Senarai buffet Ramadhan Kelantan 2024 murah di Malaysia

Ramadhan

Ramadhan

Menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah wajib malah merupakan perintah Allah yang diturunkan kepada setiap umat Islam dalam rukun Islam yang ketiga. Bagi umat Islam yang cukup syarat wajib berpuasa tetapi meninggalkan ibadah puasa di bulan Ramadhan dengan sengaja, maka hukumnya adalah berdosa

Sekiranya seseorang muslim itu meninggalkan ibadah puasa ramadhan, maka puasa tersebut hendaklah digantikan atau diqadakan pada hari lain. Orang yang berbuka puasa pada bulan Ramadhan kerana sakit, wajib qada apabila sakitnya sudah sembuh. Begitu juga orang yang bermusafir, gila, perempuan yang berada dalam keadaan haid atau nifas, dan golongan lain yang berbuka atas sebab rukhsah, perlu mengqadakan puasa setelah bebas daripada keadaan yang menghalang mereka untuk berpuasa, apatah lagi golongan yang berbuka kerana sengaja tanpa sebab yang munasabah

Kebiasaannya kedatangan bulan Ramadhan akan disambut dengan meriah oleh masyarakat Islam khususnya di Malaysia. Bagi mereka yang tidak berkesempatan menyediakan juadah sendiri, kebiasaannya mereka akan mengambil alternatif dengan membeli makanan di bazar Ramadhan yang berdekatan. Selain itu, ada juga yang memilih untuk berbuka dengan hidangan buffet Ramadhan

Siapa sahaja yang tidak seronok apabila tiba waktu berbuka. Di saat inilah kita dapat menikmati pelbagai jenis makanan yang membuatkan kita terliur. Demikianlah antara nikmat terbesar berpuasa di bulan Ramadhan. Bukan sahaja bazar Ramadhan ataupun restoran, malah hotel dan resort juga menyediakan pilihan juadah dalam bentuk buffet Ramadhan bagi umat Islam yang ingin berbuka. Sebagai tanda bersyukur, perbanyakkanlah amal ibadah sunat terutamanya yang disarankan di sepanjang bulan Ramadhan agar rezeki yang diberi semakin melimpah-ruah

Senarai Lokasi Berbuka Puasa Buffet Ramadhan Di Kelantan 2024

Terdapat banyak hotel dan resort yang menyediakan pakej buffet Ramadhan khas di sepanjang bulan yang mulia ini. Bagi mereka yang berminat untuk menikmati keseronokan suasana berbuka puasa dengan hidangan buffet, berikut dikongsikan Senarai buffet Ramadhan Kelantan 2024 buat panduan semua.

Senarai Buffet Ramadhan Kelantan 2024

Senarai buffet Ramadhan Kelantan 2024 adalah seperti berikut. Klik pada pautan yang disertakan pada setiap nama lokasi untuk melihat maklumat lanjut

LOKASINO & ALAMATDEWASAKANAK-KANAK/ WARGA EMAS
Grand Riverview Hotel Kota Bharu09-7439988 ext 2084
Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu
RM108RM54
Holiday Villa Hotel & Suites, Kota Bharu09-747 4004
PT 968 Jalan Kuala Krai Wakaf Che Yeh
15100 Kota Bharu
RM85RM50
Perdana By Attana09 745 8888
Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu
RM118
Tok Aman Bali Beach Resort012-2052213
Lot 6264 (1), Pantai Bisikan Bayu, Semerak 16700, Pasir Puteh
RM75RM43
The Grand Renai Hotel Kota Bharu011-3137 3186
Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra, 15150 Kota Bharu, Kelantan
RM128RM55

 

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan