Contoh cara buat borang soal selidik tugasan geografi PT3 2017

20:10 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 25 Julai 2017 jam 03:15 PM

Borang Temubual PT3 Geografi 2017

Borang kaji atau soal selidik ataupun temu bual ini perlu dibuat dan disertakan dalam perlaksanaan tugasan bagi Ujian Pelbagai Instrumen (Geografi) Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Peta Lakar, agar menjelaskan lagi hasil dapatan dan maklumat yang diperoleh itu menjadi info tentang kawasan kajian peta

Soal selidik itu perlu dilakukan oleh calon bagi mendapatkan maklumat serta maklum balas daripada responden (individu yang disoal / temu bual) di kawasan kajian berhubung dengan tugasan

Perkara yang perlu ada dalam borang soal selidik perlulah relevan dengan tajuk tugasan dan kandungan laporan kajian yang dibuat oleh calon

Bagi tugasan kerja kursus Geografi PT3 tahun 2017, calon perlu membuat Kajian Peta (Peta Lakar) di kawasan tempat tinggal / sekolah

CONTOH DAN CARA BUAT BORANG SOAL SELIDIK (TEMUBUAL) TUGASAN GEOGRAFI PT3 TAHUN 2017

Berikut adalah contoh format dan di antara perkara-perkara yang perlu ada dalam Borang Soal Selidik berkaitan dengan tugasan Kajian Peta (Peta Lakar)

BORANG SOAL SELIDIK
KAJIAN:_____________________
KAWASAN:__________________


BAHAGIAN A: MAKLUMAT DIRI
Arahan: Sila lengkapkan ruangan dan tandakanCheck Boxpada kotak jika berkenaan

(A1) Nama Penuh:___________________________
(A2) Alamat:_______________________________

(A3) Bangsa:
Check KotakMelayu
Check KotakCina
Check KotakIndia
Lain-lain. Sila nyatakan__________

(A4) Jantina:
Check KotakLelaki
Check KotakPerempuan

(A5) Umur:
Check Kotak21 – 30 tahun
Check Kotak31 – 40 tahun
Check Kotak41 – 50 tahun
Check Kotak51 tahun ke atas

(A6) Pekerjaan:

Check KotakTidak Berkerja
Check KotakBerkerja Sendiri
Check KotakPenjawat Awam / Badan Berkanun
Check KotakPenjawat / Pekerja Swasta

(A7) Pendapatan:
Check KotakRM900 kebawah
Check KotakRM900 – RM3000
Check KotakRM3000 keatas


BAHAGIAN B: SOAL SELIDIK / TEMU BUAL / TINJAUAN
Arahan: Sila lengkapkan ruangan dan tandakanCheck Boxpada kotak jika berkenaan (boleh ditandakan lebih daripada satu)

(B1) Berapa lamakah Encik / Puan Tinggal Di Kawasan Ini?

Check Kotak2 – 3 tahun
Check Kotak5 – 10 tahun
Check Kotak11 – 15 tahun
Check Kotak16 – 20 tahun
Lain-lain. Sila nyatakan_______________

(B2) Sila Pilih Sektor Apakah Yang Berpotensi Untuk Dimajukan Di Kawasan Ini?

Check KotakPertanian
Check KotakPerindustrian
Check KotakPerikanan
Check KotakPerlancongan
Check KotakPerniagaan (Kegiatan Ekonomi)
Lain-lain. Sila nyatakan___________________

(B3) Apakah Halangan Untuk Memajukan Kawasan ini Mengikut Pilihan Sektor Bagi Perkara (B2) Di Atas?

Check KotakBentuk Muka Bumi
Check KotakKemusnahan Hutan
Check KotakBencana Alam
Check KotakPencemaran Alam Sekitar
Check KotakKekurangan Tenaga Buruh
Check KotakKeselamatan
Check KotakKekurangan Modal
Lain-lain. Sila nyatakan___________________

(B4) Apakah Cadangan Usaha-Usaha Untuk Mengatasi Halangan Bagi Perkara (B3) Di Atas ?

Check KotakMenjalankan Kempen Kesedaran Kepada Penduduk Bahawa Kemajuan Penting Di Kawasan Ini
Check KotakMenjalankan Aktiviti Dan Kegiatan Untuk Memajukan Kawasan Ini Dengan Terancang
Check KotakMembuat Penyelidikan Terlebih Dahulu Bagi Setiap Sektor Yang Dicadangkan
Lain-lain. Sila nyatakan berserta usul atau cadangan_________________________________

(B5) Sekiranya Sektor Pertanian Berpotensi Dimajukan Di Kawasan Ini, Apakah Manfaat Yang Dapat Diperoleh

Check KotakPendapatan Negara
Check KotakPeluang Pekerjaan
Check KotakSumber Makanan Penduduk
Check KotakMenggalakkan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Pertanian
Lain-lain. Sila nyatakan_________________________

(B6) Apakah Sumbangan Perindustrian Sekiranya Sektor Tersebut Dibangunkan Di Kawasan Ini?

Check KotakMenyediakan Peluang Pekerjaan Kepada Penduduk
Check KotakMeningkatkan KDNK Dan Pendapatan Negara
Check KotakKesan Pengganda Rantaian Ekonomi Seperti Pertanian, Pengangkutan, Telekomunikasi Dan Perkhidmatan Kewangan Dan Lain-Lain Yang Berkait Secara Langsung Dengan Industri Pembuatan
Check KotakMenambah Dana Pelaburan Dalam Negara
Lain-lain. Sila nyatakan____________________________

(B7) Apakah Faktor Fizikal Yang Akan Mempengaruhi Aktiviti Pelancongan Sekiranya Sektor Pelancongan Dimajukan Di Kawasan Ini?

Check KotakKeindahan Pulau
Check KotakBentuk Muka Bumi
Check KotakHutan Lipur
Check KotakTarikan Cuaca
Check KotakKeindahan Pantai
Check KotakTanah Tinggi
Lain-lain. Sila nyatakan________________________

(B8) Jika Sektor Perikanan Lebih Berpotensi Dimajukan, Bagaimanakah Teknologi Moden Mempengaruh Kemajuan Sektor Perikanan Di Kawasan Ini?

Check KotakPenggunaan Bot Dan Peralatan Tangkapan Yang Berteknologi Moden
Check KotakPenggunaan Radar Pengesan Ikan (Ecosonar), GPS
Check KotakPenggunaan Teknologi Pembiakbakaan Dalam Akuakultur
Lain-lain. Sila nyatakan____________________________

(B9) Jika Sektor Perniagaan Lebih Berpotensi Dimajukan Di Kawasan Ini, Apakah Cabarannya Di Masa Hadapan?

Check KotakKekurangan Sumber Tenaga Yang Semakin Ketara
Check KotakCabaran Teknologi
Check KotakMeningkatkan Produktiviti
Check KotakPentingnya Tanggungjawab Sosial Di Kalangan Syarikat Perniagaan
Check KotakPenipuan Dalam Dunia Perniagaan Dengan Bantuan Teknologi Yang Canggih
Lain-lain. Sila nyatakan___________________

(B10) Apakah Langkah Sewajarnya Untuk Mengatasi Krisis Perumahan Sekiranya Berlaku Di Kawasan Ini?

Check KotakMencadangkan Penubuhan Lembaga Perumahan Rakyat (LPR) Yang Tidak Bermotifkan Keuntungan
Check KotakBeri Mandat Kepada Majlis Perbandaran Tempatan Untuk Mengambil Alih Pengurusan Rumah Kos Rendah
Check KotakMemperkenalkan Skim Insurans Pinjaman
Check Kotak‘Council Home’ Atau Rumah Disewakan Untuk Penduduk Yang Berpendapatan Kurang Daripada RM2,500 Sebulan
Check KotakSelaraskan Status Peneroka Bandar
Check KotakHak Dan Geran Untuk Penyewa Tanah
Check KotakMelaksanakan Cukai Hartanah Yang Progresif Dan Strategik
Lain-lain. Sila nyatakan____________________________


BAHAGIAN C: AKUAN / PENGESAHAN

Saya dengan ini mengesahkan bahawa maklumat yang diberikan dalam borang soal selidik / temu bual ini adalah benar serta dilengkapkan oleh saya sendiri dan tiada paksaan dari mana-mana pihak

Tandatangan:____________Tarikh:____________


Kerjasama serta maklum balas dari pihak tuan / puan dalam soal selidik / temubual ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

 

MY Info
Contoh Borang Soal Selidik / Temubual / Tinjauan yang disertakan oleh MYsumber ini adalah lebih menjurus kepada Umum dan boleh dijawab dengan mudah oleh responden
BetulBorang kaji selidik yang disertakan ini adalah sebagai panduan, rujukan dan cetusan idea baharu kepada calon sahaja
BetulSila buat penambahbaikan borang soal selidik tersebut mengikut kesesuaian kandungan kajian
BetulSila rujuk dengan guru terlibat bagi mendapatkan jumlah responden yang perlu di soal selidik atau temu bual
BetulSekeping borang soal selidik mewakili satu / seorang responden
Pautan Info BerkaitanInfo Berkaitan
Sila Klik LinkPanduan, Tips Dan Contoh Sepenuhnya Cara Buat Tugasan PT3 Geografi 2017
Sila Klik LinkPanduan Dan Cara Melukis Peta Lakar Tugasan PT3 Geografi 2017