Cara Semak Saman Polis Trafik PDRM JPJ & AES Online dan SMS

Cara Semak Saman

Cara Semak Saman JPJ & Polis. Malaysia amat menitikberatkan keselamatan pengguna di jalan raya khususnya dalam mengelakkan kehilangan nyawa. Pelbagai inisiatif kerajaan telah dilakukan bagi mencegah kemalangan jalan raya daripada berlaku termasuklah peraturan had laju dan juga penguatkuasaan undang-undang melalui pengeluaran saman kepada pemandu atau pemilik kenderaan

Saman trafik ini boleh dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Terdapat pelbagai cara untuk menyemak saman trafik termasuklah semakan secara online atau SMS yang merupakan kaedah yang lebih pantas dan mudah

Dahulunya, sistem saman akan dikeluarkan secara manual iaitu pengeluaran secara “on the spot” atau surat saman dihantar terus ke alamat rumah pemilik kenderaan berdaftar. Kini di era teknologi zaman moden, maklumat samada anda menpunyai saman atau tidak, boleh diakses secara atas talian (online) mahupun menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) selain daripada semakan manual di kaunter agensi yang mengeluarkan saman tersebut

Pada 17 Ogos 2018, kerajaan telah membatalkan kesemua saman Automated Enforcement System (AES) dan Automated Awareness Safety System (AwaS) yang telah dikeluarkan dari tarikh awal pelaksanaan sehingga 31 Ogos 2018. Namun mulai 1 September 2018, JPJ telah mengambil alih sistem AES dan AwaS secara sepenuhnya melibatkan pengoperasian, pembangunan, penyelenggaraan dan penguatkuasaan sistem tersebut termasuk operasi kamera, mengambil gambar dan mengeluarkan saman

Kamera AES/AWAS terletak di 45 lokasi iaitu sebanyak 29 kamera hadlaju – speed trap dan 16 kamera lampu isyarat dengan tanda amaran akan diletakkan di antara 2 hingga 3 kilometer (km) sebelum kamera di pasang. Tiada diskaun atau pengecualian akan diberikan jika pengguna jalanraya terlibat dalah kesalahan ini

Menurut Menteri Pengangkutan, sejak 1 September hingga 8 November 2018 sebanyak 60,444 saman AES telah dikeluarkan kerana melanggar had laju namun hanya 1,711 saman telah dijelaskan.  Bagi kesalahan melanggar lampu isyarat pula 4,575 saman dikeluarkan tetapi hanya 167 sahaja yang membayar. Beliau menyatakan waran tangkap akan dikeluarkan terhadap individu yang gagal hadir ke mahkamah serta akan disenarai hitam daripada memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan sehingga saman AES diselesaikan

Semakan Saman PDRM Polis Trafik, JPJ Dan AES Secara Online Dan SMS

Saman akan dikeluarkan oleh agensi penguatkuasa berkaitan akibat pengguna melakukan kesalahan jalan raya seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, memotong garisan berkembar, menghalang lalu lintas dan sebagainya.

TERKINI: Diskaun Saman Dilanjutkan 

Berdasarkan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan, pengurangan kompaun saman sehingga 80% akan dilanjutkan sehingga:

  • Diskaun Saman JPJ : 15 Disember 2021 31 Disember 2021
  • Diskaun Saman Polis : 31 Disember 2021

Bagi saman polis, cara bayaran juga telah ditambah iaitu menerusi:

  • Pejabat Pos Malaysia
  • ATM Maybank seluruh negara

KEMASKINI: Diskaun PDRM Saman Sehingga 80%

Sempena sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan pengurangan bayaran saman sehingga 80% bermula dari 9 hingga 12 Disember 2021.

Pembayaran saman boleh dibuat di:

Baca Juga : Video Cara Daftar MyBayar Saman

Pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan:

  • Kemalangan
  • Kesalahan Yang Dikategorikan Tidak Boleh Kompaun (NC)
  • Kesalahan Yang berstatus Perbicaraan
  • Kesalahan Berkaitan Kenderaan Berat
  • Memotong Secara Berbahaya
  • Menggunakan Lorong Kecemasan
  • Tidak Patuhi Isyarat Lampu Merah
  • Memotorng Di Garisan Berkembar
  • Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan

TERKINI: Diskaun Saman JPJ 80%

Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, JPJ Tawar 80% Diskaun Bayaran Saman kepada:

  • Semua Notis Saman JPJ (yang boleh dikompaun)
  • Kecuali kes-kes yang masih dalam sebutan pihak Mahkamah termasuk berstatus waran tangkap atau perbicaraan

Kemudahan ini akan diberikan bagi tempoh 9 sehingga 12 Disember 2021 di:

  • KLCC (Sambutan Hari Aspirasi Keluarga Malaysia)
  • Semua Pejabat JPJ di seluruh negara
  • Kiosk JPJ
  • Portal MySikap Online

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan tempoh diskaun untuk bayaran kompaun saman trafik yang dijadualkan berakhir 12 Disember ini dilanjutkan hingga 31 Disember 2021

Baca juga: Video Cara Daftar Portal JPJ MySikap

Untuk kemudahan semua, berikut MYsumber kongsikan beberapa jenis kaedah untuk membuat semakan saman (semakan status menyemak saman) yang dikeluarkan oleh PDRM dan juga JPJ. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua

Mekanisme Semakan Saman Polis Melalui SMS

Semakan Melalui SMS

  • Taip : POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan atau No Kenderaan

Hantar SMS ke : 15888 atau 32728

Semakan Melalui SMS (Jawapan Terperinci)

  • Taip : POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan atau No Kenderaan<jarak>Alamat Emel

Hantar SMS ke : 32728 (Maklumat saman akan dihantar ke alamat email yang diberikan)

Caj penghantaran adalah RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20

Mekanisme Semakan Saman JPJ Melalui SMS

Semakan Melalui SMS

  • Taip : JPJ<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan atau No Kenderaan

Hantar SMS ke : 15888

Mekanisme Semakan Saman Trafik, JPJ/AES Secara Online

Terdapat empat portal semakan setakat ini yang menyediakan perkhidmatan semakan saman trafik secara atas talian (online) tanpa sebarang caj iaitu:

1. MyEG Services

Kunjungi Laman Web MyEG seperti disertakan di pautan di bawah:

  1. Pengguna baru perlu mendaftarkan akaun baharu sekiranya menggunakan MyEG buat kali pertama
  2. Sebaik sahaja mendaftar, log masuk (login) menggunakan nama dan kata laluan
  3. Setelah login, klik eServices pada menu dan sila pilih jabatan yang berkaitan iaitu PDRM atau JPJ (AES)
  4. Seterusnya klik pada pautan yang berkenaan sekiranya mempunyai saman. Perkhidmatan semak saman trafik, pembayaran saman juga turut disediakan oleh MyEG selain peringatan ke email jika terdapat saman terkini buat pengguna

2. SSO Sistem Semakan Online (Saman polis sahaja)

Kunjungi Laman Sesawang Sistem Semakan Online PDRM (SSO) melalui pautan berikut:

  1. Sila buat pendaftaran bagi pengguna baru sistem semakan online SSO atau log masuk bagi pengguna sedia ada.
  2. Setelah log masuk, klik pada ikon ‘Status Saman’
  3. Semakan saman boleh dibuat dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan

3. Sistem Rilek e-Services (Saman polis sahaja)

Layari laman sesawang RILEK seperti pautan di bawah:

  1. Sila buat pendaftaran baru sekiranya pertama kali dan login masuk menggunakan nama serta kata laluan
  2. Klik pada menu dropdown “Search By” dan pilih kaedah semakan
  3. Seterusnya masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan button “Next”
  4. Pembayaran saman boleh dibuat tetapi hanya untuk perbankan Internet Maybank, RHB dan CIMB

4. Portal Rasmi JPJ mySIKAP (Saman JPJ & AES Sahaja)

Kunjungi laman sesawang Portal Rasmi JPJ seperti pautan di bawah:

  1. Pengguna perlu mendaftar untuk log masuk
  2. Pilih “Daftar/Log Masuk Kali Pertama”
  3. Sila isi semua maklumat dengan tepat
  4. Klik butang “Teruskan” dan paparan pendaftaran berjaya akan ditunjukkan
  5. Log masuk semula di halaman utama portal mySIKAP menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara untuk membuat semakan saman dan pembayara secara online

Maklumat Lanjut

PDRM dan JPJ juga ada menyediakan diskaun bayaran saman bersempena dengan sambutan hari tertentu seperti Hari Polis, Ulang tahun JPJ, Hari Bersama Pelanggan dan sebagainya di mana diskaun sehingga 50-70% ada ditawarkan. Namun kesalahan berikut tidak layak untuk mendapat diskaun bayaran saman :

  • a. Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) & Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
  • b. Saman Berat Dengan Muatan (BDM)
  • c. Saman Mahkamah
  • d. Saman melibatkan warga asing
  • e. Saman melibatkan lori

Related : saman tertunggak, check saman, portal rilek, saman trafik melalui sms, kadar kompaun, nombor kad pengenalan, id dan nombor pendaftaran, untuk mengelakkan, hantar ke 15888, id pengguna dan kata, saman boleh dilakukan, masuk ke dalam sistem, no plat, membayar saman, hantar ke 32728,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan