Jumlah calon pelajar semua A UPSR 2016 mengikut negeri

11:34 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 17 Oktober 2018 jam 09:30 PM

Negeri Terbaik Semua A UPSR Terkini

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2016 telahpun diumumkan secara rasmi pada hari Khamis 17 November 2016

Secara keseluruhannya, seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A. Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 452,721 calon yang menduduki peperiksaan itu pada bulan September yang lalu

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak boleh membandingkan analisis UPSR 2016 dengan tahun lalu kerana ini merupakan kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sejak diperkenalkan pada 2011

PENCAPAIAN JUMLAH CALON SEMUA A UPSR TAHUN 2016 MENGIKUT NEGERI

Berikut ringkasan laporan mengenai jumlah pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A dalam peperiksaan UPSR 2016 bagi setiap negeri di Malaysia
Perlis
Seramai 45 pelajar atau 1.21 peratus daripada 3,805 calon UPSR di negeri Perlis, berjaya mendapat keputusan penuh semua A
Sepuluh sekolah terbaik dalam UPSR di Perlis kali ini adalah SK Seri Indera, SK Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Perlis, SK Paya, SK Putra, SK Sena, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Hun, SK Behor Empiang, SJKC Padang Besar (U), SK Stella Maris dan Sekolah Agama Al Islahiah
Kedah
Seramai 280 calon di negeri Kedah memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A
Jumlah pencapaian itu adalah 0.88 peratus daripada 31,976 calon UPSR 2016
Pulau Pinang
Seramai 399 calon UPSR 2016 di negeri Pulau Pinang mendapat keputusan semua A
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Perempuan Cina diumumkan sebagai sekolah terbaik keseluruhan manakala empat buah sekolah lain mencatat keputusan 100 peratus lulus
Empat sekolah itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Aman, SK Permatang To’ Jaya, SJKC Chun Hwa Pantai Acheh dan SJK Tamil (SJKT) Ladang Byram
Perak
Seramai 363 calon mendapat keputusan cemerlang semua Gred A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 di negeri Perak
Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.05 peratus daripada 34,713 calon yang menduduki peperiksaan tersebut September lalu
Jumlah tersebut turut menyaksikan pecahan seramai 240 calon dari bandar dan 123 luar bandar yang memperoleh semua A
Daripada jumlah tersebut gred purata bagi keputusan UPSR di Perak meningkat sebanyak 2.97 peratus
Dalam pada itu, seramai 23,186 calon yang menguasai ABCD atau 67.26 peratus manakala 1,010 calon memperoleh semua E iaitu 2.93 peratus
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Seramai 308 calon UPSR di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapat keputusan cemerlang semua Gred A sambil menyaksikan gred purata negeri adalah 2.77 mata
Selangor
Sejumlah 1,025 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) memperoleh keputusan cemerlang 6A serta 8A bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2016 di negeri Selangor
Seramai 87,229 calon telah menduduki peperiksaan UPSR 2016
Pencapaian yang disifatkan cemerlang itu, telah menyumbang kepada Gred Purata Negeri yang mencatatkan 2.85 peratus berbanding Gred Purata Kebangsaan iaitu 2.96 peratus
Negeri Sembilan
Seramai 247 atau 1.5 peratus daripada 16,839 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 di Negeri Sembilan mendapat semua A
Manakala bilangan murid yang mencapai tahap Minimum Kompetensi (mendapat sekurang-kurangnya D) dalam keseluruhan mata pelajaran adalah seramai 11,944 calon (71.9 peratus)
Gred Purata Negeri (GPN) pula adalah 2.82 peratus dan Negeri Sembilan terus mengekalkan kedudukan dalam kalangan lima terbaik antara negeri-negeri
Melaka
Seramai 159 murid telah memperoleh keputusan cemerlang iaitu A dalam semua mata pelajaran UPSR 2016 di negeri Melaka
Keputusan peperiksaan UPSR negeri ini amat memberangsangkan dengan Gred Purata Negeri 2.83
Seramai 13,261 calon telah menduduki peperiksaan tersebut
Johor
Sebanyak 671 daripada 54,678 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 di negeri Johor mendapat semua A dalam semua mata pelajaran
Pencapaian keseluruhan calon UPSR pada tahun ini adalah 2.84 mata mengatasi Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 0.12 mata
Sementara jurang peratusan calon mendapat pencapaian cemerlang di bandar ialah 282 mata, manakala calon luar bandar mencatatkan 2.90 mata
Pahang
Seramai 296 calon UPSR 2016 di negeri Pahang memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A dan Gred Purata Sekolah (GPS) bagi sekolah-sekolah di negeri ini pula adalah 2.96 mata
Keputusan berkenaan membabitkan 23,797 calon atau 1.27 peratus. Manakala bilangan calon yang menguasai Semua Mata Pelajaran (MSMP) adalah seramai 15,857 orang atau 67.91 peratus
Terengganu
Seramai 271 calon UPSR 2016 di negeri Terengganu memperolehi semua A
Jumlah itu merupakan 1.33 peratus daripada 20,341 calon yang menduduki peperiksaan itu di seluruh negeri tersebut
Seramai 68.36 peratus atau 13,906 calon terbabit mencapai kelulusan dalam kesemua enam subjek
Gred purata negeri ialah 2.95 berbanding gred purata nasional 2.96
Kelantan
Seramai 320 calon UPSR 2016 di negeri Kelantan memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A dengan gred purata negeri (GPN) 3.03
Jumlah semua A tersebut dari 29,372 calon sekolah kementerian yang menduduki peperiksaan
Secara keseluruhannya, seramai 18,539 atau 63.12 peratus calon mendapat sekurang-kurangnya D dalam mata pelajaran diambil dan Subjek Sains mencatat peratus lulus tertinggi iaitu 95.6 peratus
Sarawak
Seramai 284 pelajar berjaya memperoleh semua A dalam peperiksaan UPSR 2016 di negeri Sarawak
Jumlah tersebut membabitkan 164 pelajar yang memperoleh 6A bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan 120 pelajar memperoleh 8A bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ( SJKC)
Sebanyak 143 buah sekolah pula mencatatkan keputusan 100 peratus melibatkan 127 buah SK dan 16 buah SJKC
Sabah
Sebanyak 187 daripada 43,661 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berjaya mencatat keputusan A bagi semua mata pelajaran yang diambil

INFOGRAFIK KEPUTUSAN UPSR 2016 SEMUA GRED A MENGIKUT NEGERI

Infografik Ranking Sekolah Terbaik UPSR 2016

Link BerkaitanInfo Berkaitan
Tunjuk LinkAnalisis Keseluruhan Keputusan UPSR 2017