Cara Login SPLKPM Modul Individu (Sistem Pengurusan Latihan)

Cara Login SPLKPM Modul Individu (Sistem Pengurusan Latihan)

Latihan dalam pekerjaan amat diperlukan bagi meningkatkan kemahiran sedia ada seseorang pekerja. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak ketinggalan untuk menyediakan latihan khususnya bagi para guru di Malaysia. Selaras dengan kemajuan teknologi yang ada, KPM telah menyediakan sebuah sistem secara atas talian atau Online menerusi Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) untuk guru

Ianya merupakan sebuah laman portal yang dibangunkan oleh KPM untuk mempermudahkan serta melancarkan lagi proses pengurusan latihan, kursus, bengkel, pangkalan data dan seminar bagi para pendidik di bawah KPM. (dahulu dikenali sebagai SPLG KPM). Sistem ini juga akan menunjukkan senarai kursus yang telah disertai oleh seseorang guru menerusi login di Modul Individu. Cara login portal e ini akan diterangkan lebih lanjut di bawah

Para guru juga boleh melihat sama ada jumlah kursus yang telah disertai sudah mencukupi bagi tahun tersebut ataupun belum. Guru-guru perlu mencapai sasaran sekurang-kurangnya 5 hari latihan dalam tempoh masa setahun. Terdapat pelbagai jenis latihan yang boleh disertai termasuklah latihan bersemuka/konvensional, pembelajaran kendiri dan sesi pembelajaran

Modul individu tidak terhad kepada guru di sekolah sahaja malah digunapakai buat Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana di bawah KPM. Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil. 4/2014, kehadiran kursus hendaklah direkodkan ke dalam Sistem Pengurusan Latihan (SPL) KPM. Rekod kehadiran termasuklah aktiviti LDP/ Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dijalakan di luar KPM

SPLKPM Modul Individu (Sistem Pengurusan Latihan)

Berikut adalah cara login atau log masuk ke Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi rujukan warga KPM. Disediakan juga maklumat lain yang berkaitan

Portal Rasmi Sistem Pengurusan Latihan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Cara Login SPLKPM Modul Individu (Sistem Pengurusan Latihan)Sekiranya Modul Individu tidak dapat diakses, rujuk ke Portal Sistem Pengurusan Latihan, pilih sub-menu Aplikasi dan klik Modul Individu

Cara Login SPLKPM Modul Individu

Bagi mengaskes atau log masuk, ikuti langkah berikut yang disediakan:

  1. Layari Modul Individu seperti pautan disediakan di atas
  2. Sila masukkan No. Kad Pengenalan (tanpa tanda sengkang)
  3. Masukkan pula kata laluan iaitu kata laluan asal (4 digit terakhir dalam No. Kad Pengenalan) dan klik ‘Hantar’
  4. Setelah berjaya login, paparan mesej ‘Sila Tukar Kata Laluan’ akan dipaparkan dan setelah berbuat demikian klik ‘Close’
  5. Seterusnya paparan menu-menu pilihan akan ditunjukkan, untuk menambah kursus yang telah disertai, klik ‘Pembelajaran Kendiri’
  6. Daripada senarai pilihan, klik ‘e-Pembelajaran’ dan klik ‘Tambah Aktiviti’
  7. Masukkan makluman berkaitan dan hubungi admin sekolah bagi membuat sokongan dan pegesahan berdasarkan sijil yang diberikan

Nota: Semua individu diminta menjawab Training Needs Analysis (TNA) atau matrik kompitensi yang disediakan untuk membolehkan pihak pengurusan merancang LDP yang diperlukan

Jumlah Latihan Yang Telah Dihadiri

Untuk mengetahui jumlah latihan yang telah dihadiri oleh seseorang, ikuti langkah berikut:

  1. Setelah log masuk, pergi ke menu Analisis dan Pelaporan
  2. Klik pada ‘Pelaporan’
  3. Paparan jumlah hari bagi latihan yang telah dihadiri tahun tersebut akan ditunjukkan

Cara Login SPLKPM Modul Individu (Sistem Pengurusan Latihan)

Lupa Kata Laluan Login SPLKPM

Sekiranya anda terlupa kata laluan untuk log masuk, terdapat dua kaedah untuk dibuat dan pengguna boleh memilih salah satu daripada cara berikut:

  • Kaedah Pertama: Pengguna boleh log masuk menggunakan Single Sign On (SSO) KPM
  • Kaedah Kedua: Pengguna boleh klik ‘Lupa Kata Laluan’ dan seterusnya maklumkan kepada SULDP sekolah masing-masing bagi tindakan selanjutnya

Senarai Kursus Online Di SPLKPM

Antara senarai kursus online yang ditawarkan di SPLKPM bagi para pengguna untuk mendapatkan mata kredit adalah seperti berikut:

Cara Login SPLKPM Modul Individu (Sistem Pengurusan Latihan) SPLKPM Kursus STEM

Kursus ini adalah pendekatan mudah bagi guru-guru dalam mengikuti kursus Science, Technology, Engineering, Math (STEM) menerusi aplikasi dalam telefon pintar

Cara Login SPLKPM Modul Individu (Sistem Pengurusan Latihan) SPLKPM AKPK Hemah Bicara Hemat Belanja

AKPK – Hemah Bicara Hemat Belanja merupakan Kursus Literasi Kewangan Secara Dalam Talian dengan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).

Setiap warga KPM perlu melaksanakan kursus ini sehingga selesai. Setelah menamatkan kursus, individu akan memperolehi 6 jam latihan (1 hari berkursus) dan diberikan 6 mata kredit (bagi PPP) menerusi Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM)

Cara Login SPLKPM Modul Individu (Sistem Pengurusan Latihan) SPLKPM Rumahku AKPK

Bagi para pengguna yang ingin mempelajari cara atau selok belok membeli rumah, bolehlah mengambil Kursus Online Rumahku dari AKPK

Cara Login SPLKPM Modul Individu (Sistem Pengurusan Latihan) SPLKPM EPSA

Bagi penjawat guru juga, boleh mengambil kursus online e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) bagi memantapkan lagi kemahiran mengajar masing-masing

Cara Login SPLKPM Modul Individu (Sistem Pengurusan Latihan) SPLKPM ULASAN BUKU (BOOK REVIEW)

Pengguna juga boleh membuat ulasan buku iaitu sinopsis bagi mana-mana buku yang telah dibaca. Log masuk ke SPLKPM bagi mengisi maklumat untuk membuat book review, ulasan buku termasuk:

  • Tajuk buku
  • Bahasa buku
  • Penulis buku
  • Bilangan mukasurat
  • Sinopsis buku
  • Tarikh pembacaan
  • Pembentangan

Nota: Pengguna perlu mengisi Borang Sinopsis Individu di Sekolah sebagai bukti pembacaan

Cara Login SPLKPM Modul Individu (Sistem Pengurusan Latihan) SPLKPM WEBINAR

Bagi memudahkan para pengguna juga, boleh menonton sesi kursus secara langsung yang dipanggil webinar untuk perkongsian ilmu

Maklumat Lanjut

Bagi mereka yang mempunyai pertanyaan lanjut atau sebarang masalah mengenai sistem KPM ini, boleh hubungi talian penyelaras SPL KPM atau rujuk pautan seperti di bawah:

Related : terima kasih masukkan rekod untuk mengesahkan hubungi admin splkpm sekolah mencukupkan jam kredit

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan