Berikut adalah lampiran Takwim atau Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Ramadhan pada tahun 2023 (Masihi) bersamaan 1444 (Hijrah) bagi zon-zon di kawasan seluruh negeri Perak. Lampiran takwim untuk tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Sebagai makluman, lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadhan tahun 1444H / 2023M yang disertakan ini adalah rasmi, terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perak
Puasa adalah ibadat yang memupuk kesuburan rohani dan jasmani, juga sebagai latihan bagi diri dan jiwa untuk melentur nafsu agar tidak melampui batas. Ramadhan adalah bulan anugerah Ilahi bagi orang yang ingin mendapatkan anugerah ini. Rugilah bagi mereka yang tidak menyanjung kesempatan untuk mendapatkan kurniaan ini
Jadual Waktu Buka Puasa Dan Imsak Ramadhan 2023 Negeri Perak
Semoga lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bulan Ramadhan tahun 1444H / 2023M yang disertakan dapat memudahkan umat Islam di negeri Perak membuat semakan masa yang ideal untuk bersahur sebelum memasuki waktu Subuh selain dapat berbuka Puasa pada waktu yang tepat.
Tarikh 1 Ramadhan dan tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk pada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Hari Nuzul Al-Quran jatuh pada 8 April bersamaan 17 Ramadhan. Berikut adalah jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi tahun 1444H / 2023M Negeri Perak sebagai rujukan
Zon 1
Tapah, Slim River dan Tanjung Malim
Zon 2
Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg Siput, Kuala Kangsar
Zon 3
Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong
Zon 4
Temengor dan Belum
Zon 5
Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg Gajah, Seri Iskandar, Beruas, Parit, Lumat Sitiawan dan Pulau Pangkor
Zon 6
Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
Zon 7
Bukit Larut
Doa Berbuka Puasa
Aktiviti Sepanjang Bulan Ramadhan