Cara buat rayuan Kolej Vokasional KV dan Sekolah Teknik SMT 2019

16:08 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 17 Oktober 2018 jam 05:32 PM

Rayuan KV SMT

Calon-calon (pemohon) yang gagal dengan permohonan / tidak berjaya ditawarkan kemasukan ke program Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2019 boleh mengemukakan permohonan rayuan

Permohonan rayuan tersebut boleh dikemukakan oleh calon dengan mengunjungi (walk-in) mana-mana institut yang terlibat atau yang dipohon

CARA MEMBUAT RAYUAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) 2019

Menurut pemberitahuan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung dengan perkara ini, calon yang tidak berjaya ditawarkan atau calon yang tidak memohon secara online (kes terlepas tarikh permohonan) boleh membuat rayuan melalui walk-in (menghadirkan diri) ke mana-mana institusi yang dipohon berdasarkan aliran

Tarikh SemakanTARIKH PERMOHONAN RAYUAN ALIRAN PERDANA
DibukaDitutup
24 Januari 2019
28 Februari 2019
MYNotaTarikh yang dinyatakan masih tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan tarikh akan dikemaskini
Tarikh SemakanTARIKH PERMOHONAN RAYUAN ALIRAN PAV
DibukaDitutup
13 Februari 2019
28 Februari 2019
MYNotaTarikh yang dinyatakan adalah RASMI tetapi masih tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan tarikh akan dikemaskini
BERKAITAN
Sekiranya selepas membuat semakan keputusan melalui Sistem Aplikasi Semakan tidak dinyatakan apakah dokumen sokongan yang perlu dibawa semasa membuat rayuan di institusi berkaitan nanti, calon disarankan menyediakan salinan keputusan peperiksaan, dokumen, sijil-sijil berkaitan yang disahkan benar dan boleh juga menulis surat rasmi rayuan yang merujuk kepada pakej pilihan kursus serta institusi bagi permohonan rayuan tersebut
SENARAI INSTITUSI DAN KURSUS DITAWARKAN
PDF LampiranSila Klik LinkSenarai Kolej Vokasional
PDF LampiranSila Klik LinkInfo Program Kolej Vokasional
PDF LampiranSila Klik LinkSenarai Sekolah Menengah Teknik
PDF LampiranSila Klik LinkInfo Aliran Teknikal Sekolah Menengah Teknik
KEPUTUSAN PERMOHONAN RAYUAN
Pemohon yang berjaya sepanjang tempoh rayuan akan dihubungi oleh institusi tersebut dan keputusan serta penempatan calon rayuan adalah bergantung kepada kekosongan, juga keputusan Ahli Jawatankuasa Pemilihan calon di institusi yang berkenaan