Senarai buffet Ramadhan Johor 2024 murah di Malaysia

Ramadhan

Ramadhan

Definisi puasa adalah menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkannya dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Antara perkara yang menyebabkan ibadah puasa terbatal adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja seperti makan, minum dan merokok. Umat Islam wajib menunaikan ibadah puasa di sepanjang bulan Ramadhan sebelum menyambut kedatangan bulan Syawal di mana hari raya Aidilfitri berlangsung

Sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia untuk mempunyai keinginan menikmati juadah yang lazat dan istimewa ketika berbuka. Ada yang memasak hidangan sendiri, mengunjungi bazar Ramadhan, malah ada juga yang memilih untuk berbuka dengan hidangan buffet. Memilih hidangan buffet ternyata lebih memuaskan kerana dengan satu harga, seseorang itu boleh menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman serta bebas menambah kuantiti hidangan mereka sebanyak yang mereka mahu

Apabila tiba waktu berbuka, umat Islam di Malaysia dapat menikmati pelbagai jenis pilihan makanan. Kenikmatan yang dirasai hendaklah dibalas dengan kesyukuran kepada Allah SWT kerana semua yang diberikan kepada kita adalah kurniaan daripadaNya. Oleh itu, penuhilah malam-malam Ramadhan dengan amal ibadah seperti solat terawih, tilawah al-Quran dan ibadah-ibadah lain sebagai tanda syukur terhadap pemberian-Nya

Di samping itu, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin yang tidak dapat menikmati juadah berbuka mengikut selera mereka seperti kita. Namun hanya dapat melihat dan mengimpikan agar suatu hari nanti kelazatan makanan dan minuman yang tidak mampu untuk mereka perolehi pada ketika ini menjengah deria rasa mereka sebagai santapan berbuka yang istimewa. Kita digalakkan banyak bersedekah terutamanya kepada golongan miskin dan anak yatim apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia

Senarai Lokasi Berbuka Puasa Buffet Ramadhan Di Johor Tahun 2024

Buat para peminat buffet, terdapat banyak lokasi yang mengadakan pakej buka puasa dalam bentuk buffet di seluruh negeri di Malaysia termasuklah negeri Johor. Dengan itu, berikut dikongsikan Senarai buffet Ramadhan Negeri Johor 2024 yang merangkumi maklumat-maklumat seperti lokasi, nombor telefon dan alamat, serta harga untuk orang dewasa dan kanak-kanak buat panduan semua.

Senarai Buffet Ramadhan Johor 2024

Senarai buffet Ramadhan Johor 2024 adalah seperti berikut. Klik pada pautan yang disertakan pada setiap nama lokasi untuk melihat maklumat lanjut

LOKASINO & ALAMATDEWASAKANAK-KANAKWARGA EMAS
DoubleTree by Hilton07-268 6868
Lobby level, 12, Jalan Ngee Heng,
Bandar Johor Bahru, 80000
Johor Bahru, Johor
RM228RM118
Renaissance Johor Bahru Hotel073813322
2 Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor
RM198RM99
Capri By Fraser07 277 0888
Menara Tiga Serangkai, Jalan Tengku Azizah, 80300 Johor Bahru, Johor
Thistle Hotel Johor Bahru07-222 9234
Jalan Sungai Chat 80100 Johor Bahru
RM138RM88
Pulai Springs Resort07-222 9473 / 016-733 2918
20km, Jalan Pontian Lama
81110 Pulai, Johor Malaysia
RM138RM68
Impiana Hotel Senai016-713 4590
Jalan Impian Senai Utama 2, Taman Impian Senai, 81400 Johor
RM118RM60
Ramada By Wyndham07 5318802 / 07 5318888
5, Jalan Legoland, Bandar Medini Iskandar, 79250 Nusajaya, Johor
RM108RM68
GBW Hotel014 377 5817 / 016 710 0048
9R, Jalan Bukit Meldrum, 80300, Johor Bahru, Johor
RM108RM58RM88

 

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan