Mat Over tampar David Teo depan PM Najib

06:14 MYredaksi

Maklumat terkini untuk artikel ini telah dikemaskini pada 18 Mei 2017 jam 07:00 AM

Mat Over Tampar David Teo

Sesi program Segmen Penggiat Seni (Budayawan) Dialog TN50 bersama Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak yang berlangsung pada Rabu malam (17 Mei 2017) di Dewan Bankuet, Seri Perdana, Putrajaya menjadi sedikit kecoh

Kekecohan yang tidak disangka-sangka itu terjadi apabila pelakon dan pelawak veteran Sulaiman Yassin atau dikenali sebagai Mat Over bertindak menampar David Teo sambil disaksikan oleh semua hadirin termasuk Perdana Menteri, Najib Razak

MAT OVER MENAMPAR MUKA DAVID TEO DEPAN PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK

Punca Mat Over bertindak sedemikian kerana David Teo pada mulanya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap cara pengendalian Datuk Rosyam Nor sebagai pengacara majlis itu

Disebabkan itu, berlaku sedikit ketegangan membabitkan David Teo dan Rosyam Nor yang cuba mengawal keadaan sehinggalah Mat Over tiba-tiba datang dan terus menampar muka David Teo

Dalam rakaman video yang menjadi viral (tular) di laman sosial, Mat Over dilihat tidak berpuas hati terhadap sikap David Teo kerana bercakap kurang sopan di hadapan Najib sebelum menamparnya

Mat Over David Teo Maaf

Bagaimanapun, keadaan kecoh mengejutkan semua hadirin itu dapat ditenangkan selepas Rosyam Nor memanggil Mat Over dan David Teo di pentas untuk saling bermaafan, seterusnya Majlis Dialog berlangsung tanpa sebarang masalah lain

RAKAMAN VIDEO MAT OVER VS DAVID TEO

Butang FacebookButang TwitterButang Google