Senarai buffet Ramadhan Kedah 2024 murah di Malaysia

Ramadhan

Ramadhan

Dalam kalendar Hijrah, Ramadhan atau bulan puasa merupakan bulan yang kesembilan. Ia adalah bulan mulia yang tiba sebelum bulan Syawal dan di bulan inilah terdapatnya malam Lailatul Qadar. Di sepanjang bulan ini, ibadah puasa diwajibkan ke atas setiap muslim dan syaitan dirantai supaya umat Islam tidak tergoda dengan godaannya serta dapat memperbaiki dan menambahkan amal ibadah terhadap Allah SWT

Sudah menjadi kelaziman umat Islam terutamanya di Malaysia, bulan Ramadhan akan disambut dengan meriah oleh seluruh rakyat.  Masjid dan surau akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti solat tarawih, tadarus Quran dan tazkirah. Saluran di televisyen dan radio juga akan memainkan program-program agama dengan lebih banyak berbanding bulan lain. Dengan peluang yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita untuk bertemu sekali lagi dengan bulan yang mulia ini, gunakanlah waktu yang ada dengan sebaiknya. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua

Saat yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di bulan Ramadhan sudah semestinya waktu berbuka. Di bulan ini, terdapat pelbagai juadah yang dapat dinikmati yang barangkali tidak ada atau sukar untuk didapati di bulan-bulan lain. Selain bazar Ramadhan, hotel dan resort juga ada menyediakan hidangan juadah berbuka puasa dalam bentuk buffet Ramadhan bagi umat Islam yang berminat

Kepelbagaian juadah yang dapat dibeli dan disajikan sebagai hidangan ketika berbuka puasa menggambarkan kemeriahan sambutan bulan Ramadhan di Malaysia. Namun begitu umat Islam tidak seharusnya boros dan membazir ketika berbelanja dengan mengikut hawa nafsu semata. Sikap berjimat dan berpada-pada perlulah diamalkan sebagai tanda syukur terhadap nikmat yang dikurniakan Allah SWT

Senarai Lokasi Berbuka Puasa Buffet Ramadhan Di Kedah Tahun 2024

Terdapat banyak hotel dan resort yang menyediakan pakej buffet Ramadhan khas di sepanjang bulan yang mulia ini. Bagi rakyat negeri Kedah yang berminat untuk berbuka puasa dengan hidangan buffet, berikut dikongsikan Senarai buffet Ramadhan Kedah 2024 buat rujukan semua.

Senarai Buffet Ramadhan Kedah 2024

Senarai buffet Ramadhan Kedah 2024 adalah seperti berikut. Klik pada pautan yang disertakan pada setiap nama lokasi untuk melihat maklumat lanjut

LOKASINO & ALAMATDEWASAKANAK-KANAK/ WARGA EMAS
Hotel Seri Malaysia Alor Setar04 730 8737
Jalan Stadium Alor Setar
RM68RM55
Hotel Seri Malaysia Sungai Petani013-474 7471/04-423 4060
Seksyen 21, Jalan Pasar, Sungai Petani
RM58RM53
The Jerai Hotel, Alor Setar04 733 5917
Lot 134-141 Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah
RM69RM50
Jerai Hill Resort04-466 7777
Jalan Kaki Bukit, Gurun, Kedah
RM68RM38
Emerald Puteri Hotel013-804 7939/04-431 5555
50, Jalan Permatang Gedong, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah
Starsky Restaurant (Menara Alor Setar)04 736 3427
Menara Alor Setar, Lot. 99 Lebuhraya Darulaman, Alor Setar
StarCity Hotel012-474 1455/04-7355 888
88 Jalan Pintu Sepuluh, Alor Setar
Cinta Sayang Resort 04 441 4666
Persiaran Cinta Sayang, Cinta Sayang Golf And Country Resort, 08000 Sungai Petani
RM78RM48
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan