Senarai buffet Ramadhan Sabah 2024 murah di Malaysia

Ramadhan

Ramadhan

Puasa boleh diertikan sebagai menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkannya. Umat Islam wajib melakukan ibadah ini dari terbit fajar sehingga terbenam matahari di sepanjang bulan Ramadhan. Ia merupakan suatu jenis latihan yang menguji kesabaran dan ketaatan terhadap Allah SWT dan umat Islam yang menunaikannya akan memperoleh ganjaran pahala

Buat rakyat Malaysia, selain menyediakan makanan berbuka dengan memasak sendiri, bagi yang tidak berkesempatan menyiapkan makanan sendiri lazimnya akan memilih untuk membeli makanan di bazar ramadhan berdekatan. Di samping itu, terdapat juga hidangan buffet Ramadhan di restoran dan hotel yang boleh dijadikan pilihan yang menarik di saat berbuka

Dari segi saintifik, terdapat pelbagai faedah dan manfaat yang dapat diperolehi dengan berpuasa. Antaranya adalah puasa dapat memperbaiki komposisi dan kecergasan tubuh badan. Berpuasa juga dapat membantu menyokong proses pembakaran lemak serta mengurangkan tekanan darah dan tahap gula di dalam darah

Metabolisme badan pula dapat dipengaruhi supaya memberi kesan yang baik terhadap tubuh seraya dapat mengurangkan risiko menghidap kanser. Dengan berkurangnya tekanan oksidatif, radang, rintangan insulin dan tahap gula dalam badan hasil daripada ibadah puasa, kesihatan otak juga akan meningkat

Senarai Lokasi Berbuka Puasa Buffet Ramadhan Di Sabah Tahun 2024

Waktu berbuka memang waktu yang sangat dinantikan kerana di saat ini umat Islam bebas daripada perkara-perkara yang diharamkan ketika berpuasa sekaligus dapat menikmati pelbagai jenis hidangan. Namun begitu, harus diingati bahawa adab-adab pemakanan perlu dijaga dan berpada-padalah dalam perbelanjaan agar tidak berlaku pembaziran

Antara pilihan berbuka adalah dengan menikmati buffet Ramadhan. Terdapat banyak hotel dan resort yang menyediakan pakej buffet Ramadhan khas di sepanjang bulan yang mulia ini. Bagi rakyat negeri Sabah yang berminat untuk menikmati suasana berbuka puasa dengan hidangan buffet yang menarik, berikut dikongsikan Senarai buffet Ramadhan Sabah 2024 buat rujukan semua.

Senarai Buffet Ramadhan Sabah 2024

Senarai buffet Ramadhan Sabah 2024 adalah seperti berikut. Klik pada pautan yang disertakan pada setiap nama lokasi untuk melihat maklumat lanjut

LOKASINO & ALAMATDEWASAKANAK-KANAK/ WARGA EMAS
Asia Rasa-Citarasa Kampung (Karamunsing Capital)088-485 567
D-0-3, Lorong Capital, Kota Kinabalu, Sabah
Raia Hotel (TH Hotel)088-230 777
Kampung Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah
RM95RM48
Grandis Hotels and Resorts088-522 872
Suria Sabah Shopping Mall, 1, Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu, Sabah
Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa088-327 888
Jalan Aru, Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
RM178RM89
Marriott Hotel Kota Kinabalu088-286 888
Lot G-23A, Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, Sabah
RM178RM79
The Klagan Regency Kota Kinabalu088-529 888
TB-00-01, 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu Sabah
Ibis Styles Kota Kinabalu088-285888
Jalan Taipan 28, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah
RM98RM49
Hilton Kota Kinabalu088-356 000
Jalan Tunku Abdul Rahman, Asia City, Kota Kinabalu, Sabah
RM179RM89
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan