Keputusan rasmi terkini PRK Parlimen Tanjung Piai 2019

22:38 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 16 November 2019 jam 09:22 PM

PRK Parlimen Tanjung Piai 2019

Pada 21 September 2019 yang lalu, rakyat telah dikejutkan dengan berita pemergian Dr Md Farid Md Rafik (Pakatan Harapan) selaku penyandang kerusi Parlimen Tanjung Piai yang juga merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Allahyarham yang juga merupakan Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai telah menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung

Justeru itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM2.67 juta akan diadakan pada 16 November 2019 seperti yang diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). PRK ini adalah yang ke-sembilan diadakan setelah berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 yang lalu

Daripada 53,528 pengundi, Dr Md Farid Md Rafik yang mewakili Pakatan Harapan (PH) menang dengan majoriti tipis 524 undi setelah memperolehi sebanyak 21,255 undi seterusnya mengalahkan wakil dari MCA, Wee Jeck Seng dengan perolehan undian sebanyak 20,731 dan wakil dari PAS, Nordin bin Othman dengan undian sebanyak 2,962 sahaja.

Susulan daripada keputusan PRU ke-14 itu, Parlimen Tanjung Piai P165 telah dirampas oleh PH dan kerusinya disandang oleh Dr Md Farid Md Rafik. Kerusi Parlimen Tanjung Piai mempunya dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu N.55 Pekan Nenas yang dimenangi oleh DAP pada PRU14 dan N.56 Kukup dimenangi oleh UMNO-BN

Menurut pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun, tempoh berkempen adalah selama 14 hari yang akan bermula setelah calon diisytiharkan iaitu 2 November sehingga 15 November 2019 jam 11.59 malam. Bagi pusat penamaan calon serta pusat mengira jumlah rasmi undi, SPR akan menggunakan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian. Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan untuk PRK Tanjung Piai ini pula adalah sehingga suku kedua tahun 2019 (23 September 2019) yang mengandungi seramai 52,986 orang pengundi yang terdiri daripada 52,698 pengundi biasa, 280 pengundi awal dan lapan pengundi tidak hadir luar negara

KEPUTUSAN RASMI PRK PARLIMEN TANJUNG PIAI P165 JOHOR TAHUN 2019

Berikut adalah tarikh penting serta keputusan terkini, penuh dan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor P165 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa sepertimana pengumuman rasmi dibuat

Tarikh SemakanTarikh Penting PRK Parlimen Tanjung Piai 2019 P165 Johor
Perkara Tarikh
Tarikh Penamaan Calon
2 November 2019
Tarikh Mengundi Awal
12 November 2019
Tarikh PRK Tanjung Piai P165
16 November 2019
Keputusan Rasmi PRK Parlimen Tanjung Piai 2019 
Logo Undi SPR Calon P165 Tanjung Piai, JohorPartiBil Undi
Wee Jeck SengLogo BN BN – MCA25,466 
Karmaine Bin SardiniPakatan Harapan PH – BERSATU10,380 
Wendy SubramaniamParti Gerakan Rakyat Malaysia Logo GERAKAN1,707 
Badrulhisham Abdul Azizlogo BERJASA BERJASA850 
Ang Chuan LokLogo BebasBEBAS380
Faridah Aryani Abdul GhafarLogo BebasBEBAS32
Jumlah Pengundi Berdaftar (52,986) / Jumlah Undi (38,815)Undi Rosak (595)Peratus Mengundi (74.43%)
Pemenang P165 Tanjung Piai, JohorPartiMajoriti
Wee Jeck SengLogo BN BN – MCA15,086
Keputusan PRU 14 Parlimen Tanjung Piai 2018
Logo Undi SPRCalon P165 Tanjung Piai, JohorPartiBil Undi
Wee Jeck SengLogo BNBN – MCA20,731
Md Farid Md RafikPakatan HarapanPH – BERSATU21,255
Nordin OthmanLogo PASPAS2,962
Jumlah Pengundi Berdaftar (53,528) / Jumlah Undi ()Undi Rosak (0)Peratus Mengundi (83.97%)
Keputusan PRU 13 Parlimen Tanjung Piai 2013
Logo Undi SPRCalon P165 Tanjung Piai, JohorPartiBil Undi
Wee Jeck SengLogo BNBN – MCA25,038
Mahdzir IbrahimLogo DAPDAP19,581
Jumlah Pengundi Berdaftar (51,875) / Jumlah Undi (45,537)Undi Rosak (918)Peratus Mengundi (88%)
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!