Mengenal pasti dan huraikan masalah pengangkutan

09:50 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 15 Mac 2017 jam 03:40 AM

Masalah Pengangkutan Folio PT3 2016

Artikel mengenal pasti dan menghuraikan serta menjelaskan masalah pengangkutan di kawasan tempat tinggal atau sekolah ini adalah berkaitan dengan Ujian Pelbagai Instrumen (Geografi) bagi calon PT3 tahun 2016

Artikel ini juga boleh dijadikan sebagai panduan kepada calon dalam menyiapkan kajian kes tentang pengangkutan

Calon perlu mengenalpasti jenis pengangkutan di kawasan tempat tinggal atau sekolah untuk dijadikan kajian

Dalam artikel ini, MYsumber hanya sertakan contoh kepada Pengangkutan Awam, calon perlu semak isi-isi penting yang mana berkait rapat dengan tugasan sahaja untuk dijadikan rujukan bagi tugasan yang perlu dibuat sekarang ini

MENGENAL PASTI DAN HURAIKAN MASALAH PENGANGKUTAN AWAM

Berikut adalah contoh-contoh masalah pengangkutan awam yang sering di hadapi oleh masyarakat umum (pengguna) dan bahan rujukan yang berkaitan

TurunDefinisi Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai perkhidmatan rel dan bas, defnisi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dan sebagainya
Pengangkutan awam biasanya dikenali sebagai pengangkutan umum dan biasanya diatur untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan
Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, pusat beli-belah atau institusi pendidikan
TurunJenis Pengangkutan Awam
Nyatakan jenis kenderaan awam yang terdapat di kawasan kajian, biasanya lebih daripada satu. Contoh kenderaan awam yang popular digunakan di kawasan bandar dan luar bandar seperti berikut
Bas Awam
Teksi
Bas atau Van Sekolah
Pengangkutan rel, kereta api termasuk transit aliran ringan (LRT), Monorail

[box type=”info” border=”full”]

Fokus kepada jenis pengangkutan yang dipilih dan membuat kajian berhubung kesan permasalahannya terhadap pengguna. Contohnya seperti berikut

[/box]

TurunKeselamatan Pengguna / Penumpang Terancam
Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu bas  telah membawa padah kepada penumpang. Penumpang merasa tidak selamat untuk menggunakan perkhidmatan bas. Sikap seperti ini juga boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain
TurunJangka Masa Lama / Tidak Menepati Jadual Waktu
Pengguna terpaksa menunggu perkhidmatan bas henti-henti hampir sejam. Ketibaan bas yang tidak tentu juga menyukarkan penumpang yang menggunakan khidmat bas ini
TurunKos Bahan Api Meningkat
Harga minyak yang semakin meningkat dari semasa dan semasa turun memberi kesan kepada pengguna yang menyebabkan tambang pengangkutan awam khususnya bas juga mengalami kesan peningkatan harga
TurunUsia Kenderaan / Masalah Teknikal
Perkhidmatan bas atau van sekolah adalah kenderaan lama yang telah berdaftar 10 hingga 15 tahun. Tempat duduk dan kondisi bas juga tidak selesa dan sering mengalami masalah teknikal yang boleh menyebabkan faktor berlakunya kemalangan
TurunPencemaran Udara
Pengangkutan awam khususnya bas menggunakan minyak diesel yang boleh mencemarkan udara. Udara dicemari dengan gas karbon monosida dan asap hitam yang berjelaga yang mencemarkan udara dan menyumbang kepada kemerosotan pengguna
TurunPencemaran bunyi
Kondisi bas atau kenderaan yang lama boleh menimbulkan suasana yang membingitkan telinga dengan bunyi enjin kenderaan yang bising atau kuat. Situasi ini boleh mengganggu ketenangan penumpangnya serta masyarakat sekeliling
Bagi penduduk yang tinggal berhampiran dengan lapangan terbang, sering terganggu dengan bunyi bising enjin kapal terbang yang sedang mendarat atau kapal terbang yang sedang berlepas
Link BerkaitanPautan Info Tugasan PT3 Geografi
Tunjuk LinkContoh Lengkap (Versi Penuh) Panduan Dan Tips Buat Tugasan Pengangkutan Geografi PT3