Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020 Subsidi Pengambilan Lesen Motosikal

Dikemaskini pada

permohonan roda darul ehsan ride

Kerajaan Negeri Selangor terus mengusahakan inisiatif bagi membantu mengurangkan beban rakyat. Bantuan daripada kerajaan negeri tertumpu kepada golongan yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan. Sehingga hari ini, ramai di antara mereka telah menikmati hasil usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi membantu golongan tersebut terutamanya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial

Menerusi Belanjawan Selangor 2020, sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan sebagai subsidi bagi program yang dikenali sebagai Roda Darul Ehsan (RiDE). Program ini diperkenalkan bagi membantu anak muda yang berkelayakan untuk mengambil lesen motorsikal dengan bantuan subsidi daripada kerajaan negeri Selangor

Sejumlah 3,000 anak muda negeri Selangor disasar sebagai penerima faedah program Roda Darul Ehsan (RiDE). Subsidi sebanyak RM350 akan diberikan kepada penerima Roda Darul Ehsan (RiDE) bagi mengambil kursus latihan lesen motor. Untuk makluman, harga lesen motor terkini adalah dalam lingkungan harga RM350 hingga RM450 mengikut pengusaha pusat latihan memandu masing-masing.

Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor, perkembangan industri penghantaran dan logistik dapat membantu anak-anak muda miskin bandar dalam meningkatkan ekonomi diri secara khususnya dan keluarga secara amnya. Maka, inisiatif ini akan menjadi aset anak muda dalam menceburi bidang tersebut.

Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020 Subsidi RM350 Ambil Lesen Motosikal

Roda Darul Ehsan (RiDE) adalah salah satu di antara insentif bantuan kerajaan negeri yang diperkenalkan dalam Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) pada pembentangan Belanjawan Selangor 2020.

Tarikh SemakanTARIKH PERMOHONAN RODA DARUL EHSAN (RiDE) 2020
Aplikasi BukaMulaAplikasi TutupTamat
Mac 2020
Live Score 1

Berikut adalah syarat kelayakan bagi Permohonan Roda Darul Ehsan 2020:-

Syarat Kelayakan  Permohonan 
Nombor 1Pemohon merupakan anak kelahiran negeri Selangor
Nombor 2Keutamaan kepada anak muda Selangor yang kurang berkemampuan atau miskin bandar
Kadar  Bantuan Roda Darul Ehsan 2020
Berikut merupakan maklumat kadar bayaran bantuan daripada kerajaan negeri Selangor:

 MYR Malaysia Ringgit RM350

RiDE 2020

Cara membuat Permohonan Roda Darul Ehsan 2020 adalah seperti berikut:-

Permohonan RiDE 2020
Nombor 1 Pemohon boleh melakukan permohonan dengan mendapatkan borang di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing
Nombor 2 Permohonan akan melalui proses pemilihan yang dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Generasi Muda Majlis Sukan Negeri Selangor
Maklumat Lanjut  
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020, sila rujuk kepada grafik dan dokumen yang dikongsikan di bawah
roda darul ehsan
Sila Klik Link Insentif Bantuan Kerajaan Negeri Selangor 2020
Sila Klik Link Hubungi IPR Inisiatif Peduli Rakyat
Sila Klik LinkLaman Web Rasmi IPR
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Close