Jadual Waktu Bekerja Fleksi Kakitangan Awam Mulai 1 Mac 2019

Kakitangan Awam

Kakitangan Awam

Kerajaan amat mementingkan kebajikan dan kesihatan setiap rakyat di Malaysia termasuklah pekerja di sektor perkhidmatan awam. Oleh yang demikian, bagi memastikan penjawat awam lebih efisyen dan produktif semasa bekerja, elemen keanjalan bagi waktu bekerja telah dilaksanakan sejak tahun 1988 lagi. Kini, mulai 1 Mac 2019, kerajaan telah memulakan projek rintis baru iaitu pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF)

Pelaksaan projek rintis WBF bermaksud ianya hanya akan dijalankan bermula 1 Mac sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak setelah hasil awal projek ini dibentangkan dalam sebuah mesyuarat yang telah dijadualkan pada 4 April 2019. WBF akan terpakai kepada semua pegawai yang mengamalkan Waktu Bekerja Pejabat di kementerian atau jabatan

Sebagai permulaan, kementerian dan jabatan kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta jabatan persekutuan di Perlis, Perak, Selangor, Sabah, Sarawak, Johor dan Terengganu akan mengambil bahagian dalam projek rintis ini. WBF telah diperkenalkan sebagai gantian kepada Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) yang ditetapkan berdasarkan empat peringkat waktu iaitu 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi dan 9 pagi untuk waktu masuk kerja manakala jam 4.30 petang, 5 petang, 5.30 petang dan 6 petang untuk waktu pulang.

Untuk WBF, waktu pejabat akan bermula jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang kecuali hari Khamis di Johor dan Terengganu yang bermula jam 7.30 pagi sehingga 4 petang. Maka pegawai dibenarkan memulakan tugas bila-bila masa antara 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi dan sekiranya mengetik kehadiran jam 8.31 pagi dianggap lewat untuk masuk kerja. Perkhidmatan kaunter pula tidak harus terjejas dengan pelaksanaan projek ini. Namun, WBF ini tidak terpakai bagi semua pegawai yang berkhidmat di fasiliti kesihatan dan sekolah atau institusi pendidikan

Dalam pada itu, pegawai hendaklah mencukupkan waktu bekerja sehari selama sembilan jam termasuk waktu rehat sejam. Pegawai yang memulakan tugas sebelum jam 7.30 pagi dianggap mula bertugas jam 7.30 pagi. Tiada tuntutan bayaran lebih masa dibenarkan selain pegawai diberi arahan sedemikian. Sekiranya mendapat arahan bekerja lebih masa, perkiraan bayaran lebih masa tersebut adalah selepas cukupnya waktu bekerja sehari (9 jam)

Jadual Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Penjawat Awam Bermula 1 Mac 2019

Berikut adalah jadual Waktu Bekerja Fleksi (WBF) bagi kakitangan awam Mulai 1 Mac 2019. Disertakan sekali kemudahan pulang awal 1 jam bagi wanita mengandung di bawah bagi memudahkan rujukan semua beserta infograrik bagi pnejelasan lebih lanjut

Jadual Waktu Bekerja Fleksi (WBF)

Berikut adalah jadual waktu bekerja fleksi bagi kakitangan kerajaan mengikut negeri:

NegeriHariWaktu Masuk (pagi)Waktu Keluar (petang)Tempoh Waktu Bekerja Pejabat Yang Perlu Dipatuhi
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya), Perlis, Perak, Selangor, Sarawak dan Sabah.Isnin hingga Jumaat7.30 am – 8.30 am4.30 pm – 5.30 pm9 Jam
Johor dan TerengganuAhad hingga Rabu7.30 am – 8.30 am4.30 pm – 5.30 pm9 Jam
Khamis7.30 am – 8.30 am3.00 pm – 4.00 pm7 Jam 30 minit

Kelebihan Pulang Lebih Awal 1 Jam

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2017 telah memberikan kebenaran pulang awal satu jam kepada pegawai wanita yang mengandung tertakluk kepada:

1. Pegawai wanita yang mengandung lima bulan dan ke atas (usia kandungan kehamilan berusia 22 minggu dan ke atas)

2. Diberikan kepada semua pegawai Pekhidmatan Awam Lantikan tetap dan kontrak (contract of service)

3. Pegawai dibenarkan menggunakan kemudahan ini pada bila-bila masa, mulai ketika pegawai wanita mengandung lima bulan dan ke atas

4. Kemudahan tersebut akan tamat digunakan sehari selepas tarikh akhir yang diluluskan atau pada tarikh bermula Cuti Bersalin (berdasarkan mana yang terdahulu)

5. Penggunaan kemudahan ini adalah tertakluk kepada permohonan pegawai serta kelulusan dari Ketua Jabatan. Borang permohonan boleh didapati pada muka surat Lampiran A di pautan di bawah yang diisi sekali sahaja untuk setiap kehamilan. (Borang perlu dihantar seminggu sebelum hendak menggunakan kemudahan tersebut bagi kelancaran urusan pentadbiran pejabat)

Pegawai lelaki (pasangan kepada pegawai wanita yang mengandung) boleh mendapat kemudahan ini juga tertakluk kepada syarat berikut:

1. Pegawai lelaki tersebut pulang bersama-sama isterinya yang juga merupakan pegawai Perkhidmatan Awam yang mengandung lima bulan dan ke atas

2. Isteri pegawai telah diberi kelulusan oleh Ketua Jabatan bagi menggunakan kemudahan ini serta pegawai (pasangan lelaki) hendaklah melengkapkan borang permohonan seperti di Lampiran A (yang disertakan seperti di atas) untuk diisi sekali sahaja untuk setiap kehamilan. (Borang perlu dihantar seminggu sebelum hendak menggunakan kemudahan tersebut bagi kelancaran urusan pentadbiran pejabat)

Rujuk infografik yang disediakan di bawah bagi memberikan keterangan lanjut mengenai Waktu Bekerja Fleksi (WBF)

Kakitangan Awam

 

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan