Senarai buffet Ramadhan Pahang 2024 murah di Malaysia

Ramadhan

Ramadhan

Keterujaan yang hadir dalam diri umat Islam di saat bulan Ramadhan tiba bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi semua. Hal ini kerana dipertemukan dengan bulan yang penuh dengan keberkatan menandakan bahawa kita diberi peluang untuk beramal dan bertaubat di bulan yang mulia ini. Ada juga yang teruja kerana ketibaan bulan Ramadhan menandakan hari raya aidilfitri juga hampir menjelang

Di sepanjang bulan Ramadhan, Allah SWT menyediakan banyak peluang untuk umat Islam menambahkan timbangan pahala dengan mudah. Menyegerakan berbuka puasa ketika masuk waktu berbuka, memakan tamar dan manisan sewaktu berbuka serta melewatkan sahur merupakan antara perkara yang disunatkan sewaktu berpuasa dan ia merupakan perkara yang lazim dilakukan oleh golongan berpuasa

Antara kebiasaan rakyat Malaysia yang boleh juga dianggap sebagai budaya sewaktu bulan Ramadhan adalah membeli juadah berbuka di bazar-bazar Ramadhan. Namun begitu, terdapat banyak lagi pilihan lain terutamanya untuk golongan yang berminat dan berkemampuan. Salah satunya berbuka dengan hidangan buffet Ramadhan di hotel-hotel ataupun resort yang menyediakannya

Konsep buffet yang menawarkan aneka pilihan juadah untuk satu harga memudahkan mereka yang seringkali tidak tahu apa yang hendak dinikmati sebagai hidangan berbuka. Pilihan menu yang ada amat memuaskan serta dapat menjimatkan masa dan tenaga seseorang itu dalam pencarian juadah berbukanya

Senarai Lokasi Berbuka Puasa Buffet Ramadhan Di Pahang Tahun 2024

Penantian dirasakan berbaloi apabila tiba waktu berbuka, kita dapat menikmati pelbagai jenis pilihan makanan. Begitulah lumrah berpuasa di bulan Ramadhan di Malaysia. Dari bazar Ramadhan ke kedai makan, malah hotel dan resort juga menyediakan pilihan juadah dalam bentuk buffet Ramadhan

Buat mereka yang berminat untuk menikmati hidangan berbuka puasa dalam bentuk buffet, terdapat banyak hotel dan resort yang mengadakan pakej buffet Ramadhan khas di sepanjang bulan yang mulia ini. Berikut dikongsikan Senarai buffet Ramadhan Negeri Pahang 2024 buat panduan semua.

Senarai Buffet Ramadhan Pahang 2024

Senarai buffet Ramadhan Pahang 2024 adalah seperti berikut. Klik pada pautan yang disertakan pada setiap nama lokasi untuk melihat maklumat lanjut

LOKASINO & ALAMATDEWASAKANAK-KANAK
Hyatt Regency09 518 1234
Teluk Cempedak, 25050 Kuantan
RM148RM75
The Zenith Hotel09 565 9595
Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 Kuantan
Swiss Garden Beach Resort09 548 8288
Mukim Sungai Karang, Pantai Balok, Beserah, Kuantan
Grand Darulmakmur Hotel09 511 8888
Lot 5 & 10, Lorong Gambut, Off Jalan Beserah, 25300 Kuantan
RM118RM60
AnCasa Hotels & Resort09 424 6600
2670, Jalan Pekan-Kuantan, Kampung Peramu, 26600 Pekan
RM98RM68
Mega View Hotel09 517 1888
Lot 567 Jalan Besar, 25000 Kuantan
De Rhu Beach Resort09 557 9000
152 Mukim Sungai Karang, 26100 Kuantan
RM98RM58
Grand Continental09 515 8888
Jalan Gambut, 25000 Kuantan
RM75RM50
Nova Highlands019 568 9208
Jalan Aranda Nova, Greencow, 39100 Cameron Highlands
Copthorne Cameron Highlands05 496 1777
Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highlands
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan