Senarai buffet Ramadhan Selangor 2020 murah di Malaysia

Senarai buffet Ramadhan Selangor

Selain dijanjikan ganjaran pahala yang besar, bulan Ramadhan juga merupakan bulan di mana Allah SWT merantai syaitan agar manusia tidak terpengaruh dengan godaan dan hasutannya. Ini sedikit sebanyak dapat membantu umat Islam lebih fokus dalam beribadah dan meninggalkan larangan Allah SWT

Antara perkara yang membatalkan puasa ialah makan dan minum dengan sengaja, mengeluarkan air mani dengan sengaja, haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak), muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja, melakukan persetubuhan, gila walaupun sebentar, murtad dan berbuka sebelum yakin sudah masuk waktu Maghrib

Manakala perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa ialah berkumur secara keterlaluan, merasa makanan dengan lidah, berkata-kata buruk dan keji, menggosok gigi setelah tergelincir matahari, mencium isteri, memasukkan air yang berlebihan ketika berwudhu’ dan menderma darah. Perkara-perkara ini tidak membatalkan puasa, tetapi tidak digalakkan ketika menjalani ibadah puasa

Berpuasa adalah ibadah yang wajib ditunaikan oleh umat Islam yang memenuhi syarat di sepanjang bulan Ramadhan. Dan sudah semestinya nikmat yang paling besar bagi orang yang telah berpuasa sepanjang hari adalah waktu berbuka puasa. Bersegera berbuka puasa ketika masuk waktu merupakan salah satu perkara yang disunatkan bagi orang-orang yang berpuasa selain berbuka dengan buah tamar dan manisan. Usah dilupa amalan sunat lain terutamanya membaca al-Quran, memperbanyak sedekah jariah serta menunaikan sembahyang terawih

SENARAI LOKASI BERBUKA PUASA BUFFET RAMADHAN DI SELANGOR TAHUN 2020

Memilih hidangan atau juadah yang hendak dinikmati ketika berbuka puasa adalah menyeronokkan dan adakalanya agak mencabar disebabkan oleh kebanjiran pilihan yang ada. Dari bazar Ramadhan ke kedai makan, malah hotel dan resort juga menyediakan pilihan juadah dalam bentuk buffet Ramadhan bagi umat Islam yang ingin berbuka

Bagi yang berminat untuk menikmati serta merasai suasana berbuka puasa dengan hidangan buffet, terdapat banyak hotel dan resort yang mengadakan pakej buffet Ramadhan khas di sepanjang bulan yang mulia ini. Berikut dikongsikan Senarai buffet Ramadhan Selangor 2020 buat rujukan semua

 SENARAI BUFFET RAMADHAN SELANGOR 2020
Senarai buffet Ramadhan Selangor 2020 adalah seperti berikut. Klik pada pautan yang disertakan pada setiap nama lokasi untuk melihat maklumat lanjut
LOKASINO & ALAMATDEWASAKANAK-KANAK
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan