Permohonan BKM 2022 Online & Kemaskini Borang Bantuan Keluarga Malaysia

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Pembentangan belanjawan setiap tahun oleh Menteri Kewangan bakal menyaksikan pengumuman bantuan yang akan diberikan kepada rakyat. Bantuan tunai ini lazimnya akan diberikan kepada golongan rentan seperti B40 dan M40 yang terkesan termasuk juga golongan bukan rentan. Pada tahun lepas bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat. Manakala pada tahun ini, bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia

Jika dahulunya terdapat 4 kategori diperkenalkan di bawah BPR, pada tahun ini kita akan menyaksikan sama ada kerajaan masih mengekalkan jenis penerima bantuan ini. Yang pastinya golongan isi rumah mahupun bujang tidak akan ketinggalan dalam menerima bantuan kerajaan jika dilihat seperti tahun-tahun sebelum ini

Selain itu, kerajaan juga lazimnya akan menambahbaik bantuan yang diberikan samaada daripada segi jumlah ataupun kelayak penerimaan bantuan baru ini. Jika dilihat pada tahun lepas, BPR diberikan mengikut julam anak dalam sesebuah isi rumah. Ini bermaksud mereka yang mempunyai anak lebih ramai akan menerima bantuan lebih banyak. Bantuan sebegini dianggap lebih bersasar

Bagi tahun 2022, besar harapan rakyat untuk mendapat bantuan yang dapat membantu meringankan beban setiap keluarga di Malaysia. Setelah hampir 2 tahun wabak COVID19 melanda dunia, ramai pendapatan keluarga mahupun negara terjejas. Justeru belanjawan 2022 diharapkan dapat memberi sinar harapan buat kita semua.

Bantuan Keluarga Malaysia : Jumlah Bantuan BKM & Syarat Kelayakan

Berikut adalah perincian lanjut mengenai bantuan ini:

TERKINI: Bayaran Bantuan Tunai 2023 Diawalkan Kepada Bulan Januari

Bantuan Tunai Rakyat Sebelum Ini Akan Diteruskan

Bayaran Fasa 1 akan disalurkan awal pada bulan Januari bukan bulan Mac

RM300 – isi rumah

RM100 – bujang

– Perdana Menteri & Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim –

Sumber: Persidangan Dewan Rakyat, 20 Disember 2022 Sesi Pagi

Panduan lanjut:Bantuan Tunai Rakyat 2023

KEMASKINI: Bantuan Keluarga Malaysia 2023 (Bajet 2023)

Berdasarkan Bajet 2023 yang diumumkan Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2023, Bantuan Keluarga Malaysia diteruskan bagi tahun 2023 dengan ketetapan berikut:

– Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
RM2,500 : 5 Anak atau Lebih
RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak

– Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000
RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)

– Warga Emas Tiada Pasangan
RM600 (Bergantung pendapatan)

– Bujang
RM350 (Bergantung pendapatan)

– Bantuan tambahan untuk Ibu / bapa tunggal
RM500 (Tambahan)


Bantuan Kerajaan

Info lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Info penuh bantuan dalam bajet 2023 rujuk: Intipati Bajet 2023

 

BKM 2022

Kategori dan Jumlah Bantuan

Terdapat beberapa kategori yang layak menerima bantuan beserta kadar bantuan yang tertentu iaitu:

A. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

1. Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

  • RM2,100 : Lebih 3 Anak
  • RM1,600 : 1- 2 Anak
  • RM1,100 : Tiada Anak

2. Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 hingga RM5,000 sebulan

  • RM900 : Lebih 3 Anak
  • RM700 : 1- 2 Anak
  • RM500 : Tiada Anak
B. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

1. Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

  • RM2,400 : Lebih 3 Anak
  • RM1,900 : 1- 2 Anak
  • RM1,400 : Tiada Anak

2. Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 hingga RM5,000 sebulan

  • RM1,200 : Lebih 3 Anak
  • RM1,000 : 1- 2 Anak
  • RM800 : Tiada Anak
C. Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal IBT Mempunyai Anak) – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

1. Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

  • RM2,600 : Lebih 3 Anak
  • RM2,100 : 1- 2 Anak

2. Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 hingga RM5,000 sebulan

  • RM1,400 : Lebih 3 Anak
  • RM1,200 : 1- 2 Anak
 
D. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
  • RM400
E. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
  • RM650

Kriteria Kelayakan

Untuk memohon, perlulah memenuhi kelayakan berdasarkan kategori iaitu:

1. Isi Rumah

a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

3. Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Cara Membuat Permohonan Baharu

Permohonan baharu perlu dibuat jika tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan (akan dikongikan di bawah)

Data sedia ada penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM bagi diverifikasi kelayakan

Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.

Secara Online

  1. Layari Portal Rasmi BKM: https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik Permohonan Baharu Bantuan Kerajaan
  3. Isikan maklumat pemohon yang diperlukan Bantuan KerajaanBantuan Kerajaan
  4. Muat naik dokumen sokongan Bantuan Kerajaan
  5. Klik Teruskan untuk membuat pengesahan permohonan dan maklumat
  6. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha
  7. Satu paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tandakan butang Perakuan Pemohon berkenaan dan klik Hantar
  8. Jika permohonan Berjaya dihantar, satu paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan

Secara Manual

  1. Muat turun borang permohonan Bantuan Keluarga Malaysia BKM pada pautan berikut:
  2. Borang juga boleh didapati di Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  3. Hantarkan borang yang lengkap beserta dokumen sokongan (yang dikongsikan di bawah) di:
    • Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat
      Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau Pejabat Daerah / Pejabat Residen
    • Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:
      Peti Surat BKM
      GPO Shah Alam
      40800 Selangor

*Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak akan diterima

Video Tutorial Cara Mohon & Kemaskini BKM

Cara Kemaskini Permohonan BKM 2022

Sama seperti permohonan baharu, terdapat dua kaedah untuk mengemaskini maklumat pemohon jika terdapat perubahan kategori dan sebagainya. Cara-caranya adalah seperti berikut:

Secara Online

  1. Layari Portal Rasmi BKM
  2. Klik Log Masuk dan isikan ID Pengguna (Kad Pengenalan Pemohon) dan kata laluan yang sama digunakan di Portal Rasmi BPR Bantuan Kerajaan
  3. Kemudian klik Kemaskini Permohonan dan kemaskini maklumat yang berkaitan Bantuan Kerajaan
  4. Klik Teruskan untuk membuat pengesahan permohonan dan maklumat
  5. Masukkan Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha
  6. Satu paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tandakan butang Perakuan Pemohon berkenaan dan klik Hantar
  7. Sekiranya kemaskini permohonan Berjaya dihantar, satu paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan kemaskini permohonan

Secara Manual

  1. Muat turun borang kemaskini di portal rasmi BKM atau melalui pautan berikut:
  2. Borang juga boleh didapati di Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  3. Hantarkan borang yang lengkap beserta dokumen sokongan (yang dikongsikan di bawah) di:
    • Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat
    • Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau Pejabat Daerah / Pejabat Residen
    • Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:
      • Peti Surat BKM
      • GPO Shah Alam
      • 40800 Selangor

*Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak akan diterima

Senarai Dokumen Sokongan BKM

Salinan dokumen sokongan pemohon /pasangan /anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

Pemohon:

  • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
  • Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
  • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Pasangan:

  • Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
  • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

Anak:

  • Anak Kandung: Salinan MyKad / MyKid; dan Salinan Sijil Lahir
  • Anak Angkat : Salinan MyKad / MyKid; dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

*Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian.

Tarikh Kemaskini & Permohonan Baharu

Untuk pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM, akan dibuka pada:

  • Mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (1 bulan)

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Bayaran Bantuan

  • Bayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali setahun
  • Bayaran pertama mulai 28 Mac 2022 – 8 April 2022 (ada akaun bank). Mulai 30 Mac 2022 (tiada akaun bank).
  • Bayaran Fasa 2 & Tambahan mulai 27 Jun 2022 secara berperingkat 

Baca Juga: Tarikh Bayaran BKM 

 

Rayuan BKM 2022

Bagi mereka yang layak membuat permohonan rayuan BKM 2022, bolehlah membuat rayuan mulai tarikh berikut:

  • Secara online: Mulai 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022*
  • Secara manual (borang kertas): Mulai 9 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022*

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Siapa Layak Mohon Rayuan?

  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
  • Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Kaedah Rayuan

  • Secara Online : Portal Rasmi BKM LHDN
  • Penghantaran Secara Manual Borang Rayuan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan).

Maklumat Lanjut

Baca Juga : Intipati Belanjawan 2022

NOTA: Maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Update terkini mengenai informasi BPR boleh terus ke Telegram : t.me/mysumber

Related : syarat kelayakan permohonan bkm 2022, semasa permohonan baharu bkm https bkm.hasil.gov.my, lembaga hasil pkh pusat transformasi bandar utc lhdnm yang berhampiran, bujang atau bapa tunggal balu janda duda yang mempunyai anak, datuk seri ismail sabri yaakob, diluluskan permohonan bantuan prihatin rakyat, kata laluan yang telah didaftarkan, penutupan karnival usahawan dan koperasi, perlu membuat permohonan baharu,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan