Jawapan contoh kerja kursus PT3 Geografi 2016 pengangkutan

16:51 Redaksi Admin

Maklumat terkini untuk artikel ini telah dikemaskini pada 15 Mac 2017 jam 03:40 AM

Tips Panduan Tugasan Kerja Kursus PT3 2016 Geografi

Calon PT3 tahun 2016 dikehendaki melaksanakan jenis tugasan iaitu kajian kes berhubung dengan pengangkutan di kawasan tempat tinggal atau sekolah calon

Dalam menghasilkan kajian kes yang terbaik mestilah menepati kehendak soalan / tugasan yang telah diberikan iaitu penentuan tajuk kajian yang relevan, Senarai Kandungan, Penghargaan Pendahuluan (pengenalan), Objektif Kajian, Kaedah Kajian, Borang Soal Selidik, Rumusan, Lampiran (gambar/grafik) yang berkait rapat dengan kawasan kajian dan Sumber Rujukan

Calon dinasihatkan memastikan ketulenan kajian kes dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru tugasan (hasil kerja) sepenuhnya daripada mana-mana pihak, dalam erti kata lain penghasilan tugasan kajian yang lengkap adalah usaha calon sendiri

Tarikh Folio Geografi PT3 2016

Tempoh Perlaksanan Ujian Pelbagai Instrumen (Geografi)
17-18 Julai hingga 29 Julai 2016

CONTOH JAWAPAN KERJA KURSUS PT3 2016 GEOGRAFI » PENGANGKUTAN

Berikut ialah senarai panduan, contoh dan tips bagi tugasan kajian kes berhubung dengan pengangkutan untuk kerja kursus Geografi PT3 tahun 2016 berdasarkan kehendak tugasan yang diberikan

Sebagai makluman, kajian kes tersebut haruslah merangkumi perkara seperti yang telah ditetapkan

Tugasan PT3 Geografi 2016

2.0 Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2016
2.1 » Konsep dan takrifan sistem pengangkutan
2.2 » Bina jadual dan graf /carta pai yang sesuai tentang pengangkutan di kawasan kajian. (Jadual dan graf /carta pai tersebut hendaklah relevan dengan tugasan 2.3 dan 2.4
2.3 » Kenal pasti dan huraikan masalah pengangkutan yang dihadapi di kawasan kajian
2.4 » Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di kawasan kajian

PANDUAN, CONTOH DAN TIPS BAGI TUGASAN UTAMA (DAPATAN KAJIAN)

Menentukan Tajuk Kajian
Penentuan tajuk kajian mestilah spesifik berkaitan dengan kandungan tugasan di kawasan kajian
Pengangkutan” sahaja adalah tajuk umum. Calon perlu nyatakan tajuk mengikut kesesuaian kandungan kajian. Contoh yang ringkas seperti: Pengangkutan Di… (nama kawasan kajian calon)
Apabila sudah dapat menentukan tajuk tugasan, calon boleh mula membuat kajian tentang pengangkutan yang terdapat dalam jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian sama ada jenis pengangkutan di darat, laut dan udara
2.1 » Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan
Membuat kenyataan (Definisi / Maksud) yang ringkas dan padat bagi menjelaskan tentang Sistem Pengangkutan. Sila klik pada judul pautan (link) dibawah bagi mendapatkan bahan dan cetusan idea dalam mengarang konsep dan takrifan sistem pengangkutan
InfoTunjuk LinkRujukan Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan

Calon perlu mengarang takrifan sistem pengangkutan secara ringkas tetapi isinya lengkap dan padat menggunakan kreativiti masing-masing berdasarkan carian dan rujukan maklumat yang telah dibuat

Manakala bagi konsep pula (jenis-jenis pengangkutan) atau maklumat lain yang berkaitan, penerangan boleh dinyatakan dalam bentuk perenggan “turutan angka”. Contoh cara nak mulakan, semak dan teliti pada bahagian lampiranPDF Format folio versi penuh dibawah sekali

Nota AdminCalon perlu menyatakan konsep dan takrifan sistem pengangkutan secara umum, jangan fokus kepada satu jenis pengangkutan sahaja

2.2 » Bina Jadual Dan Graf /Carta Pai Yang Sesuai Tentang Pengangkutan Di Kawasan Kajian
Tunjuk LinkPanduan Dan Contoh Cara Bina Jadual Graf / Carta Pai Yang Sesuai Tentang Pengangkutan Di Kawasan Kajian
2.3 » Kenal Pasti Dan Huraikan Masalah Pengangkutan Yang Dihadapi Di Kawasan Kajian
Mengenalpasti dan menghuraikan masalah Pengangkutan yang dihadapi di kawasan kajian. (***fokus kepada jenis pengangkutan sama ada *darat, laut atau udara* yang menjadi pilihan kajian)

Dalam perkara ini, MYsumber memberikan contoh kepada jenis pengangkutan awam yang ada di darat (Pengangkutan Darat) kecuali Pengangkutan Rel (kereta api, komuter, LRT dan Monorel) kerana ia menimbulkan masalah yang sama di merata kawasan seperti masalah teknikal/kerosakan di atas jalan raya sehingga berlakunya kesesakan teruk, kenderaan yang digunakan lama, pencemaran, kerosakan struktur jalan raya, keselamatan dan pelbagai lagi

Masalah berkenaan turut sama ditimbulkan oleh pelbagai jenis kenderaan persendirian lain (kereta, motosikal, van atau lori) yang digunakan dalam jaringan sistem pengangkutan darat (jalan raya)

Jadi mudah nak kenalpasti dan menghuraikan masalah tersebut. Malahan kita sendiri pernah melihat serta hadapi masalahnya

Gunakan maklumat tersebut atau daripada pengalaman sendiri sebagai hasil dapatan kajian untuk tugasan kepada jenis pengangkutan yang dipilih di kawasan kajian

Bagi mendapatkan contoh, sila klik pada judul pautan dibawah

Tunjuk LinkContoh Masalah Pengangkutan Awam Di Darat
InfoCalon perlu mengenalpasti dan menghuraikan masalah Pengangkutan yang dihadapi berdasarkan keadaan sebenar di kawasan kajian calon
2.4 » Cadangkan Penambahbaikan Yang Boleh Dilaksanakan Terhadap Pengangkutan Di Kawasan Kajian
Calon perlu memberi cadangan yang kreatif, relevan seiring dengan perkembangan teknologi masa kini dan logik bagi penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan berdasarkan keadaan di kawasan kajian (tempat tinggal) atau (sekolah calon). Bagi mendapatkan contoh, sila klik pada judul pautan dibawah
Tunjuk LinkContoh Cadangan Penambahbaikan Yang Boleh Dilaksanakan Terhadap Pengangkutan
Link BerkaitanPautan Info Tugasan PT3 Geografi 2016
Tunjuk LinkContoh Dan Cara Buat Borang Soal Selidik: Pengangkutan
Tunjuk LinkContoh Dan Cara Buat Penghargaan, Pendahuluan, Objektif Kajian, Kaedah Kajian, Rumusan Dan Sumber Rujukan
PDF FormatTunjuk LinkContoh Lengkap, Versi Penuh Folio Geografi Tingkatan 3 Tentang Pengangkutan Awam (darat)
PDF FormatTunjuk LinkContoh Lengkap (Versi Penuh) Kajian Kes Pengangkutan Awam (darat)
InfoSila Semak mana-mana bahagian yang berkait rapat dengan tugasan calon sahaja untuk dijadikan rujukan. Kerana hasil dapatan kajian contoh tugasan tersebut adalah Pengangkutan Awam. Ia sedikit berbeza dengan tugasan Tugasan PT3 Geografi 2016 yang lebih menjurus kepada “Pengangkutan Umum”
Mysumber Admin
TerbaikKami Redaksi Admin merasakan sudah memadai info yang telah diberikan setakat ini dan kami mengucapkan semoga berjaya dalam melaksanakan tugasan kepada calon yang terlibat
TerbaikTips untuk penghargaan, pendahuluan (pengenalan), objektif kajian, kaedah kajian, borang soal selidik, rumusan, dan Sumber Rujukan (Ok)
TerbaikTips Tugasan Utama / contoh jadual dan graf /carta pai yang sesuai tentang pengangkutan di kawasan kajian (Ok)
TerbaikBagi cara buat halaman kandungan dan kerangka pelaksanaan tugasan / jadual kerja yang merangkumi Perancangan, Proses Awal dan Akhir, sila rujuk dalam contoh lampiranPDF Formatpada pautan info di atas serta merujuk dengan guru terlibat
TerbaikSila membuat susunan format laporan / tugasan mengikut kesesuaian. Contoh rujuk lampiranPDF Formatdalam pautan info di atas
Info-info yang dinyatakan hanyalah sebagai rujukan atau maklumat tambahan kepada calon dalam usaha untuk penambahbaikkan tugasan yang sedang dibuat
Calon dinasihatkan menggunakan kreativiti tersendiri untuk menghasilkan tugasan yang terbaik selain mendapatkan tunjuk ajar serta bimbingan dengan merujuk kepada guru yang terlibat
Butang FacebookButang TwitterButang Google