Cara lafaz niat ganti puasa Ramadhan dan puasa sunat 6 Syawal

01:09 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 25 Mac 2018 jam 12:48 PM

Doa Niat Puasa Ganti Ramadhan Sahih

Puasa ganti atau qadha adalah bagi menggantikan (membayar) kembali puasa Ramadhan (Puasa Wajib) mengikut jumlah bilangan hari yang ditinggalkan atas sebab-sebab yang tertentu

Bagi yang mula menggantikan Puasa Ramadhan di bulan Syawal, ada yang bertanya, bolehkah melafazkan gabungan niat pada satu masa iaitu untuk puasa ganti (Puasa Ramadhan) dan puasa sunat (Puasa Enam Hari di bulan Syawal) dengan bertujuan menunaikan kedua-dua puasa itu secara serentak

Setelah MYsumber merujuk kepada kandungan sesi soal jawab agama berhubung dengan perkara ini, ia menjelaskan bahawa Puasa qada adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat

Oleh itu, hendaklah dilakukan secara berasingan kerana ia lebih baik (afdal). Bagaimanapun ada segelintir pendapat mengatakan dibolehkan untuk disatukan antara Puasa Qaqa dengan niat Puasa Sunat (Puasa Enam)

CARA LAFAZ NIAT GANTI PUASA RAMADHAN DAN PANDUAN PUASA SUNAT ENAM (6) HARI DI BULAN SYAWAL

Sekiranya masih lagi musykil atau keliru tentang perkara ini, sebaiknya mendapatkan penjelasan lanjut dengan menonton video ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) atau membaca teks lampiran panduan yang disertakan di bawah

Terdapat beberapa pendapat tentang mana patut buat dahulu di antara Qada dan Sunat ini, namun pendapat umum ulama’ mengatakan dibolehkan Puasa Sunat Syawal dahulu baru Puasa ganti kerana tempoh Syawal adalah sebulan sahaja

PANDUAN PENDAPAT DAN HUKUM MENGGABUNGKAN PUASA QADHA DAN SUNAT
Hukum Gabung Puasa Qadha Puasa 6 Syawal
PENJELASAN
Penjelasan Gabung Puasa Qadha Puasa 6 Syawal

Sebagai kesimpulannya, selepas MYsumber meneliti hujah-hujah sahih yang disertakan menunjukkan bahawa Qadha puasa Ramadhan bersekali dengan puasa 6 Syawal dibolehkan. Namun, yang terbaiknya adalah memisahkan antara qada’ puasa Ramadhan yang ditinggalkan itu dengan puasa enam Syawal untuk keluar daripada khilaf

CARA DAN LAFAZ NIAT GANTI PUASA RAMADAN
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
Bahasa Rumi: Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhana lillahi taala
Maksud: Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

Menunaikan Puasa ganti (Puasa Ramadan) dibolehkan sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang, namun sebaik-sebaiknya elakkan daripada bertangguh

WAKTU QADA’ PUASA RAMADHAN
Waktunya adalah selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya. Walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah, contohnya seperti di hari raya
Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah

Lafaz Niat Puasa 6 Syawal

LAFAZ NIAT PUASA SUNAT ENAM (6) SYAWAL
“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Syawal kerana Allah Taala”
Point HuraianDalam bulan Syawal, hari raya pertama sahaja diharamkan berpuasa. Pada hari berikutnya sudah boleh menunaikan puasa sunat enam hari berturut-turut atau berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu
LAFAZ NIAT PUASA QADHA’ RAMADHAN BESERTA NIAT PUASA 6 SYAWAL
“Sahaja aku berpuasa esok hari qadha’ fardhu Ramadhan beserta sunat Syawal kerana Allah Taala”
Pautan Info BerkaitanINFO BERKAITAN
Sila Klik LinkTakwim Kalendar Islam Di Malaysia Dan Tarikh Penting Tahun 2018M / 1439H