Keputusan rasmi terkini PRK Sandakan Sabah 2019

01:48 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 14 November 2019 jam 11:27 AM

PRK Sandakan Sabah 2019

Dua hari sebelum penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) yang ketiga bagi tahun 2019 iaitu PRK Rantau (Negeri Sembilan), kita telah dikejutkan dengan berita pemergian penyandang kerusi Parlimen Sandakan, mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang juga merangkap Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu akibat serangan jantung pada 28 Mac 2019

Ini bermakna PRK Parlimen Sandakan bakal dijalankan mengikut tarikh yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). PRK ini adalah yang ke-lapan setelah berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun lepas yang juga merupakan PRK pertama bagi Malaysia Timur atau East Malaysia yang merangkumi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

Susulan kekalahan Barisan Nasional pada PRU yang lepas, semua parti komponen Barisan Nasional (BN) telah bertindak meninggalkan parti. Parti Bersatu Sabah (PBS) juga turut mengumumkan keputusan untuk keluar parti dan membentuk sebuah landasan baharu politik yang dikenali sebagai Gabungan Bersatu Sabah. Ianya terdiri daripada PBS, UMNO Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)

Setakat 10 April 2019, sebanyak enam borang pencalonan sudah terjual menurut Pegawai Pengurus PRK Sandakan melibatkan satu daripada DAP dan lima lagi daripada calon Bebas. PBS pula mengumumkan bakal menghantar satu calon yang diberi laluan oleh UMNO, MCA, SAPP, STAR dan parti tempatan lain untuk bertanding satu lawan satu dengan DAP. Sama-sama kita saksikan keputusan PRK Parlimen Sandakan ini pada 11 Mei 2019

KEPUTUSAN RASMI PRK PARLIMEN SANDAKAN, SABAH P186 TAHUN 2019

Berikut adalah tarikh penting serta keputusan terkini, penuh dan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Sabah P186 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa sepertimana pengumuman rasmi dibuat

Tarikh SemakanTarikh Penting PRK Parlimen Sandakan 2019 P186 Sabah
Perkara Tarikh
Tarikh Penamaan Calon
27 April 2019
Tarikh Mengundi Awal
7 Mei 2019
Tarikh PRK Sandakan P186
11 Mei 2019
Keputusan Rasmi PRK Parlimen Sandakan 2019
Logo Undi SPR P186 Sandakan, SabahPartiBil Undi
Linda TsenParti Bersatu SabahPBS4,491
Vivian WongPakatan HarapanPH (DAP)16, 012
Hamzah AbdullahBEBAS788
Sulaiman Abdul SamatBEBAS126
Chia Siew YungBEBAS178
Jumlah Pengundi Berdaftar (40,131) / Jumlah Undi ()Undi Rosak ()Peratus Mengundi (54.4%)
Pemenang P186 Sandakan, SabahPartiMajoriti
Vivian WongPakatan HarapanPH (DAP)11, 521
Keputusan PRU 14 Parlimen Sandakan 2018
Logo Undi SPRCalon P186 Sandakan, SabahPartiBil Undi
Datuk Lim Ming HoLogo BNBN8,996
Stephen Wong Tien FattPakatan HarapanPH19,094
Jumlah Pengundi Berdaftar (39,777) / Jumlah Undi ()Undi Rosak (502)Peratus Mengundi (71.88%)
 Video Langsung Pengumuman Keputusan Rasmi PRK Sandakan 2019
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!