Keputusan rasmi terkini PRK Cameron Highlands 2019

22:27 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 14 November 2019 jam 03:14 PM

Keputusan Rasmi PRK Cameron Highlands

Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands P078 bakal dijalankan berikutan tindakan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Cameron Highlands bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Hal ini kerana mahkamah telah memutuskan bahawa berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan terbabit dan telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

Pasca PRU-14, sebanyak lima PRK telah dijalankan seperti PRK bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia , DUN Sungai Kandis dan DUN Balakong serta Parlimen Port Dickson. Terdapat beberapa sebab Pilihan Raya Kecil dijalankan antaranya adalah berlaku perletakan jawatan, desakan untuk meletakkan jawatan, pemecatan jawatan, hilang kelayakan dan juga kematian

Suruhanhaya Pilihan Raya (SPR) telah pun mengumumkan tarikh bagi PRK P078 Parlimen Cameron Highlands. Dalam pengumuman tersebut, hari penamaan calon juga telah ditetapkan begitu juga dengan tarikh mengundi awal bagi PRK tersebut. Dijangka sebanyak 32,009 pemilih layak mengundi bagi PRK Cameron Highlands berdasarkan daftar pemilih sehingga suku ketiga 2018 yang telah dikemaskini pada November 2018

Pengerui SPR telah memberitahu bahawa bagi PRK Cameron Highlands, SPR akan menyiarkan proses pengiraan undi PRK secara langsung melalui media sosial SPR seperti Facebook dan Instagram dan ini merupakan kali pertama berlaku dalam sejarah. Beliau juga menjelaskan tempoh berkempen adalah selama 14 hari dan kos bagi menjalankan PRK tersebut akan menelan belanja berjumlah RM3.5 juta

KEPUTUSAN RASMI PRK PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS P078 PAHANG 2019

Berikut adalah tarikh penting PRK Parlimen Cameron Highlands serta keputusan terkini, penuh dan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Pahang P078 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa sepertimana pengumuman rasmi dibuat

Tarikh SemakanTarikh Penting PRK Parlimen Cameron Highlands 2019
Perkara Tarikh
Tarikh Penamaan Calon
12 Januari 2019
Tarikh Mengundi Awal
22 Januari 2019
Tarikh PRK Cameron Highlands P078
26 Januari 2019
Keputusan Rasmi PRK Parlimen Cameron Highlands 2019
Logo Undi SPR P078 Cameron Highlands, PahangPartiBil Undi
Ramli Mohd NoorLogo BNBN12,038
M. ManogaranPakatan HarapanPH8,800
Sallehudin TalibLogo BebasBEBAS314
Wong Seng YeeLogo BebasBEBAS276
Jumlah Pengundi Berdaftar () / Jumlah Undi ()Undi Rosak (568)Peratus Mengundi (68.79%)
Pemenang P078 Cameron Highlands, PahangPartiMajoriti
Ramli Mohd NoorLogo BNBN3238
Keputusan PRU Parlimen Cameron Highlands 2018
Logo Undi SPRCalon P078 Cameron Highlands, PahangPartiBil Undi
Datuk C. SivarraajhLogo BNBN10,307
M. ManogaranLogo PKRPKR9,710
Wan Mahadir Wan MahmudLogo PASPAS3,587
Mohd Tahir KassimBerjasa81
B Suresh KumarPSM680
Jumlah Pengundi Berdaftar (32,048) / Jumlah Undi (25,155)Undi Rosak ()Peratus Mengundi (78.49%)
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!