Daftar SPA9 Permohonan & Kemaskini Kerja Kosong Kerajaan (SPA8i)

Kakitangan Awam

Kakitangan Awam

Rakyat rakyat Malaysia khususnya calon lepasan SPM, STPM dan STAM atau setaraf dengannya bagi tahun semasa yang berminat dengan pekerjaan dalam sektor Perkhidmatan Awam adalah digalakkan untuk memohon jawatan kosong kerajaan dengan mendaftar di sistem bagi memenuhi kekosongan dalam setiap bidang pengkhususan jawatan sektor awam yang ada menerusi SPA9

Sistem ini telah dinaiktaraf menggunakan sistem pendaftaran pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mulai tarikh 28 September 2020.  Sehubungan dengan itu, semua pemohon baharu adalah diwajibkan mendaftar akaun permohonan secara atas talian (online) melalui sistem yang disediakan bagi mencapai dan mengakses sepenuhnya Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Sektor Awam

Apakah itu SPA9? 

Ianya adalah sistem baharu di mana borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian yang digunakan oleh pemohon untuk memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan. Ianya telah dibangunkan dengan padanan nombor Kad Pengenalan bagi janaan maklumat peribadi serta kelayakan akademik di mana pemohon boleh mengesahkan dan mengemaskini maklumat pendaftaran serta menyemak status permohonan

Perbezaan SPA8i dengan SPA9

Berbanding SPA8i yang kebanyakan maklumat perlu diisi secara manual, bagi permohonan SPA9, maklumat akademik serta maklumat peribadi seperti status pemegang kad OKU, penerima bantuan eKasih, status kewarganegaraan dan lesen memandu dijana secara automatik daripada agensi/jabatan berkaitan. Sistem baharu ini juga menyediakan fungsi semakan kelayakan jawatan bagi calon menyemak kesesuaian jawatan yang dimohon dengan kelayakan akademik yang dimiliki. Bagi yang belum pernah memohon, hanya perlu membuat pendaftaran sistem terkini ini dengan daftar akaun baru.

Permohonan SPA9 Kerja Kosong Kerajaan Terkini Bagi Lepasan SPM STPM STAM

Berikut adalah ruangan ringkasan maklumat berhubung dengan cara untuk membuat permohonan atau pendaftaran pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam (kerja kerajaan) kepada calon yang berminat

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka sepanjang tahun di mana pemohon boleh memohon terlebih dahulu semua jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik. Namun pengambilan hanya dibuat sebaik sahaja iklan kekosongan dikeluarkan bagi jawatan yang mengalami kekosongan.

Harus diingat tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun. Selepas 1 tahun, permohonan bagi jawatan tersebut akan tamat tempoh. Justeru dinasihatkan apabila iklan kekosangan jawatan dikeluarkan, pemohon hendaklah menghantar atau mengesahkan permohonan dalam tempoh tersebut. Cara daftar akan diterangkan lanjut di bawah.

Cara Membuat Permohonan Dan Kemaskini

Untuk membuat Permohonan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam secara atas talian (daftar spa9 online) sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi: https://spa9.spa.gov.my/login
  2. Klik “Pendaftaran Pengguna“untuk ke Halaman Pendaftaran
  3. Isi semua maklumat diperlukan dan klik ‘Hantar”
  4. Pendaftaran berjaya dan login semula ke Sistem dengan Klik “Log Masuk”
  5. Sekiranya belum pernah mengisi SPA8i sebelum ini, sila isikan semua maklumat peribadi, maklumat kelayakan akademik, serta maklumat lain yang berkaitan dan klik “Seterusnya”
  6. Tiba di bahagian Jawatan Dipohon, klik pada pilihan “Jawatan Yang Layak Dimohon” dan klik “+tambah”
  7. Setelah itu pastikan klik pada “Pengakuan Pemohon” dan klik petak SETUJU. Setelah berpuas hati dengan maklumat yang diisi, klik “HANTAR”
  8. Untuk semak status permohonan klik “Permohonan Yang Telah Didaftarkan”
  9. Untuk melihat status permohonan semasa klik ” Status Permohonan Semasa”

Video Tutorial

Kelayakan Permohonan Pendaftaran 

Berikut adalah maklumat berkaitan syarat kelayakan akademik atau taraf pendidikan untuk memastikan kelayakan bagi tujuan permohonan pekerjaan ke perkhidmatan awam. Mereka yang layak memohon jawatan boleh merujuk panduan di bawah dengan klik pada pautan:

Semakan Status Permohonan

Untuk membuat Kemaskini Permohonan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam secara atas talian (online), semakan status permohonan dan semakan menduduki peperiksaan, sila ikuti langkah berikut:

  1. Login ke Portal Rasmi: https://spa9.spa.gov.my/login
  2. Klik ke “Semakan Permohonan”
  3. Paparan permohonan yang telah didaftarkan akan dipaparkan beserta tarikh daftar dan tarikh luput.

Maklumat Penting 

Untuk makluman, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa

  • Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun
  • Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja
  • Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu (maklumat akademik)
    1. Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja
    2. Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM
    3. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan
  • SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam dan menghantar semula permohonan

Info Tambahan

Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dan ingin mendapatkan penjelasan mengenai suruhanjaya perkhidmatan awam spa, sila rujuk pautan yang disediakan berikut:

Related : soalan keselamatan, maklumat pemohon, spm svm, kategori orang kurang upaya oku, memohon jawatan ahli muzik pegawai kebudayaan jurufotografi pereka penerbit rancangan jurusolek dan artis budaya, untuk mendaftarkan, bahagian naik pangkat dan tatatertib, semakan juga boleh dilakukan melalui portal spa pada bulan oktober bagi sesi kemasukan januari dan bulan april bagi sesi kemasukan julai, mengandungi maklumat panduan pengurusan tatatertib, persiapan menghadiri temu duga lihat, memiliki kelayakan sarjana muda dan diploma stpm, sistem pendaftaran pekerjaan suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia spa, surat panggilan temu duga, sijil politeknik hanya layak memohon, sistem spa9, sijil politeknik spm svm, portal rasmi spa dan facebook rasmi spa, politeknik hanya layak memohon, peringkat ijazah sarjana muda, spa9 sistem pendaftaran pekerjaan suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia spa, menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini, tertakluk kepada dasar one step lower iaitu, calon yang memiliki diploma stpm stam sijil matrikulasi sijil politeknik sahaja, permohonan jawatan di peringkat diploma stpm stam sijil matrikulasi sijil politeknik sahaja, kelayakan ijazah sarjana muda dan diploma stpm stam sijil matrikulasi sijil politeknik sahaja,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan