Selain memburu malam Lailatul Qadar serta memperoleh pahala berganda melalui ibadah seperti solat Tarawih dan bertadarus Al-Quran, nikmat lain yang dikurniakan buat golongan yang berpuasa di bulan Ramadhan adalah waktu berbuka puasa. Ia merupakan nikmat yang memberi kepuasan kepada umat Islam seusai menahan lapar dan dahaga sepanjang siang hari. Saat waktu buka puasa tiba menandakan bahawa kita bebas daripada segala perkara yang membatalkan puasa termasuklah makan dan minum
Sudah tentu pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa, tetapi selain itu terdapat hari-hari lain yang disunatkan untuk berpuasa antaranya adalah pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Hari Tasu’a (9 Muharram), Hari Asyura (10 Muharram) dan setiap hari Isnin dan Khamis
Di samping itu, terdapat juga hari-hari tertentu yang diharamkan untuk berpuasa. Umat Islam dilarang untuk berpuasa pada 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri yang pertama), 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha yang pertama) dan 11, 12, 13 Zulhijjah (hari-hari Tasyrik). Ibadah puasa adalah diharamkan pada hari-hari tersebut termasuklah puasa ganti atau qada
Antara kelaziman rakyat Malaysia sewaktu bulan Ramadhan adalah membeli juadah berbuka di bazar-bazar Ramadhan. Namun begitu, terdapat banyak lagi pilihan lain bagi yang berminat dan berkemampuan seperti menikmati buffet Ramadhan di hotel-hotel ataupun resort yang menyediakannya
Senarai Sub-Topik
Senarai Lokasi Berbuka Puasa Buffet Ramadhan Di Negeri Sembilan Tahun 2020
Penantian dirasakan berbaloi apabila tiba waktu berbuka, kita dapat menikmati pelbagai jenis pilihan makanan. Begitulah lumrah berpuasa di bulan Ramadhan. Dari bazar Ramadhan ke kedai makan, malah hotel dan resort juga menyediakan pilihan juadah dalam bentuk buffet Ramadhan bagi setiap orang yang ingin menikmatinya
Untuk yang berminat merasai suasana berbuka puasa dengan hidangan buffet, terdapat banyak hotel dan resort yang mengadakan pakej buffet Ramadhan khas di sepanjang bulan yang mulia ini. Berikut dikongsikan Senarai buffet Ramadhan Negeri Sembilan 2020 buat rujukan rakyat Malaysia
Senarai Buffet Ramadhan Negeri Sembilan 2020
Senarai buffet Ramadhan Negeri Sembilan 2020 adalah seperti berikut. Klik pada pautan yang disertakan pada setiap nama lokasi untuk melihat maklumat lanjut
LOKASI | NO & ALAMAT | DEWASA | KANAK-KANAK |
– | – | – | – |
– | – | – | – |
– | – | – | – |
– | – | – | – |
– | – | – | – |
– | – | – | – |
– | – | – | – |
– | – | – | – |
– | – | – | – |
– | – | – | – |