Senarai buffet Ramadhan Melaka 2023 murah di Malaysia

Ramadhan

Ramadhan

Alhamdulillah, dipertemukan dengan bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu bulan Ramadhan menandakan bahawa kita diberi kepanjangan umur untuk terus beramal dan bertaubat di bulan yang mulia ini. Selain nikmat ganjaran pahala yang berlipat ganda buat mereka yang rajin beramal terutamanya jika berjaya mengejar malam lailatulqadar, nikmat lain yang Allah kurniakan adalah nikmat berbuka puasa

Sebagai rukun Islam ketiga, umat Islam diwajibkan untuk berpuasa di sepanjang bulan Ramadhan. Namun begitu, Allah SWT memberikan keringanan atau rukhsah bagi membolehkan muslim yang tergolong dalam golongan atau keadaan tertentu untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan. Islam itu mudah dan memudahkan

Antara keadaan yang dibolehkan untuk memperoleh rukhsah ibadah puasa di bulan Ramadhan ialah ditimpa kesakitan yang jika berpuasa akan memudaratkan, bermusafir, orang yang sangat tua, orang yang melakukan pekerjaan berat, ibu yang sedang mengandung (hamil) atau menyusukan anak, serta orang yang terlalu lapar sehingga akan memudaratkannya jika tidak makan atau minum. Namun begitu, sekiranya mereka menggunakan rukhsah dengan berbuka puasa atau membatalkan puasa di bulan Ramadhan, mereka wajib menggantikan (qada) puasa pada hari lain

Apabila tiba waktu berbuka, umat Islam di Malaysia dapat menikmati pelbagai jenis pilihan makanan. Antara budaya yang sudah menjadi kebiasaan adalah mengunjungi bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Di samping itu, ada yang memilih untuk berbuka dengan hidangan buffet yang lebih memudahkan mereka kerana hampir semua jenis makanan dan minuman dikumpulkan terus di satu tempat

Senarai Lokasi Berbuka Puasa Buffet Ramadhan Di Melaka Tahun 2023

Buat para peminat buffet, pasti tertanya-tanya di manakah lokasi hotel atau resort yang menyediakan pakej buffet Ramadhan khas di sepanjang bulan yang mulia ini. Terdapat banyak lokasi yang mengadakan pakej buka puasa dalam bentuk buffet di seluruh Malaysia termasuk negeri Melaka. Dengan itu, berikut dikongsikan Senarai buffet Ramadhan Negeri Melaka 2023 buat panduan semua.

Senarai Buffet Ramadhan Melaka 2023

Senarai buffet Ramadhan Melaka 2023 adalah seperti berikut. Klik pada pautan yang disertakan pada setiap nama lokasi untuk melihat maklumat lanjut

LOKASINO & ALAMATDEWASAKANAK-KANAK/ WARGA EMAS
DoubleTree by Hilton06-233 1551
Jalan Melaka Raya 23, Hatten City,
Melaka
RM138RM69
Holiday Inn Melaka06-285 9000
Susur Keluar Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka
RM118RM59
Hatten Hotel Melaka 06-286 9696
Hatten Square, Jalan Merdeka, Bandar Hilir
RM99RM49.50/ RM79.20
ibis Melaka06-222 8809
Jalan Bendahara, Kampung Bukit China, Melaka 
RM88/ RM98/ RM108
LaCrista Hotel06-281 6868
Jalan Hang Tuah, Melaka
RM118RM60
Casa Del Rio06-289 6888
Jalan Laksamana, Taman Kota Laksamana, Melaka
RM118RM59/ RM83
AMES Hotel06-221 9448
Jalan PKAK 2, Pusat Komersial Ayer Keroh. Melaka
RM118RM78
Swiss Garden Hotel06-288 2666
T2-4, The Shore@ Melaka River, Jalan Persisiran Bunga Raya
RM88RM58/ RM78
Mini Malaysia Asian Cultural Park (MMACP)06-234 9989
Exit Lebuh Ayer Keroh, Melaka
RM39.90RM28
Me’nate Steak Hub06-233 0888
Jalan Merdeka, Melaka Raya
The Shore Hotel & Residence06-282 8202
Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persisisran Bunga Raya, Melaka 
Mudzaffar Hotel06 234 7733
Jalan Wisma Persekutuan, MITC,
Ayer Keroh, Melaka
RM82RM55
Hotel Seri Malaysia Melaka06 232 8460
Ayer Keroh, Melaka
RM75RM40
Hotel Sentral Melaka06-284 0088
Jalan Tun Sri Lanang, Melaka
RM65RM40
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan