Intipati PENJANA Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

Uncategorized

Uncategorized

Terkini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin  telah mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang dikenali sebagai Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (PENJANA)

Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (PENJANA)  telah diperkenalkan dengan tema Bersama Menjana Ekonomi. Ianya merangkumi 40 inisiatif termasuk yang baru serta penambahbaikan bernilai RM35 bilion

Kerajaan amat menjaga kebajikan setiap masyarakat dan terdahulu dengan Pakej Prihatin dan kini dengan Pelan PENJANA lebih banyak golongan yang memerlukan akan menerima bantuan. Tiga teras utama PENJANA adalah Memperkasakan Rakyat, Melonjakkan Perniagaan dan Merangsang Ekonomi

Antara yang menarik dalam Pelan ini termasuklah inisiatif bagi penganggur, bantuan kepada ibu tunggal, pas perjalanan RM30 sebulan bagi pengangkutan awam dan banyak lagi. Segala intipati penting akan disenaraikan di bawah dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Intipati PENJANA Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

Berikut adalah antara Intipati PENJANA Pelan Jana Semula Ekonomi Negara serta penjelasan lanjut yang berkaitan:

Program Insentif Pengambilan Pekerja

Program Insentif Pengambilan Pekerja di mana syarikat akan diberikan insentif kewangan untuk memberi pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia. Dianggarkan 300 ribu pencari kerja akan mendapat manfaat melalui dua insentif iaitu:

  1. Insentif bagi menggaji penggangur berumur di bawah 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja;
  2. Insentif bagi menggaji penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan.

Insentif-insentif ini akan diberikan selama 6 bulan.

OKU dan Ibu Tunggal

Bantuan bagi golongan OKU dan ibu tunggal adalah seperti berikut:

  • Lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan one-off sebanyak RM300
  • Bayaran ini InshaAllah akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha

Perluasan Program Subsidi Upah

Program Subsidi Upah yang telah diumumkan pada awalnya selama 3 bulan adalah bantuan kepada majikan sebanyak RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksima 200 pekerja bagi setiap syarikat.

  • Kerajaan akan melanjutkan subsidi upah ini selama tiga bulan lagi dengan kadar yang sama
  • Untuk pekerja sektor pelancongan dan sektor-sektor yang tersenarai dalam aktiviti ekonomi yang dilarang sepanjang tempoh PKPB, serta telah diarahkan mengambil cuti tanpa gaji, majikan boleh memohon subsidi upah dengan syarat pekerja tersebut menerima bayaran subsidi secara langsung.

Program MY30 Pas Perjalanan Tanpa Had RM30 Sebulan

Kerajaan akan memperkenalkan pas perjalanan tanpa had berjumlah RM30 sebulan yang dikenali sebagai Program MY30

  • Pengangkutan Awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang
  • Terbuka kepada semua warganegara
  • Berkuatkuasa mulai 15 Jun hingga hujung 2020

Skim PEKA B40 diperkasakan

Kemuadahan skim PEKA B40 akan diperkasakan dengan penambahan peruntukan berjumlah RM50 juta untuk membiayai saringan kesihatan dan kemudahan peralatan perubatan

Perkhidmatan Internet Percuma 1 GB

Dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, kerajaan akan menyediakan perkhidmatan internet secara percuma:

  • Kapasiti 1 gigabyte (gb)
  • Semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari
  • Bagi melayari laman web berkaitan pendidikan dan aplikasi persidangan video
  • Disediakan sehingga 31 Disember 2020
  • Akses percuma tanpa had turut diberikan bagi laman web Kerajaan serta aplikasi COVID-19 Kerajaan, khususnya MySejahtera

Insentif lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Teks ucapan penuh perutusan khas Perdana Menteri boleh rujuk pautan di bawah:

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan