Permohonan Residensi Prihatin Rumah Pertama KL & Putrajaya

Skim Perumahan

Skim Perumahan

Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia khususnya warga wilayah persekutuan dari golongan B40 yang belum pernah membeli rumah, kini boleh memiliki rumah sendiri. Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengumumkan bakal membina 40,000 unit rumah mampu milik di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Program ini dikenali sebagai Residensi Prihatin dan permohonan telah pun dibuka mulai  23 Februari 2021

Apa itu RESIDENSI PRIHATIN?

Residensi Prihatin adalah rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah yang lahir, menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan. Ianya bakal dibina di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan Sahaja.

Dijangkakan sebanyak 10,000 unit Residensi Prihatin dirancang untuk pembinaaan pada masa akan datang di Wilayah Persekutuan dalam tempoh masa tiga (3) tahun iaitu (2021 – 2024)

Jenis Rumah 

Program ini akan menawarkan rumah yang dilengkapi tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air, dapur, ruang tamu, ruang makan dan halaman rumah (yard) serta dibina dalam bentuk rumah berstrata

Permohonan Residensi Prihatin Online (KL & Putrajaya)

  • Kemaskini: Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, keutamaan akan diberikan kepada penjawat awam, pemohon rumah pertama yang masih belum memiliki rumah terutama petugas barisan hadapan sama ada yang tinggal atau bekerja di Wilayah Persekutuan, selain mereka yang berdekatan seperti di Bangi dan Cyberjaya

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan permohonan rumah Residensi Prihatin serta info lain yang berkaitan seperti syarat permohonan dan tarikh permohonan

Syarat Kelayakan

  1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan kasar isi rumah pemohon adalah tidak melebihi RM5,000 sebulan
  4. Keutamaan kepada pemohon yang lahir atau menetap ataupun bekerja di Wilayah Persekutuan
  5. Pemohon rumah pertama sahaja
  6. Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun
  7. Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi Prihatin

Portal Rasmi Residensi Prihatin

Cara Mohon Dan Pendaftaran

Berikut adalah tatacara memohon:

  1. Pemohon mestilah mendaftar akaun di pautan portal rasmi di atas dan setelah mendaftar, pemohon mestilah melengkapkan profil peribadi sebelum memohon projek terlebih dahulu
  2. Jika telah memohon projek Residensi Wilayah (dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP), pemohon tidak boleh lagi memohon projek Residensi Prihatin
  3. Pemohon yang telah pun berdaftar dan memilih projek DIWAJIBKAN bagi memuatnaik dokumen sokongan dalam portal Residensi Prihatin. Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Skim Perumahan

Nota: Tempoh sah laku permohonan adalah satu (1) tahun dari tarikh dokumen sokongan lengkap dimuat naik dan status boleh disemak melalui akaun pemohon

Secara amnya, proses permohonan adalah seperti berikut:

Skim Perumahan

Semakan Residensi Prihatin

Bagi membuat semakan status permohonan semasa, pemohon boleh log masuk ke Portal Residensi Prihatin seperti pautan disediakan di atas

Semakan keputusan permohonan sama ada Berjaya atau Tidak Berjaya ataupun TIdak Lengkap setelah disemak oleh Urus Setia akan diemelkan ke alamat emel pemohon

Senarai Projek

Untuk melihat senarai projek yang ada, boleh rujuk senarai di bawah atau pautan berikut:

  • Residensi Prihatin Kenanga (Putrajaya)
  • Residensi Prihatin Melur (Putrajaya)

Senarai penuh:Projek

Spesifikasi Rumah

Projek ini akan mempunyai spesifikasi seperti berikut:

  • Harga : Sehingga RM200,000 seunit
  • Saiz : minima 750 kaki persegi
  • 3 bilik tidur 2 bilik air
  • Ruang tamu
  • Ruang makan
  • Dapur
  • Yard
  • 1 tempat letak kereta berbumbung
  • Dalam bentuk rumah berstrata

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila rujuk kepada soalan lazim dan pautan yang disediakan di bawah:

  • Alamat : Urus Setia RESIDENSI PRIHATIN
    Bahagian Sosio Ekonomi,
    Aras 5, Blok 2,
    Menara Seri Wilayah,
    Presint 2,
    Kementerian Wilayah Persekutuan,
    62100 Putrajaya.
  • Waktu Urusan : Isnin – Jumaat ( 8.30 pagi – 4.30 petang )
    Waktu Rehat : Isnin – Khamis ( 1.00 petang – 2.00 petang )
    Jumaat ( 12.00 tengahari – 2.45 petang)
    Sabtu dan Ahad (Tutup)
  • Faks: 03-8889 7640
    Emel: urusetiaresidensiprihatin@kwp.gov.my
  • FAQ Residensi Prihatin
  • Portal Rasmi Residensi Prihatin

Related : untuk membayar, presint 5 7 11 12,253 unit rumah merujuk kepada rumah rumah di wilayah persekutuan rendah di wilayah persekutuan membantu golongan berpendapatan rendah program perumahan mampu milik residensi prihatin adalah merujuk secara atas talian, tan sri annuar musa, memiliki rumah pertama, untuk memiliki rumah

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan