APDM KPM Login 2023 : Aplikasi Pangkalan Data Murid Online

Guru

Guru

Sebelum ini, maklumat pelajar sama ada di sekolah rendah atau menengah perlu dikumpulkan secara manual. Guru-guru perlu menjalankan tugas pengkeranian yang semakin bertambah dari tahun ke tahun. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan sebuah sistem aplikasi bagi memudahkan pengurusan maklumat murid oleh guru. Di bawah dikongsikan informasi berkaitan APDM 2022 Login : Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM secara Online

Sistem ini merupakan satu inisiatif daripada KPM untuk mengurangkan bebanan kerja guru di samping membantu menguruskan hal ehwal pelajar. Antara fungsi utama sistem ini adalah penyimpanan maklumat peribadi pelajar seperti nombor kad pengenalan, maklumat ibu dan bapa mereka, kelas dan juga rekod kehadiran mereka ke sekolah. Aplikasi ini juga dapat membantu KPM untuk mengenal pasti pelajar yang kurang berkemampuan dan layak untuk menerima sebarang bantuan yang ditawarkan

Selain itu, aplikasi ini bukan sahaja boleh diakses oleh guru-guru di sekolah malah kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Negeri (KPM) yang berkenaan dapat menggunakan sistem tersebut. Hasilnya, laporan diperingkat daerah, negeri dan juga kebangsaan dapat dianalisis dan menjadi rujukan kepada sebarang program yang akan dilaksanakan di pelbagai peringkat

Untuk makluman, APDM juga menjadi sebuah sistem rujukan kepada aplikasi lain yang dibangunkan oleh KPM seperti Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Hal ini kerana, pangkalan data murid di sekolah akan disemak silang dan dipadankan maklumat mereka dengan data yang ingin dikemaskini, contohnya keputusan peperiksaan pelajar. Oleh itu, urusan pengemaskinian hendaklah sentiasa dilakukan agar tidak berlaku kesalahan maklumat atau data berkaitan pelajar

APDM 2022 Login : Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM Online

Berikut adalah maklumat berkaitan sebagai rujukan kepada semua. Aplikasi ini lazimnya digunakan oleh dua jenis warga sekolah iaitu guru kelas atau pentadbir sekolah yang diturunkan tugas oleh pengetua atau guru besar (admin)

Portal Rasmi Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM

Pautan aplikasi adalah seperti berikut :  Portal Rasmi

  • https apdm.moe.gov.my

NOTA: Sekiranya pautan aplikasi tidak dapat diakses, sila layari Sistem Pengurusan Sekolah KPM

Cara Login APDM KPM

Untuk log masuk ke dalam aplikasi ini, admin sekolah akan mendapat ID daripada PPD atau JPN yang bertugas untuk mengendalikan sistem ini. Oleh itu, guru yang ingin menggunakan aplikasi ini perlu mendapatkan ID pengguna daripada admin sekolah yang ditugaskan untuk menguruskan APDM. Langkah seterusnya adalah:

  1. Layari Aplikasi Pangkalan Data Murid menggunakan Google Chrome, Firefox dan Internet Explorer 10+ dengan resolusi minimum 1280 x 960 untuk paparan terbaik
  2. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan APDM (kata laluan hendaklah huruf besar dan tiada jarak)
  3. Bagi memastikan keselamatan data murid disekolah selamat. Admin disarankan untuk menukar kata laluan yang lebih selamat untuk digunakan.

Kemaskini e-Kehadiran Murid

Cara-cara untuk memasukkan rekod kehadiran murid adalah seperti di bawah:

  1. Log masuk ke dalam sistem APDM
  2. Di ruangan Modul, klik Kehadiran
  3. Pilih tarikh untuk mengisi rekod kehadiran pelajar
  4. Jika pelajar tidak hadir, sila pilih sebab ketidakhadiran mereka
  5. Klik Kemaskini setelah selesai.
  6. Untuk admin, pilih Kehadiran Harian Kelas untuk melihat rekod harian
  7. Admin juga boleh mengemaskini dan melihat kehadiran bulanan, tahun persekolahan dan memilih kelas yang diinginkan
  8. Selain itu, admin mempunyai akses untuk mencetak laporan dalam bentuk dokumen pdf yang memaparkan jumlah peratus hadir serta jumlah murid hadir mengikut bulan.

Sekiranya anda memerlukan panduan yang lebih lengkap, sila buka pautan: Manual Kemasukan Kehadiran Murid

TERKINI : Bagi memasukkan rekod kehadiran pelajar secara PdPR susulan arahan daripada KPM, cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Log Masuk ke dalam APDM
  2. Di ruangan kiri paparan utama terdapat bahagian PdPR dan klik pada ruangan tersebut
  3. Nama kelas akan dipaparkan, sila klik ya pada semua kelas pada tarikh persekolahan berkenaan
  4. Pastikan klik Simpan pada setiap hari yang dikemaskini untuk menyimpan rekod tersebut.

Pada halaman utama APDM, setiap makluman terkini akan dipaparkan termasuk manual dan panduan penggunaan untuk admin serta guru-guru. Di bawah adalah antara infografik lain yang menunjukkan cara menggunakan modul di dalam APDM:

1) Cara Padam Maklumat Murid

Guru

2) Cara Kemaskini Maklumat Bantuan Murid

Guru

3) Cara Kemaskini No. KP Murid

Guru

Guru

Maklumat Lanjut

Kepada sesiapa yang menghadapi masalah berkenaan APDM 2022 Login : Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM Online, sila hubungi dan rujuk senarai pegawai meja mengikut negeri seperti berikut:

  • BPSH : 03-88849225 (apdm.team@moe.gov.my)
  • JOHOR: 07-2371190 (saifullah.ahmad@moe.gov.my)
  • KEDAH: 04-7745160 (apdm.kedah@moe.gov.my)
  • KELANTAN: 09-7418112 (kelantan.apdm@moe.gov.my)
  • MELAKA: 06-2327201 (apdm.melaka@moe.gov.my)
  • NEGERI SEMBILAN: 019-6233882 (jpnn9.apdm@moe.gov.my)
  • PAHANG: 09-5715932 (apdm.pahang@moe.gov.my)
  • PERAK: 05-55015143 (jpnperak.apdm@moe.gov.my)
  • PERLIS: 04-9737723 (apdm.perlis@moe.gov.my)
  • PULAU PINANG: 04-6521038 (apdm.pp@moe.gov.my)
  • SABAH: 088-537010 (mpm.sabah@gmail.com)
  • SARAWAK: 082-473634 (kamel.bakri@moe.gov.my)
  • SELANGOR: 03-55186231 (apdm.selangor@moe.gov.my)
  • TERENGGANU: 09-6213310 (mohd.zulkafli@moe.gov.my)
  • WP KUALA LUMPUR: 03-62046085 (jpwpkl.apdm@moe.gov.my)
  • WP LABUAN: 087-583351 (hjmingguamat@icloud.com)
  • WP PUTRAJAYA: 03-88890000 ext. 0088 (apdm.putrajaya@moe.gov.my)

Related : menu data murid, default password, menggunakan menu pendaftaran kelas, borang maklumat murid, laman web, untuk membuat, salah satu, muat turun, rekod murid, memasukkan id pengguna kod sekolah, pihak sekolah, mengemaskini maklumat, guru kelas yang baru, baru atau menukar guru, sistem aplikasi pangkalan data, kehadiran murid ke sekolah, semak nama murid, sekolah untuk, kemaskini apdm, peringkat sekolah pejabat pendidikan daerah, laman sesawang, merekod kehadiran, sijil lahir, apdm online, berkaitan murid, mengemaskini maklumat murid, untuk mengisi dan menyimpan maklumat, data murid apdm, admin sekolah perlu, satu aplikasi atas talian, guru perlulah,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan