Ketibaan bulan Ramadhan merupakan antara detik yang dinanti-nantikan oleh umat Islam setiap tahun. Di saat inilah kita dipertemukan dengan bulan yang penuh dengan keberkatan, sekaligus menandakan bahawa kita diberi peluang untuk memperoleh pahala berlipat ganda dengan menambahkan amal sepanjang bulan
Di bulan Ramadhan ini, pasti ramai yang hendak meluangkan saat istimewa iaitu waktu berbuka puasa dengan orang-orang yang dianggap istimewa di hati masing-masing sama ada ibu bapa, pasangan mahupun rakan-rakan. Oleh itu, berbuka puasa dengan hidangan buffet Ramadhan merupakan salah satu pilihan terbaik
Namun begitu, walau apapun hidangan berbuka yang dijamu, adab-adab ketika berbuka puasa tidak wajar diabaikan. Pasti ramai yang sedia maklum bahawa umat Islam disunatkan menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktu Maghrib. Seeloknya makan makanan yang ringan (disunatkan memakan kurma dan manisan) atau meminum air sahaja sebelum mendirikan solat fardhu Maghrib.
Ketika sahur pula, sunat sahur dilambatkan sehingga menghampiri waktu Subuh. Lazimnya sehingga waktu Imsak iaitu kira-kira 10 minit sebelum waktu Subuh. Di sepanjang bulan Ramadhan pula, disunatkan untuk menambahkan amalan bersedekah, mendirikan solat sunat terawih, mengejar malam Lailatul Qadar untuk beribadah seperti beriktikaf pada sepuluh malam terakhir dan banyak lagi.
Senarai Lokasi Berbuka Puasa Buffet Ramadhan Di Kuala Lumpur Tahun 2023
Secara lazimnya, ketibaan bulan Ramadhan menandakan bermulanya pembukaan bazar-bazar dan pelbagai jenis perniagaan makanan. Waktu inilah para peniaga hendak mencari rezeki lebih dengan menyediakan aneka juadah yang lazat dan menarik buat para pelanggan
Di samping itu, hotel-hotel dan resort di seluruh Malaysia juga menggunakan peluang yang ada untuk menyediakan pakej buffet Ramadhan khas yang dapat dinikmati sepanjang bulan yang mulia ini. Berikut dikongsikan Senarai buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2023 murah di Malaysia buat rujukan semua.
Senarai Buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2023
Senarai buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2023 adalah seperti berikut. Klik pada pautan yang disertakan pada setiap nama lokasi untuk melihat maklumat lanjut
LOKASI | NO & ALAMAT | DEWASA | KANAK-KANAK |
Royale Chulan Kuala Lumpur | 03 2688 9688 5, Jalan Conlay, Kuala Lumpur | RM200 | RM140 |
Pullman Kuala Lumpur Bangsar | 03 2298 1888 1, Jalan Pantai Jaya, Tower 3 | RM188 | RM98 |
Berjaya Times Square Hotel | 03 2117 8000 1, Jalan Imbi, Pudu | RM168 | RM88 |
Hotel Maya, Kuala Lumpur | 03 2711 8866 138, Jalan Ampang, Kuala Lumpur | RM120+ | RM58+ |
Flamingo Hotel by the lake Kuala Lumpur | 018 220 1030 5, Tasik Ampang, Jalan Hulu Kelang | RM85 | RM75 |
Cititel Mid Valley | 03 2296 1124 Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur | RM108 | RM58 |
Corus Hotel | 03 2161 8888 Persiaran Hampshire, Jalan Ampang | RM138 | RM100 |
– | – | – | – |
– | – | – | – |
– | – | – | – |