

Sekolah

 

Singkatan Yang Digunakan Dalam Peta

Singkatan perkataan juga digunakan dalam peta bagi menjelaskan dengan mudah ciri-ciri Fizikal dan Budaya. Contohnya seperti berikut

Ciri GeografiSingkatan
Balai PolisB.P.
BukitBt.
GunungG.
HospitalHosp.
KampungKg.
LadangLdg.
PadangPdg.
Pejabat DaerahP.D.
Pejabat PosP.P.
PerkuburanKb.
SungaiS.
SekolahSek.
Tali AirT.A

Ciri-Ciri Geografi : Apakah Pandang Darat Fizikal Dan Pandang Darat Budaya?

Pandang Darat Fizikal adalah mewakili ciri-ciri Alam Semulajadi. Contoh penggunaan simbol adalah seperti lampiran berikut

Sekolah

Pandang Darat Budaya adalah mewakili ciri-ciri Buatan Manusia seperti Bangunan, Rumah, Masjid, Jalanraya, Jalan Kereta Api, Jambatan, Sekolah, Tanaman yang ditanam seperti Kelapa Sawit, Padi, Getah (pertanian) dan sebagainya. Contoh penggunaan simbol adalah seperti lampiran berikut

Sekolah

Warna Lazim Digunakan Dalam Peta

Warna juga memainkan peranan bagi menunjukkan ciri Geografi yang terdapat dalam peta. Contoh penggunaan warna adalah seperti berikut

Ciri GeografiWarna
Jalan RayaMerah
BangunanHitam
Tanah TinggiPerang
Hutan, Tumbuh-tumbuhanHijau
Sungai, Paya, Tasik, LautBiru

Langkah-Langkah Melukis Peta Latar

1. Peta Lakar kebiasaannya tidak memerlukan skala. Sekiranya mahu menunjukkan skala peta dibolehkan
2. Pilih simbol, warna dan singkatan yang sesuai bagi menunjukkan ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat di kawasan yang menjadi pilihan kajian
3. Lukis simbol dan diwarnai serta singkatan bagi setiap ciri Geografi yang mahu dimasukkan dalam peta lakar
4. Lengkapkan peta dengan arah mata angin utara, petunjuk, tajuk peta yang sesuai dan bingkai peta

Contoh Perkara / Ciri Perlu Ada Dalam Peta Lakar

Sekolah

Contoh peta lakar yang dilukis berasaskan peta topografi seperti di bawah

Sekolah

Panduan Melukis Peta Lakar

1. Meninjau dan memerhati kawasan yang dipilih sebagai kajian peta bagi mengumpul maklumat, buat catatan, kenalpasti jenis-jenis ciri geografi yang terdapat di kawasan kajian merangkumi ciri fizikal dan budaya
2. Lukiskan sebuah peta rangka kawasan kajian berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan
3. Lukis simbol fizikal dan budaya yang telah dikenalpasti terdapat di kawasan kajian mengikut susunan serta kedudukannya
4. Lengkapkan peta dengan petunjuk peta, arah mata angin, skala peta (jika mahu sertakan) dan tajuk peta yang bersesuaian bagi menunjukkan gambaran ringkas tentang kawasan kajian peta

*Maklumat yang disertakan adalah sebagai panduan kepada calon untuk melukis peta lakar sahaja. Sila ikut kehendak soalan / tugasan PT3 Geografi 2019 yang telah diberikan

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan