Cara semak scam skim penipuan online

Tips

Tips

Di zaman serba canggih dan moden ini, pelbagai kemudahan dicipta dan dibangunkan demi untuk membantu memudahkan lagi urusan harian kita. Antaranya adalah urusan jual beli yang dahulunya dilakukan secara berhadapan antara pembeli dan penjual yang kini telah berubah kepada urusan jual beli atas talian iaitu secara online menggunakan internet. Jika dahulu berurusan secara berhadapan juga telah terdapat kes penipuan apatah lagi kini di mana penjual dan pembeli tidak melihat antara satu sama lain. Penipuan urusan jual beli merupakan salah satu daripada skim penipuan atau scam online

Sebelum kehadiran internet, terdapat juga skim penipuan yang dilakukan secara fizikal atau berhadapan dengan mangsa. Antaranya adalah skim cepat kaya, atau pertandingan gores dan menang. Bagi skim cepat kaya, rata-rata pemangsa akan mendekati mangsa dengan menawarkan pelbagai pulangan yang menarik dan lumayan dalam jangka masa singkat sekiranya mangsa melaburkan wang dalam skim tersebut. Bagi pertandingan gores dan menang pula, mangsa akan didekati dan diberitahu bahawa telah memenangi sejumlah wang dan perlu memasukkan sejumlah wang ke akaun mereka terlebih dahulu sebelum mendapatkan hadiah

Seterusnya di era telekomunikasi menggunakan telefon rumah dan telefon bimbit, mangsa seringkali mendapat panggilan atau pesanan mesej ringkas (SMS) yang menyatakan bahawa mereka mempunyai tunggakan bayaran dan perlu diperjelaskan secepat mungkin. Sekiranya tidak dilakukan, mereka telah diugut dengan sesuatu tindakan bakal dikenakan termasuklah yang melibatkan nyawa mereka dan sebagainya. Kejadian sebegini telah berlaku sejak dahulu lagi dan pelbagai cara dan kaedah telah dilakukan oleh pihak berkuasa termasuklah penguatkuasaan undang-undang dan juga kempen kesedaran

Salah satu daripada usaha kerajaan menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras berlakunya kes jenayah penipuan ini termasuklah dengan menyediakan sebuah laman web semakan skim penipuan secara atas talian (online). Melalui laman web tersebut, orang ramai boleh melakukan semakan sama ada peniaga atau penjual yang mereka sedang atau akan berurusan merupakan sebuah skim sindiket penipuan ataupun tidak.

Dengan ini, masyarakat awam akan lebih berjaga-jaga dan dapat mengelak daripada ditipu oleh sindiket tersebut. Secara tak langsung, dapat mengurangkan kadar jenayah penipuan daripada berleluasa di negara kita

Cara Membuat Semakan Scam Skim Penipuan Online Check Scammer

Berikut adalah cara untuk membuat semakan scammer skim penipuan secara atas talian (online). Sila ikuti langkah yang disediakan oleh MYSumber untuk mengelak menjadi mangsa penipuan scammer secara online

Laman Web Semakan Skim Penipuan Secara Online

Cara Membuat Semakan

Terdapat dua kaedah untuk membuat semakan secara online iaitu dengan memasukkan nombor akaun pemangsa ataupun nombor telefon pemangsa seperti berikut:

1. Layari laman web seperti yang disediakan di atas dan paparan seperti di bawah akan ditunjukkan. Masukkan No. Akaun Bank suspek penipuan di ruangan yang disediakan dan juga kod Captcha lalu tekan Semak Maklumat

Nota: Pengguna boleh memilih untuk melayari laman web portal khas PDRM, dengan Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin atau Tamil

Tips

2. Selain itu, pengguna juga boleh memasukkan nombor telefon suspek yang dianggap cuba melakukan penipuan dengan memilih kategori Nombor Telefon

Tips

3. Setelah itu, paparan maklumat akan ditunjukkan sama ada terdapat laporan yang pernah dibuat bagi Nombor Akaun/Nombor Telefon terbabit ataupun tidak. Sekiranya tiada, maklumat turut akan dipaparkan bagi bilangan jumlah carian yang pernah dibuat bagi Nombor Akaun/Nombor Telefon terbabit yang menunjukkan terdapat kemungkinan cubaan penipuan pernah dilakukan. Justeru pengguna harus berhati-hati.

Tips

Tindakan Sekiranya Telah Ditipu

Sekiranya nombor akaun/nombor telefon yang dimasukkan mempunyai rekod laporan penipuan dan pengguna telah pun melakukan transaksi kewangan atau meneruskan urusniaga dengan mereka, ikuti langkah tindakan yang perlu diambil antaranya:

1. Membuat Laporan Polis dengan menyertakan bukti seperti resit transaksi dan sebagainya

2. Sekiranya melibatkan jumlah kewangan yang besar, hubungi penasihat kewangan dan dapatkan bantuan nasihat daripada mereka

3. Maklumkan kepada orang ramai agar tidak berlaku kejadian yang sama kepada orang lain

Langkah Tambahan Mengenalpasti Skim Penipuan 

Selain membuat semakan di laman CCID yang disediakan pihak PDRM, terdapat beberapa langkah tambahan yang boleh diambil oleh pengguna untuk mengenalpasti skim sindiket penipuan iaitu:

1. Sekiranya melayari sesebuah laman web, lihat dan pastikan sama ada ianya lengkap, meyakinkan dan boleh dipercayai atau tidak

2. Baca komen atau testimoni daripada pelanggan-pelanggan lain

3. Sekiranya berurusan secara langsung, lihat dan kenalpasti gambar profil yang digunakan di Facebook/Whatsapp adakah gambar betul atau palsu

4. Pengguna boleh mencari nombor telefon/nombor akaun suspek di laman web seperti Facebook dan Google untuk melihat sama ada pernah atau tidak orang lain terlibat dalam situasi sama

5. Buat perbandingan dengan harga barang/servis di platform lain, sekiranya didapati jauh berbeza iaitu terlalu murah maka pengguna harus berhati-hati

6. Sekiranya membuat transaksi melebihi RM1,000 digalakkan untuk bertemu penjual tersebut atau secara COD

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Semakan Skim Penipuan Secara Online, sila rujuk dan hubungi butiran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), yang disediakan berikut:

Related : google play store

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan