Live streaming upacara penutupan Sukan SEA 2019 Filipina

04:30 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 9 Disember 2019 jam 11:56 AM

Penutupan Sukan SEA 2019

Upacara penutupan rasmi temasya Sukan SEA Filipina 2019 dijadualkan berlangsung pada hari Rabu 11 Disember 2019 bermula jam 7.00 malam pastinya akan menyuntik inspirasi dan terpahat di ingatan dalam meraikan perpaduan rantau Asia Tenggara

Temasya Sukan SEA Filipina 2019 yang telah berlangsung sejak 30 November 2019 yang lalu menyaksikan negara Filipina telah dipilih sebagai tuan rumah, selepas Malaysia pada temasya Sukan Asia Tenggara tahun 2017. Negara yang bakal mengambil alih tugas melaksanakan Sukan SEA pada tahun 2021 pula akan diumumkan pada malam penutupan ini

Majlis penutupan rasmi temasya Sukan SEA Filipina 2019 menandakan tamatnya pertarungan di antara 11 buah negara di Asia Tenggara di dalam 56 jenis sukan yang dipertaruhkan dan telah berjalan sepanjang 12 hari berturut-turut sejak 24 November 2019 yang lalu

Pasti ramai tertanya-tanya negara mana yang bakal menjuarai temasya Sukan Asia Tenggara atau South East Asia (SEA) Games 2019 di Filipina ini. Bagaimana pula dengan prestasi pasukan negara kita Malaysia dengan jumlah pingat yang berjaya dibawa pulang pada tahun ini. Semuanya akan terjawab pada majlis penutupan Sukan SEA 2019 Filipina

LIVE STREAMING / SIARAN LANGSUNG UPACARA PENUTUPAN SUKAN SEA KE-30 

Persembahan istimewa akan disajikan khas untuk semua dengan menggunakan teknologi terkini yang bertemakan “We Win As One” akan menyerlahkan perjalanan dan perpaduan yang dikecapi rakyat Asia Tenggara. Siaran langsung di Astro Arena 801 dan 802HD

Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!