Cara Renew Lesen/ Road Tax Online Melalui MySikap, MyEG & Pejabat Pos

Kenderaan

Kenderaan

Cara Renew Lesen Online. Berikutan kes COVID-19 yang semakin meningkat, masih banyak lagi operasi perkhidmatan di kaunter kerajaan dihadkan bagi mengekang penularan wabak ini. Tidak ketinggalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mahupun urusan JPJ di pejabat pos di mana orang ramai perlu membuat temujanji dahulu secara online. Namun begitu, bagi pembaharuan lesen (driving license) atau roadtax boleh juga dilakukan secara atas talian melalui MySikap atau MyEG

Lazimnya, untuk pembaharuan lesen memandu atau cukai jalan kenderaan orang ramai akan hadir ke kaunter JPJ atau pun di pejabat Pos Malaysia berhampiran. Namun urusan di kaunter kini memerlukan tempahan secara online dahulu bagi mengelakkan kesesakan. Sekiranya slot dah penuh, pelanggan mungkin perlu tunggu lebih lama untuk mendapatkan temujanji. Cara membuat tempahan akan dikongsikan di bawah

Walau bagaimanapun, JPJ telah membuat perubahan bagi memudahkan orang ramai dengan mewujudkan Portal MySikap yang boleh diakses orang ramai. Justeru, urusan renew lesen dan roadtax kereta boleh dibuat secara online sahaja. Pelanggan hanya perlu log masuk ke sistem dan buat bayaran atas talian. Namun kaedah penghantaran lesen atau roadtax tersebut masih hanya di Kaunter JPJ setakat ini

Selain itu, sekiranya tiada masa untuk mengambil sendiri cukai jalan dan lesen di kaunter, pengguna boleh menggunakan sistem MyEG. Menerusi portal MyEG, orang ramai boleh membuat bayaran secara online untuk renew lesen dan roadtax. Tapi bagi kaedah penghantaran, ianya boleh dihantar secara pos ke rumah dengan kadar caj tertentu

Cara Renew Lesen & Road Tax Online Menerusi MySikap, MyEG & Pejabat Pos

TERKINI: Pengecualian pembaharuan lesen memandu & lesen kenderaan motor dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021


Berikut dikongsikan cara memperbaharui lesen dan cukai jalan kenderaan bagi setiap kaedah:

i) MySikap

Cara Daftar

Untuk menggunakan portal MySikap, pengguna hendaklah mempunyai akaun terlebih dahulu, cara daftar akaun adalah seperti berikut:

Kenderaan

  1. Layari laman web jpj seperti pautan di bawah dan tekan pada Log Masuk Kali Pertama
  2. Isi semua maklumat yang bertanda * dan masukkan kod sekuriti seperti yang dipaparkan
  3. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul, tandakan pada kotak pengesahan dan tekan butang Hantar
  4. Satu mesej akan dikeluarkan dan pilih Ya
  5. Setelah pendaftaran berjaya, kata laluan pertama akan dihantarkan kepada emel.
    Nota: Kata laluan hanya sah untuk 7 hari sahaja, sekiranya melepasi tempoh tersebut hendaklah mendaftar semula

Log Kali Pertama

  1. Layari semula laman web JPJ seperti pautan berikut:
  2. Isikan nombor kad pengenalan dan kata laluan pertama yang diterima dalam emel
  3. Masukkan kod sekuriti dan klik log masuk
  4. Setelah log masuk, pastikan tukar kepada kata laluan yang baru dan isikan soalan sekuriti yang disediakan
  5. Selesai menukar kata laluan baharu, log masuk sekali lagi dan boleh mula melakukan urusan

Cara Renew Lesen di MySikap

  1. Log masuk MySikap, klik pada butang Lesen Memandu
  2. Klik submenu Pembaharuan Lesen Memandu
  3. Isikan maklumat pembaharuan lesen yang diperlukan
  4. Buat pembayaran secara online
  5. Semak dan buat pengesahan
  6. Selesai, lesen atau cukai jalan boleh lah didapatkan dengan cara yang dipi!lih tadi

Kenderaan

Cara Renew Roadtax di MySikap

  1. Log masuk MySikap, klik pada butang Kenderaan
  2. Klik submenu Transaksi / Tindakan dan pilih Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  3. Klik Ok dan masukkan No Pendaftaran kenderaan dan klik Carian
  4. Paparan maklumat kenderaan akan dikeluarkan dan klik Teruskan
  5. Semak maklumat dan jika betul klik Sah & Teruskan
  6. Isi maklumat yang diperlukan dan buat bayaran secara online
  7. Selesai, cukai jalan boleh diambil mengikut kaedah yang dipilih

ii) MyEG

Seperti portal lain juga, untuk menggunakan portal ini perlulah mendaftarkan akaun terlebih dahulu. Layari pautan seperti berikut:

Setelah mempunyai akaun, boleh log masuk dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan seperti pautan di bawah:

Cara Renew Lesen Di MyEG

  1.  Setelah log masuk, tekan pada butang Jabatan Pengangkutan Jalan
  2. Kemudian tekan pula pada Baharui Lesen Memandu
  3. Isikan pula maklumat berikut dengan betul termasuklah:
    • Nombor IC
    • Kategori lesen
    • Tempoh pembaharuan (Pilih 1 hingga 5 tahun)
    • Nombor Tel
    • Emel
    • Kaedah Pengambilan
  4. Buat pembayaran secara online
  5. Sekiranya memilih secara penghantaran, isikan alamat rumah yang ingin dihantarkan dan klik Submit/Hantar

Kenderaan

Cara Renew Roadtax Di MyEG

  1. Setelah log masuk, tekan pada butang Jabatan Pengangkutan Jalan
  2. Kemudian tekan pula pada Perbaharui Cukai jalan
  3. Pilih samaada Kereta atau Motosikal
  4. Isikan pula maklumat berikut dengan betul termasuklah:
    • Nombor IC
    • Tempoh pembaharuan (Pilih 6 bulan atau 1 tahun)
    • Nombor Tel
    • Emel
    • Kaedah Pengambilan
  5. Buat pembayaran secara online
  6. Sekiranya memilih secara penghantaran, isikan alamat rumah yang ingin dihantarkan dan klik Submit/Hantar

Nota: Terdapat dua kaedah pengambilan iaitu :

  • Secara Ambil Sendiri : Pusat e-Khidmat HQ Petaling Jaya, Selangor
  • Secara Pos : RM 6 – Lembah Klang
    RM 8 – Semenanjung Malaysia
    RM 10 – Sabah & Sarawak
    Boleh diterima dalam masa 2 – 5 hari

Panduan Video

iii) Pejabat Pos

Untuk membuat urusan JPJ di Pejabat Pos Seluruh Malaysia, hendaklah membuat tempahan secara online dahulu. Berikut adalah caranya:

Kenderaan

  1. Layari laman sesawang Pos Malaysia ataupun gunakan aplikasi seperti pautan di bawah:
  2. Tekan pada pilihan Outlet Finder
  3. Pilih Negeri kemudian pilih Cawangan Pejabat Pos dan klik pada pautan temujanji yang disediakan
  4. Pilih jenis urusan yang ingin dibuat
  5. Pilih tarikh dan masa yang diinginkan
  6. Isikan butiran temujanji yang di ruangan yang disediakan (Alamat emel  MESTILAH aktif kerana kod pengesahan akan dihantar ke emel)
  7. Semak emel yang didaftarkan untuk dapatkan kod verifikasi iaitu 6 digit nombor dan masukkan dalam ruangan disediakan
  8. Tempahan temujanji telah pun berjaya, semak emel untuk butiran tempahan, sila simpan slip temujanji / tangkap layar (screenshot) untuk dibawa ketika waktu temujanji

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk laman web JPJ ataupun media sosial mereka seperti pautan di bawah:

Related : renew lesen memandu online, tamat tempoh, perbaharui lesen memandu, lesen secara online, memperbaharui lesen memandu, untuk perbaharui lesen, 30 september, jalan raya, 1 oktober, driving licence, pemilik kenderaan,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan