Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 25 Mac 2018 jam 08:01 PM

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017 yang mendapat keputusan cemerlang (9A) dalam peperiksaan tersebut boleh membuat permohonan bagi Program Penajaan (Biasiswa) 9A Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Sehubungan dengan itu, pelajar yang layak / berjaya sekali gus akan ditaja di peringkat persediaan hingga ijazah pertama dalam bidang yang ditetapkan kerajaan di Universiti Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara
PERMOHONAN BIASISWA JPA TERKINI DAN SYARAT KELAYAKAN 2018
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan bahawa semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2017 dengan sekurang-kurangnya 9A boleh memohon untuk dipertimbangkan bagi mendapatkan kemudahan Program Penajaan (Biasiswa) 9A
Sebagai makluman, JPA memperkenalkan Program Penajaan 9A berikutan Program Busary yang terdahulu telah dimansuhkan pada tahun lepas selain mengambil kira pencapaian pelajar yang cemerlang
PERMOHONAN BIASISWA PROGRAM PENAJAAN 9A+ (P9A+) TAHUN 2018
Dalam ruangan berikutnya, MYsumber serta maklumat penting berhubung dengan Permohonan Program Penajaan (Biasiswa) 9A+ (P9A+) JPA Tahun 2018 |
Maklumat Penawaran Biasiswa Program Penajaan 9A+ (P9A+) Tahun 2018 |
|
Tarikh Permohonan Pendaftaran Online Dibuka |
 | Permohonan Dibuka | Permohonan Ditutup | 19 Mac 2018 | 30 Jun 2018 | Tarikh yang dinyatakan adalah rasmi. Pemohon diingatkan membuat permohonan mengikut ketetapan tempoh tarikh tersebut |
|
|
Sistem Aplikasi Permohonan Online (eProfiling) |
 | |
|
Syarat Penajaan |
Info | Syarat Umum | Syarat Khusus | 1. Warganegara Malaysia | 1. Menduduki Peperiksaan SPM tahun 2017 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta, dan calon-calon persendirian | 2. Ibu / bapa / ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA | 2. Mendapat keputusan A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam SPM 2017 dengan minima sembilan (9) mata pelajaran | 3. Calon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama | 3. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki | 4. Calon-calon bagi bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi hendaklah mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya | 4. Berjaya mendapat tawaran pengajian dan memulakan pengajian peringkat persediaan sebelum atau pada 31 Disember 2018 di Universiti yang telah ditetapkan |
|
|
Cara Membuat Permohonan |
| Pelajar yang berminat perlu mengisi profiling (borang permohonan) secara atas talian (online) menerusi judul pautan laman aplikasi yang disertakan seperti di atas | Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat sebelum tutup tarikh permohonan. Hanya maklumat pindaan terkini sahaja diambil kira sebagai tujuan penyimpanan data | Sebarang pertanyaan atau masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3070/ 3044/ 3045/ 3066/ 3076 pada setiap hari berkerja mulai jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang |
|
|
Tarikh Semakan Keputusan |
 | Akan dikemaskini. Tahun lepas pada 2 Jun 2017 |
|
|
Senarai Program Persediaan Yang Ditawarkan |
 | Bil | Senarai Program | 1 | Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) | 2 | Matrikulasi | 3 | Asasi Universiti Awam (UA) dan Program ASASIpintar, Pusat PERMATApintar Negara | 4 | Foundation IPTS* | Bagi bertanda (*) senarai institusi boleh rujuk kepada lampiran iklan dalam maklumat lanjut dibawah |
|
|
Maklumat Lanjut |
| |
|
Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) |
 | |