Punca dan sebab permohonan BR1M 2017 gagal tidak lulus

22:25 Redaksi Admin

Maklumat terkini untuk artikel ini telah dikemaskini pada 2 April 2017 jam 02:59 PM

Punca Permohonan Kemaskini BR1M Gagal Terkini

Sebaik sahaja permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 ditutup, bagi mereka yang telah mengemukakan permohonan terutamanya pemohon baharu pasti berharap permohonan tersebut diluluskan

Ini kerana nilai bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan kos sara hidup mereka

SEBAB DAN PUNCA PERMOHONAN BR1M 2017 TIDAK LULUS (DITOLAK) ATAU GAGAL

Sebagai makluman, setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan disemak dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki

Maklumat pemohon akan disemak dengan agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia seperti berikut:

BilNama AgensiBilNama Agensi
1Jabatan Pendaftaran Negara7Polis Diraja Malaysia
2Angkatan Tentera Malaysia8Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
3Jabatan Akauntan Negara Malaysia9Kumpulan Wang Amanah Pencen
4Jabatan Perkhidmatan Awam10Jabatan Pengangkutan Jalan
5Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia11Kementerian Pendidikan Tinggi
6Jabatan Agama Islam Negeri12Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Mungkin agak mendukacitakan bagi mereka yang telah membuat permohonan tetapi gagal. Namun mereka yang gagal masih berpeluang mendapatkan BR1M dengan membuat permohonan rayuan
Menerusi semakan MYsumber dengan mereka yang berkaitan dalam perkara ini telah menggariskan antara sebab-sebab utama atau kesilapan yang membuatkan permohonan BR1M itu tidak diluluskan atau gagal
Antara Punca / Alasan Dan Sebab-Sebabnya
Tidak mengemaskini permohonan BR1M dalam tempoh 3 tahun kebelakangan (2014) terutamanya penerima BR1M sedia ada
Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan
Semakan data agensi mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
Semakan data agensi mendapati pendapatan individu (bujang) melebihi RM2,000
Maklumat pendapatan pemohon / pasangan /  tanggungan perlu pengesahan (SSM) sekiranya perniagaan berdaftar
Sila Klik LinkMaklumat Lanjut Punca BR1M 2017 Lulus Sebab Daftar SSM
Pemohon yang berstatus Tidak Lulus (Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan) tidak perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan. Pemohon yang gagal boleh hadir ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan (3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017) untuk permohonan rayuan BR1M 2017
Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan (perlu pengesahan)
Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap (perlu pengesahan)
Maklumat tanggungan tidak lengkap
Pemohon wujud sebagai Suami / Isteri permohonan lain atau Suami / Isteri telah membuat permohonan lain
Pemohon merupakan pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar
Pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah. Ia akan menyebabkan permohonan pemohon kategori individu (bujang) itu gagal
Pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan tidak benar
No. pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Nama pemohon berbeza dengan data JPN
Permohonan ditolak kerana nama telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan
Permohonan lebih daripada satu kali
Terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza
Nama pasangan  /tanggungan berbeza dengan data semakan agensi terlibat
Kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara online atau manual
Senarai Lengkap Penerangan Punca BR1M 2017 Tidak Lulus Dan Permohonan Rayuan
PDF FormatSila Klik LinkSenarai Alasan BR1M Tidak Lulus Serta Dokumen Yang Diperlukan Bagi Permohonan Rayuan
Sila Klik LinkMaklumat Dan Borang Permohonan Rayuan BR1M 2017
Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share