Semakan PLKN 2017 Online SMS dan permohonan sukarela

13:17 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 10 Julai 2017 jam 08:53 PM

PLKN Check Result Online SMS Terkini

Kerajaan sentiasa mengambil peduli serta berusaha memastikan kemakmuran dan kesejahteraan negara dengan rakyat agar memiliki jati diri mantap, keperibadian unggul dan disiplin tinggi

Atas kese­daran itulah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diwujudkan. Program ini telah berjalan sejak beberapa tahun lalu melibatkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Program Transformasi PLKN 2.0 menerusi program latihan berwajah baharu, pelatih tidak akan hanya menjalani latihan selama lapan minggu dalam kursus pembangunan diri sebaliknya mempunyai pilihan untuk terus mengambil bahagian dalam latihan amali kemahiran di 400 institusi latihan vokasional di seluruh negara

SEMAKAN PENEMPATAN SECARA ONLINE / SMS DAN PENDAFTARAN KEMASUKAN SUKARELA PLKN 2017 

Bagi remaja kelahiran tahun semasa (1999) juga bakal terpilih sebagai pelatih PLKN 2.0 pastinya berharap agar dapat mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk sesi yang terbaharu ini

Menerusi maklumat yang diterima oleh MYsumber, pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah membuka pendaftaran mengikuti PLKN sesi 2017 secara sukarela

Permohonan Secara Pelatih Sukarela PLKN 2017
Kepada mereka yang berminat boleh melengkapkan borang secara atas talian (online) pendaftaran sukarela PLKN sesi 2017. Sila klik pada judul pautan di bawah
Sistem Aplikasi ServerSila Klik LinkSistem Aplikasi Borang Online Permohonan Pelatih Sukarela PLKN 2017
Sistem Aplikasi ServerSila Klik LinkSistem Aplikasi Semakan Kemasukan Pelatih Sukarela PLKN 2017
BetulKelayakan umur untuk menyertai PLKN secara sukarela adalah mereka terdiri dari lepasan SPM yang lahir pada tahun semasa (1999) dan tiga tahun sebelumnya (1998 / 1997 / 1996) serta keutamaan diberikan kepada mereka yang belum pernah mengikuti Program Latihan Khidmat Negara
BetulKelulusan permohonan adalah tertakluk kepada keputusan JLKN dan akan dimaklumkan melalui Notis Pemberitahuan Pelatih
Cara Umum Proses Pemilihan Pelatih PLKN
Berdasarkan rujukan MYsumber terhadap proses pemilihan pelatih PLKN pada tahun sebelumnya, pemilihan PLKN 2.0 akan dibuat secara rawak wajib
PLKN akan ditawarkan atau dicalonkan oleh pihak sekolah masing-masing kepada pelajar tingkatan 5 terutamanya kepada mereka yang tidak dapat menyambung pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
MYsumber difahamkan pihak sekolah calon akan mengedarkan borang permohonan sukarela kepada pelajar tingkatan 5 yang betul-betul berminat untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara
Bagi pelajar tingkatan 5 tahun 2016 yang berminat untuk menyertai PLKN pada tahun 2017 boleh berhubung terus dengan pihak sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut
Calon yang terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara sesi 2017 akan menerima notis pemberitahuan atau dihubungi serta dimaklumkan melalui surat rasmi
Semakan Penempatan Pelatih PLKN 2017
Bagi calon pelatih PLKN yang telah terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sesi 2017 boleh membuat semakan kem penempatan yang ditetapkan, sila klik pada judul pautan di bawah
Sistem Aplikasi ServerSila Klik LinkSistem Aplikasi Semakan Penempatan Pelatih PLKN 2.0 Siri 14/2017
Semakan Secara SMS adalah seperti format penghantaran seperti berikut
Check SMSPLKN KEM (No KP anda) Dan Hantar ke 15888
Tarikh Dan Tempoh Latihan PLKN Siri 14 / 2017 Mengikut Kumpulan
Kumpulan 118 Mac 2017 hingga 16 Mei 2017
Kumpulan 215 Julai 2017 hingga 13 September 2017
Kumpulan 330 September 2017 hingga 28 November 2017
Maklumat Lanjut
Info Dan Pertanyaan
Sila Klik LinkFacebook Rasmi PLKN 2.0
Sila Klik LinkPortal Rasmi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
TelefonHubungi Talian
No. Tel. Call Centre 03- 4027 4747 atau 03-4027 4227
(Waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang)

PLKN 2.0 memperkenalkan lapan modul baharu terdiri daripada lima modul utama dan tiga sub modul antaranya seperti berikut

PLKN 8 Jenis Modul Baru

3 Sub Modul Baru
Modul Baru
Spirituality
MyFuture
Khidmat Komuniti
5 Modul Utama
Fit4Life
Latihan Ketenteraan
Kemahiran Survival
Aktiviti Ekstrim Outdoor
Fitness Workout
Tech & Talk
Pembangunan Interpersonal
Permikiran Kreatif dan kritikal
Kemahiran Berkomunikasi
Persiapan Untuk melangkah Ke Industri Pekerjaan
MalaysiakuBe Safe, Be Alert
Aspek Patriotisme
Semangat Cintakan Tanah Air
Membina Ketahanan Jati Diri
Membina Pemahaman Tentang Cabaran Dan Ancaman
iUpgrade
Tumpuan Khusus Kepada Pembangunan Individu
Experiential learning (pembelajaran berdasarkan pengalaman)
Kerjasama Berkumpulan

PLKN Tempoh Latihan Kem Terkini

Butang FacebookButang TwitterButang Google