Keputusan PRK Slim 2020 DUN Perak rasmi terkini

Pilihan Raya

Pilihan Raya

Pada 6 Mei yang lalu, rakyat Malaysia turut berdukacita dengan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini akibat serangan jantung. Terkini, ADUN Slim, Perak, Datuk Khusairi Abdul Talib meninggal dunia pada 15 Julai 2020 selepas mengadu kesukaran bernafas dan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Bentong. Ini bermaksud satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal diadakan berikutan kekosongan kerusi DUN.

PRK ini merupakan PRK ketiga diadakan bagi tahun 2020 selepas PRK Kimanis dan Chini.  Semasa Pilihan Raya Umum 2018 yang lalu, wakil Barisan Nasional, Arwah Dato’ Khusairi Talib (BN) berjaya mempertahankan kerusi N58 Dun Slim yang disandang beliau dalam saingan tiga penjuru menewaskan calon Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

PRK ini adalah pilihan raya yang kedua diadakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuatkuasa sejak 18 Mac susulan penularan wabak COVID-19. PRK yang telah dijalankan ketika PKP sebelum ini adalah PRK Dun Chini. Dun Slim terletak dalam kawasan Parlimen Tanjung Malim bersama DUN Behrang dan Sungkai

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) khas akan digunapakai bagi PRK seperti sebelum ini di Dun Chini. Ianya termasuklah pematuhan kepada penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka, penggunaan cecair pembasmi kuman dan saringan suhu badan. Perarakan atau sebarang aktiviti berkumpulan juga tidak dibenarkan

Keputusan Rasmi PRK DUN Slim N58 Perak Tahun 2020

Berikut adalah tarikh penting, senarai calon yang bertanding serta keputusan terkini, penuh dan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim N58 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa sepertimana pengumuman rasmi dibuat

Tarikh Penting PRK

  • Tarikh Penamaan Calon : 15 Ogos 2020
  • Tarikh Mengundi : 15 Ogos 2020
  • Tarikh Pilihan Raya Kecil : 29 Ogos 2020

Keputusan Rasmi PRK

  Calon N58 Slim PerakPartiBil Undi
Mohd Zaidi AzizBN- UMNO13,060
Amir Khusyairi Mohamad TanusiBebas2,115
S. SantharasekaranBebas276
Jumlah Pengundi Berdaftar () / Jumlah Undi (15,451)Undi Rosak (327)Peratus Mengundi (68.40%)
Pemenang N58 Slim PerakPartiMajoriti
Mohd Zaidi AzizBN- UMNO10,945

Keputusan PRU 14 Dun Slim 2018

 Calon N58 Slim PerakPartiBil Undi
Dato’ Khusairi Talib BN  – UMNO8,327
Ustaz Zulfadli Zainal PAS4,103
Mohd Amran Ibrahim PKR6,144
Jumlah Pengundi Berdaftar (23,377) / Jumlah Undi (-)Undi Rosak (-)Peratus Mengundi (-)
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan