Bahan rujukan konsep dan takrifan sistem pengangkutan

06:51 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 15 Mac 2017 jam 03:40 AM

Pangangkutan Folio Geografi PT3 2016

TAKRIFAN SISTEM PENGANGKUTAN: Pengangkutan ditakrifkan sebagai kegiatan pemindahan yang membawa sesuatu (hidupan atau barangan) dan juga perutusan daripada satu destinasi ke destinasi lain melalui jaringan sistem pengangkutan yang ada dengan menggunakan kenderaan bersesuaian fungsinya

Pengangkutan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu pengangkutan darat, laut dan udara

KONSEP: JENIS DAN PERANAN PENGANGKUTAN

Konsep sistem pengangkutan secara asasnya adalah menjimatkan masa, tenaga serta memudahkan penghantaran barangan atau membawa orang / manusia dari suatu tempat ke tempat yang baharu

Kenderaan yang digunakan sebagai pengangkutan pada masa kini mampu bergerak dengan pantas dan kelebihan tersebut dapat menjimatkan masa selain memendekkan jarak perjalanan ke destinasi atau tempat yang mahu ditujui

Kenderaan yang digunakan sebagai pengangkutan juga menjimatkan tenaga manusia kerana ia dikuasakan oleh sel bahan api dan sistem enjin bermotor yang mampu menggerakkan kenderaan sekali gus menjimatkan tenaga berbanding dengan berjalan kaki atau mengayuh basikal

Dalam sistem pengangkutan, kenderaan yang digunakan itu mempunyai banyak kemudahan yang disediakan bagi menjamin tahap keselesaan dan keselamatan penumpangnya serta berupaya membawa barang muatan mengikut kemampuan untuk ke lokasi mengikut jadual perancangan

Jenis Sistem Pengangkutan

Klasifikasi Pengangkutan Darat

Pengangkutan Darat
Melalui jaringan sistem pengangkutan di jalan raya membabitkan kenderaan seperti kereta, bas, van, lori, treler, motosikal dan basikal manakala Rel pula adalah kereta api, komuter, LRT dan Monorel
Pengangkutan Udara
Melibatkan jenis kenderaan udara seperti Kapal Terbang dan Helikopter yang kebiasaannya membawa penumpang dan barangan (kargo) melalui sistem penerbangan domestik atau antarabangsa
Pengangkutan Laut
Melibatkan kenderaan yang boleh bergerak atas air seperti kapal kargo, kapal pesisir pantai dan kapal penumpang
Peranan Sistem Pengangkutan
Membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara (Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran / Meningkatkan taraf hidup penduduk dan pendapatan negara)
Menyebarkan hasil ciptaan dan sains teknologi
Mengelakkan pembaziran (Barangan tidak tahan lama seperti susu / keju dan mentega dapat diagihkan dengansegera bagi mengelakkan pembaziran)
Menggalakkan pergerakan tenaga buruh (Pekerja mahir / separuh mahir dan tidak mahir dapat berpindah dari satu tempat ke tempat lain mengikut permintaan pasaran)
Menggalakkan pengaliran modal dan industri pelancongan (kehadiran pelancong dan pelabur asing dapat menambahkan pendapatan negara)

Jalinan Sistem Pengangkutan Darat

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JENIS PENGANGKUTAN

Kos Pengangkutan
Kos yang tinggi akan mengurangkan keuntungan
Jenis dan Sifat Barang
Barang berat / besar / pukal dan bernilai rendah biasanya menggunakan pengangkutan laut /rel
Barang kecil / bernilai tinggi dan tidak tahan lama menggunakan pengangkutan udara / jalan raya
Risiko Kerosakan
Barang kecil / bernilai tinggi dan tidak tahan lama menggunakan pengangkutan udara / jalan raya
Barang mudah rosak / cepat busuk seperti ikan / sayuran dan buah-buahan » gunakan pengangkutan yang dilengkapi kemudahan hawa dingin / penyetoran sejuk
Nilai Barang
Barang mahal/ bernilai tinggi (Pengangkutan udara jika jauh)
Barang bernilai rendah (guna jalan raya / rel atau laut)
Kesegeraan – Kecepatan
Ubat atau bekalan makanan misalnya untuk mangsa bencana alam
Perlu dihantar segara » guna helikopter dan kapal terbang
Jarak Perjalanan Dan Destinasi
Penghantaran jarak dekat » jalan raya
Jarak jauh » guna keretapi
Kawasan terpencil » helikopter
Saiz, Berat dan Kuantiti Barang
Muatan kecil dan ringan » guna kapal terbang dan kereta
Muatan besar dan berat » guna lori, keretapi dan kapal
Keselesaan
Kapal Terbang » lebih selesa
Perjalanan lama » Di Malaysia Penumpang lebih gemar memilih keretapi.
Kemudahan
Penghantaran dalam negeri » jalan raya pilihan utama kerana mudah didapati (Rangkaian sedia ada di merata tempat)
Kemudahan yang terdapat di negara atau tempat penerima
Link BerkaitanPautan Info Tugasan PT3 Geografi
Tunjuk LinkContoh Lengkap (Versi Penuh) Panduan Dan Tips Buat Tugasan Pengangkutan Geografi PT3
Butang FacebookButang TwitterButang Google