Cara Solat Sunat Taubat. Manusia mana yang tidak pernah membuat kesilapan walaupun sekali. Selagi mana nyawa dikandung badan, setiap insan pasti tidak lari daripada berbuat dosa samada dalam keadaan sedar atau tidak. Tidak kira dosa kecil mahupun dosa besar, sebagai manusia yang lemah, kita hendaklah sentiasa beristiqamah dalam memohon keampunan daripada Allah dan bertaubat atas kesilapan yang telah dilakukan
Taubat boleh didefinisikan sebagai rasa bersalah dan menyesal terhadap segala perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Manakala taubat nasuha adalah taubat yang sebenar-benarnya diiringi janji untuk tidak mengulangi sesuatu perbuatan itu lagi. Dosa kecil dapat diampuni dengan melaksanakan amal ibadah atau kebaikan, tetapi dosa besar hanya akan diampuni dengan taubat nasuha
Terdapat tiga syarat-syarat untuk melakukan taubat nasuha. Pertama, seseorang itu hendaklah menyesal dengan sepenuh hati terhadap dosa yang telah dilakukan. Syarat taubat kedua, beliau hendaklah memohon keampunan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh taubat dari lubuk hati disertakan ucapan istighfar. Akhir sekali, individu tersebut hendaklah berazam untuk tidak mengulangi perbuatannya lagi, maka insyaaAllah taubatnya akan diterima oleh Allah SWT
Dan jika perbuatan dosa-dosa yang dilakukan melibatkan orang lain seperti mencuri, mengumpat, mencederakan dan sebagainya, maka pesalah perlu memohon maaf serta memulangkan barangan yang dicuri kepada pemilik asalnya. Sebagai umat Islam yang masih diberi kesempatan, hendaklah kita menggunakan peluang ini untuk menginsafi kesalahan diri dan memohon keampunan daripada Allah.
Siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari Allah yang maha pengampun lagi maha penyayang? Antara cara bertaubat adalah dengan menunaikan solat sunat taubat serta bacaan doanya untuk mendapat keredhaan Allah yang Maha Esa dan membuka pintu taubat
Senarai Sub-Topik
Panduan Lengkap Cara Solat Sunat Taubat Ringkas Serta Bacaan Doa Taubat
Buat yang berhasrat untuk mendirikan solat taubat untuk memohon keampunan daripada Allah SWT, berikut dikongsikan cara solat sunat taubat yang mudah serta doa dan bacaan yang boleh dilafazkan untuk panduan semua
Waktu Dan Bilangan Rakaat Solat Taubat |
Lafaz Niat Solat Sunat Taubat |
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah ta’ala |
TATACARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TAUBAT
Rakaat Pertama |
Rakaat Kedua |
Maksudnya: Tiada Tuhan selain Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk daripada golongan orang-orang yang zalim |
Maksudnya: Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia yang Maha Hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya |
Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau. |
VIDEO DOA TAUBAT
VIDEO ZIKIR TAUBAT
Kelebihan Solat Taubat |
Antara kelebihan menunaikan solat sunat taubat adalah seperti berikut: |
Dalil Solat Sunat Taubat |
Berdasarkan sebuah hadis berkaitan memohon ampun kepada Allah yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakr Al-Siddiq R.A beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: |
ما مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّه إِلَى آخِرِ الآيَةِ |
Maksudnya: Tidak ada seorang hamba yang melakukan satu dosa, lalu dia memperelokkan dalam bersuci dan dia kemudiannya bangun lalu mengerjakan solat dua rakaat dan memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan mengampunkan dosanya. Kemudian dia membaca ayat ini: |
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ |
Maksudnya: Dan mereka yang apabila melakukan satu dosa atau menzalimi diri mereka kemudian mereka mengingati Allah. [Surah Aali Imran: 135]” [Riwayat Abu Dawud (1521)] |
Related : menerima taubat, mengulang kembali