Hadis palsu dan keliru kelebihan puasa di bulan Rejab

21:18 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 29 Mei 2019 jam 10:51 PM

Puasa Rajab

Bulan Rejab antara bulan yang ditunggu oleh kebanyakan umat Islam kerana dianggap bulan yang penuh keberkatan dan fadilat

Namun terdapat banyak persoalan yang dibincangkan dalam soal jawab agama mengenai kelebihan serta kekeliruan amalan di bulan Rajab terutamanya dengan melakukan puasa sunat

Ini kerana terdapat banyak bahan bacaan di internet kononnya berpandukan hadith yang menghidangkan pelbagai kelebihan dan ganjaran bakal menanti sekiranya berpuasa sunat di bulan Rejab

Antara contoh Riwayat Hadis Palsu mengenai kelebihan dan ganjaran menanti sekiranya berpuasa sunat di bulan Rejab yang disebarkan di internet adalah seperti berikut

PalsuAda riwayat menyatakan amalan berpuasa satu hari pada Rejab ganjaran pahalanya menyamai puasa 40 tahun dan diberikan syurga paling tinggi
PalsuJika berpuasa dua hari, pahalanya dilipat gandakan, manakala amalan pahala pada 27 Rejab sama dengan pahala 40 bulan. Kalau dibuat pula sedekah pada hari berkenaan, pahalanya menyamai 1,000 tahun. Begitulah seterusnya dan pelbagai lagi kelebihan mahupun ganjaran yang diada-adakan
HADIS PALSU PUNCA KELIRU KELEBIHAN PUASA SUNAT DI BULAN REJAB
Sebagai pengetahuan umum, ada pendapat serta pandangan berbeza berhubung dengan kelebihan dan ganjaran berpuasa pada bulan Rejab. Hujahnya ialah riwayat hadis fadilat Rejab ialah Dhaif, Sangat Dhaif dan Maudhu’ (palsu)
Penulis sempat menonton video ceramah Ustaz Azhar Idrus yang membincangkan tentang kelebihan puasa Rejab. Menurut beliau ganjaran pahala seperti yang dinyatakan itu bukannya dari hadis yang sahih. Malah nenurut Ustaz Azhar Idrus lagi, kebanyakan hadis itu adalah Maudhu’ (Palsu) dan Dhaif
Beliau menjelaskan ‘Hadis Maudhu’ adalah hadis rekaan dan haram diamalkan manakala ‘Hadis Dhaif’ boleh beramal tetapi tidak boleh digunakan sebagai hujah
Menurut penerangan beliau lagi, sekiranya mengerjakan puasa Rejab maka akan memperoleh pahala sunat, bagaimanapun jangan pula kerana tertarik dengan ganjaran pahala yang akan diperoleh sepertimana dinyatakan oleh hadis tidak sahih

Penerangan lanjut boleh menonton video yang disertakan seperti berikut

VIDEO PENERANGAN HADIS PALSU, AMALAN DAN KELEBIHAN PUASA DI BULAN REJAB

Antara jawapan kepada persoalan mengenai kelebihan puasa Rejab serta amalan-amalan lain yang penulis peroleh setelah menonton video ceramah yang disertakan adalah seperti berikut
BetulJika diyakini ada fadilat Rejab walaupun hadisnya daif, namun diterima sebahagian ulama, maka beramallah. Amalan itu berdasarkan ilmu yang sudah digali
BetulJika diyakini bahawa hadis mengenai fadilat Rejab adalah palsu dan sangat daif, maka tidak perlu beramal. Biarkan seketika amalan berkenaan. Lagipun jika ditinggalkan amalan, bukan satu kesalahan dan dosa
Info
Berikutan penyebaran maklumat tentang kelebihan berpuasa sunat di bulan Rejab yang berpandukan hadis diragui dan palsu ia sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat yang ingin beramal
Sebagai kesimpulan, sebelum memulakan sesuatu amalan, seeloknya biarlah berdasarkan neraca ilmu. Oleh itu, gali ilmu mengenai fadilat Rejab melalui pelbagai sumber yang sahih ataupun bertanya kepada ahli ilmu, ustaz dan ulama untuk memperoleh kefahaman lebih jitu dan sewajarnya
Link BerkaitanPautan Info Berkaitan
Sila Klik LinkTarikh 1 Rejab 1439H Dan Niat Puasa Sunat Rejab
Sila Klik LinkKalendar Puasa Sunat Dan Wajib 2018M
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!