Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat RMR SPNB 2023

Skim Perumahan

Skim Perumahan

Rumah Mesra Rakyat (RMR)merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membina rumah mampu milik bagi rakyat Malaysia. Objektif inisiatif ini adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan juga keluarga miskin yang tinggal di rumah usang atau daif tetapi memiliki tanah bagi membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa

Kerajaan sememangnya prihatin dan serius dalam memberikan perhatian terhadap keperluan pembinaan rumah RMR pada masa akan datang. Terkini kerajaan mengumumkan untuk membina 3,410 unit Rumah Mesra Rakyat di seluruh negara pada tahun 2023 selaras dengan peruntukkan diumumkan dalam Belanjawan 2023 yang diperjelaskan oleh YB Menteri Kewangan

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah organisasi yang bertanggungjawab menyelaras permohonan RMR. SPNB ditubuhkan bagi menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan bagi setiap keluarga di Malaysia sejajar Dasar Perumahan Negara. Kini, SPNB adalah dibawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Setakat 31 Mei 2020, sejumlah 51,746 daripada 94,638 permohonan RMR telah diluluskan berdasarkan Pengerusi SPNB. Daripada permohonan tersebut, 35,923 permohonan telah ditolak serta 6,969 permohonan kini masih di dalam senarai menunggu. 46,576 unit RMR berjaya disiapkan setakat ini, 2,516 unit dalam proses pembinaan serta 2,654 permohonan sedang dalam peringkat dokumen perjanjian. Pada tahun 2021, sebanyak 6,159 unit RMR telah berjaya dibina. Sejak projek RMR diperkenalkan pada 2002, SPNB telah siap membina 58,425 unit rumah di seluruh negara

Cara Membuat Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat RMR 2023 SPNB

Berikut MYsumber sertakan ringkasan maklumat program yang merangkumi cara dan syarat-syarat permohonan, kaedah pembayaran serta ciri-ciri rekabentuk rumah

Syarat Kelayakan Permohonan RMR

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun sehingga 65 tahun
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah hendaklah tidak melebihi RM5,000
  4. Pemohon serta pasangan tidak mempunyai rumah sendiri / atau memiliki rumah usang (tidak sempurna)
  5. Tanah / tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian / bebanan / sekatan ke atasnya. Sekiranya pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapatkan kebenaran pemilik tanah tersebut
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (kaki persegi) – tertakluk kepada rekabentuk
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan

Untuk pemohon dari Semenanjung Malaysia yang berusia lebih daripada 42 tahun, pemohon kedua yang berusia di antara 18-42 tahun diperlukan. Untuk pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berusia di antara 18-38 tahun diperlukan. Untuk permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.

Cara Permohonan RMR

  1. Layari laman pautan seperti berikut:
  2. Klik Pendaftaran Baru – Isikan Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
  3. Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
  4. Log Masuk – Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan bagi memulakan permohonan RMR
  5. Lengkapkan Boorang Online – Isikan maklumat ke dalam sistem
  6. Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
  7. Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan

*Semakan dan penilaian oleh pihak SPNB akan dibuat. Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan

Nota: Permohonan juga boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan RMR di semua cawangan SPNB dan perlu dihantar kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.

Video Panduan

Tanggungjawab Pemohon (Jika lulus)

  • a. Mengisi borang permohonan dengan lengkap
  • b. Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  • c. Menyediakan sumber bekalan elektrik dan air
  • d. Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  • e. Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan (bayaran pendahuluan tiga bulan diwajibkan sebagai sekuriti pembiayaan)

Dokumen Permohonan RMR Yang Diperlukan

  1. Salinan IC / kad pengenalan pemohon dan pasangan – sekiranya berkenaan
  2. Salinan IC / kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan IC/ kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru serta sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

Reka Bentuk Baharu RMR

Skim Perumahan

Skim Perumahan

Skim Perumahan

Skim Perumahan

Skim Perumahan

Skim Perumahan

Maklumat Lanjut

Mereka yang berminat dengan program RMR dan mempunyai pertanyaan lanjut, sila rujuk laman web rasmi SPNB seperti pautan di bawahh

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan