Keputusan rasmi terkini PRK Semenyih 2019

14:55 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 14 November 2019 jam 11:27 AM

Keputusan rasmi terkini PRK Semenyih

Sehari sebelum penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands diadakan, Malaysia telah dikhabarkan dengan pemergian Ahli DUN Semenyih, Mohd Bakhtiar Mohd Nor dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akibat serangan jantung. Ini bermakna satu lagi PRK bakal dijalankan menjadikan ianya PRK ke tujuh selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu

PRK bagi kawasan Semenyih adalah pertandingan bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikenali dengan kod N24. Bagi PRU-14 yang lalu, perebutan kerusi menyaksikan saingan empat penjuru iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), PAS dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) bertanding untuk menjadi Ahli DUN Semenyih.

Memandangkan kerajaan pembangkang sekarang adalah Barisan Nasional dan PAS, mereka telah bersetuju untuk hanya menghantar seorang calon bagi memudahkan peluang untuk memenangi pilihanraya tersebut. Parti Sosialis Malaysia juga masih menaruh harapan dan akan mencalonkan seorang wakil berdasarkan kenyataan daripada pemimpin parti. Menyedari bahawa 45 peratus pengundi adalah orang muda berumur bawah 40 tahun, ia mungkin menjadi faktor pemilihan calon setiap parti

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun mengumumkan tarikh bagi PRK DUN N24 Semenyih, Selangor. Dalam pengumuman tersebut, hari penamaan calon juga telah ditetapkan begitu juga dengan tarikh mengundi awal bagi PRK tersebut. Dijangka seramai 54,503 pemilih layak mengundi bagi PRK Semenyih berdasarkan daftar pemilih terkini menunjukkan pertambahan dalam 1,000 lebih pengundi barharu berbanding PRU 14

KEPUTUSAN RASMI PRK DUN SEMENYIH, SELANGOR N24 TAHUN 2019

Berikut adalah tarikh penting PRK DUN Semenyih, Selangor N24 serta keputusan terkini, penuh dan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih, Selangor N24 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa sepertimana pengumuman rasmi dibuat

Tarikh SemakanTarikh Penting PRK DUN Semenyih 2019
Perkara Tarikh
Tarikh Penamaan Calon
16 Februari 2019
Tarikh Mengundi Awal
26 Februari 2019
Tarikh PRK Semenyih N24
2 Mac 2019
Keputusan Rasmi PRK DUN Semenyih 2019
Logo Undi SPR N24 Semenyih, SelangorPartiBil Undi
Zakaria Bin Hj HanafiLogo BNBN19,780
Muhammad Aiman Bin ZainaliPakatan HarapanPH17,866
Nik Aziz Afiq AbdulLogo Parti Sosialis MalaysiaPSM847
Kuan Chee Heng (Uncle Kentang)Logo BebasBebas725
Jumlah Pengundi Berdaftar () / Jumlah Undi ()Undi Rosak (650)Peratus Mengundi (73.24%)
Pemenang N24 Semenyih, SelangorPartiMajoriti
Zakaria Bin Hj HanafiLogo BNBN1,914
Keputusan PRU 14 DUN Semenyih 2018
Logo Undi SPRCalon N24 Semenyih, SelangorPartiBil Undi
Mohd Bakhtiar Mohd NorPakatan HarapanPH23,428
Datuk Johan Abdul AzizLogo BNBN14,464
Mad Shamour Mad KosimLogo PASPAS6,966
S. ArutchelvanLogo Parti Sosialis MalaysiaPSM1,293
Jumlah Pengundi Berdaftar (53,257) / Jumlah Undi ()Undi Rosak (546)Peratus Mengundi (87.90%)
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!