Permohonan PPA1M terkini perumahan Penjawat Awam borang online

22:29 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 17 Oktober 2018 jam 11:27 PM

Bantuan Rumah Penjawat Awam

Kerajaan telah melancarkan skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dengan menyediakan rumah mampu milik kepada penjawat awam yang membabitkan pembinaan unit kediaman mampu milik di Putrajaya

Kediaman yang dibangunkan itu berharga antara RM90,000 hingga RM300,000 sebuah untuk rumah berkeluasan antara 850 dan 1,500 kaki persegi (79 dan 139 meter persegi)

KEPUTUSAN DAN PERMOHONAN RUMAH PENJAWAT AWAM TERKINI PPA1M

Sebagai makluman, permohonan adalah terbuka kepada anggota perkhidmatan awam dan badan berkanun persekutuan dengan keutamaan yang bekerja di Putrajaya

Bagaimanapun, projek PPA1M kini dibina di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia yang mempunyai permintaan yang tinggi daripada penjawat awam

CARA BUAT PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN
Permohonan dan pendaftaran PPA1M boleh dilakukan secara dalam talian (Online)
Tawaran terhad unit rumah ppa1m putrajaya sedang menanti penjawat awam. Penjawat awam yang belum memohon PPA1M, boleh merebut peluang ini
PPA1M tidak meletakkan sebarang tarikh tutup untuk pendaftaran (tertakluk kepada pengumuman terkini)
KETERANGAN LANJUT
Sila Klik LinkPortal Rasmi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia untuk sebarang jawapan kepada soalan lazim (Persoalan Sering Ditanya) yang berkaitan
PANDUAN PERMOHONAN ONLINE PPA1M
Sila Klik LinkDaftar Akaun Pemohon
Setelah berjaya mendaftar akaun dan mendapat kata nama & kata laluan yang dihantar menerusi email, pemohon boleh mengakses sistem aplikasi borang permohonan PPA1M secara online untuk mengisi dan melengkapkan maklumat yang diperlukan di pautan berikut
SPPA1M : Log Masuk Sistem PPA1M
Sistem Aplikasi ServerSila Klik Linkhttps://apps.ppa1m.gov.my/login
Sila gunakan kata nama & kata laluan yang di terima menerusi email untuk mengakses sistem
Info-info yang berkaitan, sila layari atau klik pada judul pautan berikut
Sila Klik LinkPengiraan Kelayakan Anggaran Bayaran Balik Pinjaman Pertama
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Nombor 1Keutamaan kepada pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM10,000 dan bekerja berdekatan dengan lokasi rumah yang dibina
Nombor 2Keutamaan kepada pemohon yang belum memiliki rumah
Nombor 3Penjawat Awam yang telah berpencen dan kontrak layak memohon
Nombor 4Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi setiap isi rumah
Nombor 5Pemohon tidak diisytiharkan muflis
Nombor 6Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami / isteri atau anak-anak
Nombor 7Pembeli rumah di bawah skim ini tidak layak untuk mendapat kuarters kerajaan di lokasi sama unit rumah PPA1M dibeli walaupun selepas tamat tempoh moratorium
Nombor 8Permohonan bagi pembelian unit rumah PPA1M akan dibuka sepanjang masa dan tempoh sah permohonan adalah 2 tahun
Maklumat lanjut
Sila Klik LinkInfografik Syarat-Syarat Permohonan PPA1M 
TENTANG PROGRAM PPA1M
Isu kemampuan memiliki rumah di kalangan penjawat awam adalah kritikal dan perlu diberi perhatian
Jemaah Menteri telah bersetuju supaya dikaji inisiatif atau pendekatan untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah
Pelaksanaan pembangunan Program PPA1M ini akan terus dibangunkan berperingkat-peringkat