Borang rayuan BR1M 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia

22:05 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 2 April 2018 jam 09:23 PM

brim gagal tidak lulus

Kerajaan telah membuka permohonan rayuan BR1M 2018 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) kepada pemohon yang gagal dalam mendapat bantuan berkenaan

Permohonan rayuan itu boleh dikemukakan secara atas talian (online) hanya untuk pemohon tidak lulus tertentu sahaja. Selain dari status tidak lulus berkenaan ianya perlu dibuat secara manual iaitu dengan menggunakan serta melengkapkan butiran yang diperlukan dalam borang rayuan di cawangan LHDNM

BORANG PERMOHONAN RAYUAN BR1M 2018 BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA

Permohonan Rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh dibuat secara online hanya untuk pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja (Kod dan Alasan Tidak Lulus)

Tarikh SemakanTARIKH PERMOHONAN RAYUAN SECARA ATAS TALIAN
Aplikasi BukaDibukaAplikasi TutupDitutup
13 April 2018
Status Tidak Lulus Yang Dibenarkan Untuk Permohonan Rayuan BR1M Secara Dalam Talian
Nombor 105 : Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
Nombor 206 : Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan melebihi RM2,000
Nombor 307 : Pemohon disenaraikan sebagai penerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
Nombor 414 : Pendapatan bulanan isi rumah yang dilaporkan pada borang melebihi RM4,000
Nombor 515 : Pendapatan bulanan yang dilaporkan melebihi RM2,000

Selain daripada status tidak lulus berkenaan, rayuan perlu dibuat di Cawangan LHDNM yang berhampiran

Tarikh SemakanTARIKH PERMOHONAN RAYUAN DI CAWANGAN LHDNM
Aplikasi BukaDibukaAplikasi TutupDitutup
2 April 2018
31 Mei 2018
Keterangan Kod Alasan Tidak Lulus dan Dokumen Sokongan yang perlu dibawa semasa tempoh rayuan
Permohonan Rayuan boleh dikemukakan oleh pemohon melalui cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat
Sila Klik LinkAlasan Tidak Lulus Dan Dokumen Sokongan
Sila Klik LinkJadual Pembukaan Kaunter Rayuan BR1M
Sila Klik LinkBorang Rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018 
Bagi pemohon yang mahu memuat turun (download) Borang Rayuan BR1M 2018 di internet
InfoBorang rayuan BR1M 2018 yang telah dilengkapkan dengan sempurna disertakan bersama salinan dokumen diperlukan hendaklah dihantar ke mana-mana saluran yang dinyatakan seperti diatas
InfoDengan menggunakan borang yang sama juga, penerima sedia ada yang ingin mengemas kini maklumat seperti nombor akaun, maklumat waris dan surat menyurat boleh berbuat demikian sepanjang tempoh rayuan dibuka
InfoSebagai peringatan, jangan lupa sertakan pembuktian salinan dokumen diperlukan mengikut kod alasan tidak lulus sepertimana yang diberitahu dalam bahagian lampiran borang rayuan