Senarai buffet Ramadhan Perak 2024 murah di Malaysia

Ramadhan

Ramadhan

Menurut kalendar Hijrah, Ramadhan atau bulan puasa merupakan bulan Islam yang kesembilan dan pengakhiran bulan Ramadhan menandakan bermulanya hari raya aidilfitri. Di sepanjang bulan Ramadhan inilah ibadah puasa yang tertera dalam rukun Islam ketiga diwajibkan ke atas setiap umat Islam untuk melaksanakannya. Ianya merupakan salah satu rukun Islam yang istimewa kerana hanya datang sekali setahun iaitu di bulan Ramadhan

Buffet adalah sistem sajian makanan yang mana makanan ditempatkan di suatu bahagian untuk pengunjung mengambilnya sendiri sebagai cara mereka layan diri. Kebiasaannya buffet ditawarkan di pelbagai jenis hotel, restoran atau acara sosial. Dalam bulan Ramadhan pula, kebiasaannya terdapat buffet Ramadhan yang disediakan di hotel-hotel dan resort sebagai hidangan berbuka puasa

Konsep hidangan makanan buffet bermula pada pertengahan abad ke-17 Perancis, sewaktu kaum lelaki datang tanpa diduga ke rumah wanita yang ingin mereka goda. Kedatangan secara mengejut akan menyebabkan kakitangan dapur menjadi panik dan makanan yang boleh dihidangkan adalah daripada apa yang terdapat di dalam bilik sejuk sahaja

Antara ciri penting dalam format pemakanan buffet adalah para pengunjung dapat melihat pilihan makanan secara langsung dan terus memilih hidangan yang ingin dijamu. Mereka juga dapat menentukan sendiri berapa banyak makanan yang ingin mereka ambil. Walaupun pada masa lalu buffet dianggap sebagai sistem hidangan makanan yang tidak rasmi berbanding khidmat layanan di meja, sejak kebelakangan ini ia semakin popular terutamanya di rumah yang memiliki ruang terhad untuk menempatkan meja untuk pengunjung duduk

Senarai Lokasi Berbuka Puasa Buffet Ramadhan Di Perak Tahun 2024

Menikmati juadah atau hidangan yang pelbagai ketika waktu berbuka bukanlah sesuatu yang salah. Namun begitu umat Islam hendaklah bijak berbelanja dengan tidak mengikut nafsu semata. Sikap berjimat dan berpada-pada perlulah diamalkan sebagai tanda syukur terhadap nikmat yang dikurniakan Allah SWT

Terdapat banyak hotel dan resort yang menyediakan pakej buffet Ramadhan khas di sepanjang bulan yang mulia ini. Bagi rakyat negeri Perak  yang berminat untuk berbuka puasa dengan hidangan buffet, berikut dikongsikan Senarai buffet Ramadhan Perak 2024 buat rujukan semua.

Senarai Buffet Ramadhan Perak 2024

Senarai buffet Ramadhan Perak 2024 adalah seperti berikut. Klik pada pautan yang disertakan pada setiap nama lokasi untuk melihat maklumat lanjut

LOKASINO & ALAMATDEWASAKANAK-KANAK/ WARGA EMAS
The Haven Resort Hotel & Residence05 540 0000
Jalan Haven, 31150 Ipoh
RM118RM100
Casuarina Meru Ipoh05 529 9999
No. 1-C, Jalan Meru Casuarina, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh
RM88RM58
Impiana Hotel Ipoh05 255 5555
18, Jalan Sultan Nazrin Shah, 30250 Ipoh
WEIL Hotel05 208 2021
No. 292, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh
RM148RM108
Hotel Seri Malaysia Ipoh05 241 2936
Jalan Sturrock, off Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh
RM68RM55
Hotel Seri Malaysia Taiping05 806 9502
4, Jalan Sultan Mansor, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping
RM55RM48
Hotel Taiping Perdana05 808 2011
No. 1, Lorong Koperasi 1, Medan Koperasi, 34000 Taiping
RM65
Bukit Merah Laketown Resort05 890 8888
Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol
RM60RM35
The Orient Star Resort Lumut05 683 3800
Lot 203 & 366, Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut
Hotel Sfera Seri Manjung05 688 1000
2479, Taman Samudera, Jalan Dato Yu Neh Huat, 32040 Seri Manjung
RM68RM38
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan