Doa Ringkas Selepas Solat Fardhu Beserta Maksud

17:36 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 9 Jun 2019 jam 10:57 PM

doa selepas solat

Doa adalah merupakan satu bentuk daripada ibadah. Ianya merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T dan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan (berjemaah). Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai satu budaya ataupun adat

Doa merupakan satu cara hidup yang diajar oleh Rasulullah S.A.W dan sebagai satu ibadah, doa hendaklah dilakukan di tempat yang betul, masa yang sesuai dan suasana yang baik. Sesuatu doa itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, tertib penuh tawadu’ dan mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak

ALLAH menegaskan yang berdoa dan memohon kepada ALLAH itu adalah ibadah. Oleh kerana itu, ALLAH menyatakan orang-orang yang tidak mahu berdoa kepada-Nya adalah mereka yang sombong dan angkuh untuk tidak mahu menyembah-Nya. ALLAH juga menegaskan dalam ayat tersebut, bagi mereka yang tidak mahu menyembahnya, ALLAH akan masukkan mereka ke dalam neraka dalam keadaan yang hina walaupun ALLAH sudah menjanjikan akan mengabulkan doanya.

ALLAH SWT berfirman:

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku, akan Aku masukkan mereka ke neraka jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir: 60)

BACAAN DOA SELEPAS SOLAT BESERTA MAKSUD

Solat yang baru sahaja selesai dikerjakan tidak dapat kita yakini kesempurnaannya, terlalu banyak kita rasa kekurangannya. Oleh yang demikian, kita mengharapkan daripada bacaan wirid-wirid selepas solat inilah dapat menampung kekurangan itu

Mudah-mudahan Allah perkenankan untuk kesempurnaan solat kita, In Sha Allah. Wallahu a’lam

DOA SELEPAS SOLAT 1
PEMBUKAAN DOA
PEMBUKAAN DOA
SELAWAT KE ATAS NABI
SELAWAT ATAS NABI
ISI KANDUNGAN DOA
 isi kandungan doa
SAMBUNGAN ISI KANDUNGAN DOA
ISI DOA 2
SAMBUNGAN ISI KANDUNGAN DOA
ISI DOA 3
PENUTUP DOA
 penutup doa 1
SAMBUNGAN PENUTUP DOA
 penutup doa 2
DOA SELEPAS SOLAT 2
Doa selepas solat 2
MEMBACA AYAT QURSI SELEPAS SOLAT
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang membaca Ayat Kursi setelah selesai solat, maka tidak ada yang menghalanginya masuk syurga kecuali kematian” (HR. An Nasa-i, dinilai shahih oleh Syaikh Al-Albani)
BERDOA KEPADA ALLAH SWT
Berdoa kepada Allah S.W.T memohon kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Jumhur ulama’ Fiqah berpendapat bahawa waktu selepas solat lima waktu termasuk di antara waktu-waktu yang diperkenankan doanya oleh Allah S.W.T. Ini berdasarkan kepada hadis al-Tirmizi daripada Abi Umamah berkata
berdoa kepada Allah
KENAPA KITA HARUS BERDOA?
Nombor 1Doa sebagai ibadah itu ditekankan oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya. Daripada Al-Nu’man bin Basyir RA berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Doa itu adalah ibadah, kemudian Baginda SAW membaca ayat 60 Surah Ghafir yang bermaksud: “Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku, akan Aku masukkan mereka ke neraka jahanam dalam keadaan hina.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, Abu Daud, al-Nasa’i & Hakim)
Nombor 2Falsafah doa dalam Islam itu tidak hanya sekadar meminta dan memohon apa yang diinginkan seorang hamba terhadap Tuhannya, tetapi doa adalah satu bentuk penghinaan dan kerendahan hati di hadapan ALLAH. ALLAH Yang Maha Agung dan Maha Kuasa atas segala sesuatu termasuk mengabulkan apa yang diminta oleh hamba-Nya sehingga tidak ada sedikit pun rasa sombong dalam jiwa hamba tersebut
Nombor 3Doa dalam Islam juga adalah menifestasi daripada kebergantungan seorang hamba terhadap Tuhannya, tidak kepada yang lainnya. Hanya ALLAH yang Maha Kuasa di atas segala sesuatu sehingga tidak seharusnya seorang hamba lebih berharap kepada makhluk yang tidak mampu memberikan manfaat tanpa izin ALLAH. ALLAH berfirman lagi: “Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan ALLAH dan ALLAH Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji.” (Surah Fatir: 15)
Pautan Info BerkaitanINFO BERKAITAN
Sila Klik LinkRahsia Solat – Kunci Khusyuk Solat
Sila Klik LinkJadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan Tahun 2019 / 1440H Seluruh Negeri (JAKIM)
Sila Klik LinkNiat Puasa Bulan Ramadhan
Sila Klik LinkKalendar Islam 1440H/ 2019M
Sila Klik LinkBacaan Surah Yasin Beserta Terjemahan
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!